Total Pageviews

Friday 26 May 2017

Puasa tanpa mereka

Assalamualaikum
Insyaallah esok kita akan berpuasa.Sedih juga anak2 yang bertiga di universiti sana tak dapat balik untuk menyambut puasa bersama.Bukan takde cuti malah ada study week seminggu tapi faham je lah dah penghujung semester ni semua kena berjimat cermat....ptptn pun dah abis ,biasiswa dah tinggal ciput.Selain dari tu katanya kalau kat rumah tak dapat nak belajar . Seminggu dua ni dah pun final exam terutama  amat penting untuk Fateha dan abang nya yang akan tamat pengajian.
Entah bagaimana dan apa lah yang mereka makan untuk bersahur dan ifftar?....takpelah ini semua pengalaman dalam meniti kedewasaan.
Sedang kami kalut dengan kemelut kehidupan anak bawa berita gembira....bahagia rasanya.Alhamdulillah ...minggu lepas posmen hantarkan sekeping surat yang gembira kan kami ibubapa yang serba kekurangan ni.
Semalam Fateha WA bagitahu  dapat bronze medal gangsa kerana presentation projek tahun akhir nya mendapat menarik hati  mereka2 yang berkaitan....Alhamdulillah.

SETIAP UJIAN ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI.....

11 comments:

  1. Ye lah kak..
    Sedih juga anak2 tak menyambut ramadhan..
    Tapi tak apalah..
    Itulah kehidupan yg perlu dipelajari..

    Tahniah fatehah...
    Semoga terus cemerlang..

    ReplyDelete
  2. takpelah kak, itu semua pengalaman untuk ajar mereka berdikari.nanti semua tu jadi kenangan manis. selamat menyambut Ramadhan untuk akak dan keluarga

    ReplyDelete
  3. Tahniah fatehah, pintarnya anak2 akak..

    ReplyDelete
  4. Tahniah ya, Kak Saniah kerana mampu mendidik anak-anak sehingga cemerlang. Siapalah yang tak bangga bila anak-anak berjaya.

    Sunyi memang sunyilah kak ya bila anak-anak takda bersama terutama di bulan Ramadhan ni. Kita sebagai ibu memang kalau buat apa pun hanya untuk anak-anak. Bila anak-anak takda, memanglah ada satu ruang kosong di hati...

    ReplyDelete
  5. Tahniah saniah dan anak.tahun ni hero bongsu acik masih cuti dapat la berpuasa sama..hero kedua pun akan bercuti minggu kedua puasa

    ReplyDelete
  6. Ramadhan kareem kak.
    Saya plak si kakak akn balik cuti sem ada 3 bulan, yg si abg plak akn daftar masuk 4/6 ni. Jadi ttpla tk cukup korum jugak.

    Tahniah di atas kejayaan ank2 ye kak. Betulla tu, ujian kehidupan dlm meniti kedewasaan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Saniah atas kejayaan cemerlang Fateha. Seronok tengok angka 3.9 tu. Apa nak sedihkan pulak... mereka keluar menuntut ilmu, doakan saja agar mereka sihat, selamat dan dapat menyempurnakan ibadah puasa... Bila dah berjauhan dgn keluarga, pandai je anak-anak ni berdikari. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Semua benda yang jadi memang ada hikmah Nya.
    Semoga anak akak terus cemerlang.
    Selamat berpuasa untuk akak sekeluarga 😊

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah Kak Saniah cemerlang anak-anak akak..

    Takpe diaorg busy tu.. Bila free nanti baliklah diaorg nanti.. Sabar yer..

    ReplyDelete
  10. Tahniah untuk Fateha. Moga kekal cemerlang.

    Bukan senang nak berjaya. Kita yg mendengar ni rasa mcm senang je Fateha nak dpt CGPA 3.9 kan. Entah study mac manalah si Fateha tu agaknya. Seronoknya bila tengok anak orang pandai pandai ni. Saya ni tumpang gembira anak orang pun jadiklah hihi...

    ReplyDelete
  11. Jgn sedih2 je jumpa mereka masa raya

    ReplyDelete