22 Mac tarikh lahir ku...bermakna berganjak setahun lagi usia.Semakin pendek lah waktu untuk menemui Nya.
Diusia2 emas ini tidak lagi mengharap apa2 ,cuma mahukan kesehatan yang baik agar dipermudahkan ibadah dan tidak menyusahkan keluarga untuk menguruskan.
22hb ni hari Jumaat ,hari bekerja...takde lah nak masak2 speacial kalau untuk tekak aku dan Iman saja.Bos kami ada anual dinner petang tu.Fateha pulak balik dah petang2 kala.
Bosku bawa Iman sekali untuk dinner syarikat nya tu...sesuatu yang dia tak pernah buat sepanjang dia kerja sejak lebih suku abad yang lalu walaupun digalakkan bawa keluarga.Lepas dorang pergi sorang je lah aku di rumah menunggu Fateha balik kerja.Menjelang Maghrib baru Fateha sampai rumah.Masuk je dalam rumah dia suruh bersiap untuk keluar.Usai solat Maghrib call bosku dulu minta kebenaran untuk keluar.
Walaupun malam tu hujan ,redah je untuk pergi ke destinasi yang nak dituju.Fateha kata nak bawa mak ke SR untuk makan2. Walaupun aku lebih suka kalau dibawa ke warung2 maklumlah tekak orang kampung....tapi dia berkeras juga untuk ke SR.Memang rasa janggal makan2 hanya berdua.
Dibelikannya sepotong kek cheese tanda harijadi katanya.
Walaupun pada mula nya nak set untuk berdua tapi aku pilih ini
Lagasne
juice apple dan air suam untuk orang yang diet kononnya☺
Jenuh kami nak habiskan....kalau ada Iman boleh tolong licinkan tapi Iman pun ketika itu dengan ayahnya dah kekenyangan.Kata bosku Iman bedal bercucuk satey...Ermm rezeki kan ....cuma takde rezeki cabutan bertuah..