Total Pageviews

Monday 29 May 2017

Puasa pertama

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah pun hari ketiga kita berpuasa...sekejap masa berlalu.
Puasa pertama aku rasa cukup mencabar ,bukan kerana lapar tapi kerana tak tidur semalaman.Petang tu Fateha tiba2 kata nak balik.Dapat pun tiket pukul 8.30 p.m tapi jalan nya hampir pukul 9. Bas yang singgah Kulai dah takde ,perlu ke Larkin Central yang perjalanan nya lebihkurang 40-45 minit dari rumah.
Sementara tu aku suruh suami tidur dulu  setelah Isyak  sementara perjalanan anak nya masih jauh.Aku biasalah mana boleh lelap kan mata ...sentiasa memerhati kan jam.Pukul 12.30 tengah malam kami keluar rumah untuk ke Larkin.Pukul 2 pagi baru bas yang Fateha naik tu tiba .Pukul 3 pagi baru tiba ke rumah semula.
Bimbang tak sedar untuk masak sahur ,balik tu terus tanak nasi dan jerang air dan  masak lauk untuk sahur.Lihat jam masih awal aku cuba tidur2 ayam  5 /6 minit.Kemudian bangun untuk tahajud  .4.50 pagi kejut dia orang yang baru saja tidur.Lepas sahur tunggu subuh ,lepas solat dan mengaji....aduhai mata ku dah tak upaya lagi menahan.Terus tertidur ....sedar2 hampir pukul 9 pagi.Pagi tu buat solat Dhua pun terasa terawang2 lagi tapi perlu cepat bangun juga kerana perlu keluar untuk beli barangan basah yang dah kehabisan.Walaupun ada banyak masa rehat siang puasa pertama tu tapi sepicing pun aku tak dapat lelapkan mata...mujur juga bp aku masih terkawal walaupun agak senoneng siang tu.
Tapi nampak nya Iman yang tewas.Hari pertama tu hanya dapat bertahan hingga pukul 5.30 petang ,bila dia dah mula muntah.Sebenarnya dari tengahhari tu badan dia dah panas tapi dia terus cuba berpuasa. Sehingga hari ini dia masih demam panas lagi .Walaupun belum dapat berpuasa ,dia hanya nak makan kurma dan minum air je.Mudah2an Iman cepat sembuh ,meriah sikit bila waktu berbuka .

11 comments:

  1. Jaga kkesihatan kak..bulan puasa ni panjang lagi.semoga Iman cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  2. Sibuk sangat akak dgn aktiviti harian.. Samalah anak saya Kak, semalam tewas, muntah dan demam panas hgga hari ni. Makanan x boleh masuk langsung.. kesian dia.

    Semoga Iman cepat sembuh.. Kak Saniah pun jaga diri tau.. 😍

    ReplyDelete
  3. SALAM RAMADAN SANIAH...MOGA IMASEGERA PULIH SEDIAKALA...JAGA KSHTNDIRI YA

    ReplyDelete
  4. Letihnya tu Kak, mmg watak srorang ibu akk ni., tabah, just,prihatin.
    Semoga Iman segera sembuh ye Kak.
    Ramadhan Kareem Kak.

    ReplyDelete
  5. Moga Iman cepat sembuh, aamiin..

    Akak kena rehat secukupnya..

    ReplyDelete
  6. Kena rehat juga tu kak saniah..
    Kita mak2 mmg mcm tu..
    Byk nak fikirkan kak..

    Sian iman..
    Semoga segera sembuh..

    Nabil pun tak sihat sgt tu..
    Suruh dia betul2 sihat baru boleh puasa..

    Selamat berpuasa kak..

    ReplyDelete
  7. Menunggu anak balik mmg tak boleh tido kan SI. Nak nak perjalanan malam.
    Yelah.... dah berjaga malam, dapat tido lepas subuh mmg sedap sangat tu. Tu yg mcm mcm bahasa keluar tu, senoneng, sepincing haha ....

    Moga Iman cepat sembuh ....mmg panas sekarangkan SI

    ReplyDelete
  8. Moga Iman cepat sembuh ya kak,
    Kesihatan tu penting jangan sampai terabai.
    Sealamat berpuasa! :D

    ReplyDelete
  9. Selamat beribadah dibulan ramadhan dari kakak buat Si & kelaurga
    Moga Iman dah sembuh sekarang ni..

    ReplyDelete
  10. Sian nya..semoga cepat ye boleh berpuasa

    ReplyDelete
  11. Kasihan Iman. Lagi beberapa jam lagi nak berbuka tapi tertewas. Nak buat macamana kak bila dah sakit. Kenalah juga akur. Nasib baik sehari aje dia tak berpuasa.

    Saya pun kalau dah terlepas waktu tidur, memang susah nak lelap mata. Selalunya lepas sahur saya terus mandi, solat Subuh dan tidur balik. Tak tahan mata awal-awal puasa ni sebab nak kena adjust rutin harian.

    ReplyDelete