Total Pageviews

Friday, 19 May 2017

Menceroboh

Assalamualaikum
Subhanallah....Astafirullah....
Menyirap  darah aku pagi ni ....apa tak nya suka2 je orang ambil hak kita tanpa kebenaran.Bukan budak2 pun tapi dh bapak2 orang.Kalau ya pun minta lah izin atau minta ,akan kami beri .
Sebenarnya kawasan tapak rumah kami ni agak luas dibandingkan dengan jiran2.Oleh tu kami banyak lah tanam pokok buah2 ,sedikit sayur /cili dan beberapa batang kelapa.Biasanya bila dah lebih2 kami sedekah kan pada jiran.
Di belakang rumah kami ni ada kedai makan,biasanya pekerja kilang atau pekerja lori atau masyarakat setempat adalah makan di situ. Tanah kami ni bersih dan lapang .Bila ada pokok2 mengeluarkan buah memang agak menyerlah lah dari kedai makan.
Buat masa ni pokok jambu bol berbuah ...ingat kan nak ambil sehari dua ni biar betul2 ranum....nak agih2 kan pada jiran dan adek beradek. Pagi tadi sewaktu aku buat kerja kat dapur terdengar suara agak riuh kat belakang.Rupanya bapak2 orang sedang  sibuk nak ambil buah kat pokok dan seorang pulak dah panjat kat atas .Aduh ....geram nya .Seperti pokok tak de bertuan dibuatnya.Semalam pun ada bangku kat bawah pokok ....dah tau dah...
Sebenarnya selalu sangat pekara ni berlaku tapi kami wat dek je....takpelah kata suami yang memang murah hati ni.Tapi sejak2 ni pun penagih dadah  dah bawa guni angkut kelapa kami .Segala apa yang boleh dijual dah dibersihkan kat belakang rumah kami....Ya Allah berilah kami kesabaran.

11 comments:

  1. Naper tak pergi tegurnya akak? Sekurang2nya berbudi bahasalah sikit, dah tau ia bukan hak kita...

    ReplyDelete
  2. perenggan akhir itu mengingatkan saya pada anak bongsu...

    ReplyDelete
  3. patut ditegur tu kak, ye lah sebab bertuankan lain la kalau takde tuannya, berani betul mereka ambil pada hal akak ada dirumah ye.

    itulah memang anggap sedekah saja, tapi kalau selalu berlaku rasa geram juga.

    ReplyDelete
  4. Iye kak..
    Patut akak tegur je masa tengah bergelak tawa memetik buah2an org..
    Jika org tak halalkan..
    Bukan ke haram jadi nya..

    Malu lah sikit dah bapak budak..
    Tunjuklah budi pekerti yg baik..

    Kalau bab penagih dadah nj jgn ckp lah kak..
    Pantang lepa ..
    Memag hilang..

    ReplyDelete
  5. MAAF BERBAGI INFO NIH GAN MANFAAT KHASIAT BUAH MERAH PAPUA
    Info lengkap dibawah Mampir ke Blog saya yah
    >> Kami menyediakan buah merah segar <<
    >> Cari tahu manfaat khasiat buah merah <<<

    ReplyDelete
  6. SI cuba ambik gambo sikit pokok tu dengan kawasan rumah teringin lak nak tengok.
    Yelah....mau tak geram, ambik tak mintak izin. Nape tak buat buat keluar rumah? Biar malu depa tu.

    ReplyDelete
  7. Ada juga yang berperangai begini kat tempat tinggal Saniah yer. Menanam tak ndak... hak orang juga yang dia pulun... geram kan. Mat pet pulak siap berjual lagi. Lenkali sorakkan dorang tengah memanjat tu.

    ReplyDelete
  8. Keluarga Mia di kampung pun gitu juga .. ada saja yang ceroboh ambil daun pisang lah, petik pucuk ubi kat kebun lah, lepas tu siap jolok buah rambutan lagi. Bukannya kita kedekut tak bagi tapi sekurang2nya mintalah izin, tuannya kan masih ada.

    ReplyDelete
  9. Kak , kalo ada ank lelaki kt umh, boleh suruh jerkah kuat2, hoiii...biarnya terkejut.
    Teringat plak kisah pokok pelam kami kt belakang..

    ReplyDelete
  10. Hish masih ada orang perangai macam ni..

    ReplyDelete
  11. Kalau minta nescaya akak dan suami akan berikan. Apalah dia orang ni. Takda adab langsung. Dah Nampak ada rumah berdekatan, tanyalah dulu kotnya kepunyaan orangkan.

    Pernah sekali berlaku kes kelakar pada kami. Pergi ke kebun arwah abah dan nak ambil rambutan dari pokoknya. Tiba-tiba ada orang berhenti dan menegur, konon kita ambil tak beritahu tuannya. Kami pun tercengang. Abang saya beritahu orang yang menegur tu yang ini kebun bapa kami ^_^

    ReplyDelete