Total Pageviews

Monday, 8 May 2017

Semoga bahagia

Assalamualaikum
Di blog ni aku pernah coret kan tentang sepupu yang telah kehilangan suami 2 tahun lepas kerana kanser pundi kencing.Ada juga aku kisahkan tentang anak sulung nya yang telah bertunang pada tahun lepas dengan anak jiran depan rumah baru mereka. Pada Jumaat 5/5 tu mereka telah pun diijabkabulkan dan hari langsung nya pada esoknya.
Petang Jumat tu kami 3 beranak ni pergi juga ....kononnya nak rewang tapi sebenarnya takde apa pun yang dibuat sebab penduduk kat kampung tu yang semua buat kerja.Lagipun kami tak pernah lagi pergi rumah baru mereka ,tu yang saja pergi awal.
Tak sangka pulak malam tu mereka suruh kami ikut rombongan hantar pengantin ke rumah pengantin lelaki .Hmmm.....keadaan ni sebenarnya kedua pasangan pengantin ni cuti hanya  3 hari ,tu yang sebelah lelaki buat majlis waktu malam selepas nikah siang tu.Walaupun katanya depan rumah tapi agak jauh juga lh lebihkurang 500 ++ meter gitu.
Oleh kerana majlis lepas isyak ,aku ajak suami balik dulu,lebih selesa mandi dan solat di rumah sendiri walaupun rumah sepupu berhadapan dengan surau. Lagipun perjalanan ke rumah sepupu dah tak jauh sejak ada jalan baru ni lebih kurang 20-30 minit je.
Dah balik lewat malam tu,esoknya kami datang lepas zuhur.Tiba pun pengantin dah nak bersanding.Cuma agak terkilan sikit sebab ramai sedara tak dapat jumpa ,mereka dah balik awal .
Foto:walaupun pengantin dah masuk dalam rumah kumpulan kompang tetap meneruskan.
Lama juga lah kami di rumah pengantin ni.Agak petang juga baru kami balik.Kami dibekalkan dengan makanan yang banyak selain bawakan untuk yang kirimkan sumbangan.Beg goodies,kek,kerepek2 ,bertangkai2 bunga telur juga nasi beryani dan laukpauk yang banyak.Walaupun aku suarakan hanya kami bertiga ,mereka tetap memberi.Sampai la ni nasi beryani masih ada lagi.....tak kan nak dibuang....membazir kan.....aku frozen kan,tak tahu lah cara aku ni betul atau tidak sebab tak pernah seumur hidup frozen kan nasi....hihiii.
 Foto: telur pindang ni sebenarnya dari bunga pahar yang diberi kan pada kami,dah tak sabar2 nak makan ..
Foto: petang tu makan malam kami nasi beryani lagi.
Sehari sebelum tu pun jiran sebelah rumah ada beri nasi serai dan laukpauk seperti nasi beryani juga. Takut pulak terus terusan nak makan makanan yang  menambah2 kolestrol ni....boleh jem badan :-).
Masa nak balik tu bersalaman lah kami dengan sepupu ( ibu pengantin).Tak sangka pulak masa aku peluk dia menangis.Aku kata jangan lah menangis ,nanti aku pun sedih.Cepat2 aku berlalu bimbang aku takdapat menahan sebak.Aku biarkan suami yang memujuk dan beri kata2 nasihat pada dia.Jangan  pelik sebab sepupu aku juga sedara suami ....aku dan suami berkahwin sedara( sebelah bapa).Jadi hubungan kami agak rapat apatah lagi dia dah kehilangan suami, anak2 pun cuma dua .Sorang belajar dan sorang mengajar di tempat yang jauh.
Semoga anak yang baik dan banyak berkorban untuk menjaga arwah ayahnya selama 2 bulan di hospital ini akan berbahagia bersama pasangan nya .Pasangan pengantin baru ni terpaksa berjauhan sementara harini memandang kan mereka perlu bertugas ,seorang di Lumut Perak dan sorang di JB. PJJ lah ni ya...
Semoga bahagia till Jannah buat Norliyana dan Alif....Aminnn.


8 comments:

  1. semoga bahagia hingga ke dalam syurga..comel pengantinnya tu

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin..

    ReplyDelete
  3. SELAMAT PENGANTIN BARU KPD PASANGN MEMPELAI MOGA BHGIA SELAMANYA

    ReplyDelete
  4. Selamat Pengantin Baru buat kedua pasangan..
    Cantik anak buah akak tu..

    ReplyDelete
  5. Kawen dgn anggota tentera laut tu ek kak saniah, sorang atas darat, sorang atas laut..

    Sayu plak perasaan ni bayangkan seorang ibu bersusah payah menguruskan pwrkawenan ank yg dikasihi..

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru, semoga masjid yang dibina sentiasa bahagia di bawah rahmat Allah swt πŸ’‘

    ReplyDelete
  7. Tentera laut ke SI pengantinnya tu. Segak pengantinnya dengan uniform tentera tu.
    Nasi minyak ke briyani kalau dah makan hari hari jemu jugakkan. Tapi kalau dah lama tak makan teringin jugak. Kat rumah ni yg suka nasi briyani, laki saya.... Haih tak jemu jemu.

    Rajinnya tuan rumah rebus telur pindang. Ambik masa lama jugak nak merebusnya kan

    ReplyDelete
  8. Semoga bahagia hingga ke jannah buat kedua mempelai. Alamak! Kena PJJlah pulak. Mana boleh tahan macam ni menanggung rindu. Senangnya alahai dapat jiran tetangga aje. Takdalah bergaduh masa balik raya. Adil dan saksama boleh gitu.

    Sedapnya kak dapat makan nasi beriani orang kahwin. Makan nasi beriani yang beli biasa-biasa tu tak sesedap makan di rumah pengantin. Ish, ada telur pindang lagi... lap-lap air liur saya dibuatnya tau!

    ReplyDelete