Total Pageviews

Monday, 12 October 2015

tiba saatnya

Assalamualaikum
Sayu hati pagi ni bila Azim telefon nak ke sekolah tadi.Begitulah anak2 walau tinggal di asrama saat nak menghadapi periksa pasti telefon kami setiap pagi....apatah lagi periksa besar seperti PT3 ni..Azim kata dia gementar ....sebagai ibu hanya bagi nasihat agar tenang dan tawakal...padahal aku juga gementar...!

Saturday, 10 October 2015

lawak suboh...

Assalamualaikum
Bila dah lewat tido ,sukar nak bangun awal untuk solat suboh .....kadangkala aku lakukan  seperti ini juga pada anak2....heheee

Friday, 9 October 2015

PT3' semakin hampir

Assalamualaikum
Malam tadi sekolah Azim adakan solat hajat untuk pelajar yang bakal ambil PT3,SPM dan STPM.Tak berapa hari lagi PT3 akan bermula.Sebagai ibu pastinya risau dan berdebar bila anak nak peksa.Aku tau Azim lagi lah stress dan tercabar dengan result PMR kakak2 dan abangnya dulu.Selalu juga aku pesan jangan terlalu stress sangat sebab PMR dengan PT3 peperiksaan yang berbeza.Yang penting berusaha.Kalau PMR dulu bolehlah pejam mata tenyeh ABC kalau tak tau jawap mana satu tapi ini PT3.
Apapun aku hanya dapat titipkan doa padanya.Moga dengan resultnya kelak dapat dia bertukar sekolah .Walaupun 5A UPSR nya dulu membolehkan dia ke sekolah yang lebih baik namun keadaan ekonomi keluarga masa tu tak mengizinkan .Ketika itu Iman pun baru melangkah ke tahun 1 ,Iqa dapat tawaran ke sekolah lain ,dia sendiri baru ke tingkatan 1 ,sementara Fateha juga tahun yang sama baru nak ke degree.Anak sulong yang di uni juga perlukan kewangan cukup.Alhamdulillah rezeki anak2 kehidupan sekarang agak selesa untuk anak2 belajar.


Thursday, 8 October 2015

teman pengganti

Assalamualaikum
Alhamdulillah jerebu pun dah semakin menghilang ,semoga ianya berterusan.Kembali menikmati keindahan langit biru dan awan berarak lembut ciptaan Allah.

Gambar diambil sewaktu jemput Iman di sekolah petang semalam.
Sudah jadi rutin harian bila suami menjemput Iman di sekolah aku ikut sama.Sejak dari anak sulong lagi begitulah rutin ku ,melihat langkah2 mereka keluar dari kawasan sekolah menjadi kenangan terindah bila mereka dah melangkah semakin jauh.
Kini tatakala keseorangan seharian di rumah budak 2 ni lah jadi teman pengganti.
Tapi bila dah kenyang melingko je lah kerjanya.Pantang aku bertandang ke rumah jiran pun ikut sama bila terdengar suara aku .....kacau betul!
Budak gedik ni suka menyandar tepi dinding sambil buat muka comel.
sikecik ni selalu kena lepuk ibu nya yang sedang bunting,
Walaupun kadangkala agak menguji kesabaran bila mereka buat onar tapi  tabahkan juga menjaga haiwan kesayangan nabi ini.

Wednesday, 7 October 2015

macam2 hal

Assalamualaikum
Macam2 hal...
Tak tau nak kesian ke ,nak gelak!

Monday, 5 October 2015

Mata Panda

Assalamualaikum
Bila dah jadual padat masa tidur pun tak menentu ,akhirnya dah jadi kebiasaan tak  dapat tidur pada waktu yang sepatutnya.Begitulah dengan anak2 ,sehingga lah balik cuti pun sama saja seperti apa kebiasaan tinggal di uni atau di asrama.Bila balik rumah waktu siang biasanya sepi  bila banyak masanya dgn tido....bila malam dah jadi burung hantu !Kadangkala terkejut aku bila keluar bilek waktu hampir dinihari ada yang masih tertonggok duduk buat homework sedangkan lepas Isyak dah tido  .Katanya bila di uni pun tido kadangkala hingga 5 pagi ,nak2 Fateha selalu sangat kurang tido.Sejak2 ni pun katanya tak dapat nak tido lansung sepanjang malam....tido siang tak kan sama kualiti dan kuantiti tido waktu malam.Akhirnya mata Panda pun hadir.....seperti yang diberitau dalam wspnya ...lucu pun ada.
Panda memang comel tapi kalau dah mata panda ,bagaimana.....!

Friday, 2 October 2015

Terujanya dia

Assalamualaikum
Bukan main teruja Azim dapat masuk surat kabo padahal surat kabo cina je pun apa yang tertulis pun tak faham apa.Ada acara apa tah aku pun tak pasti di sekolahnya dirasmi oleh wakil rakyat Kukup katanya.
 Bukan pertama kali masuk surat kabo ,Iman juga masa konvo tadika peringkat daerah pun muncul juga kat Berita Harian...sukanya dia ....walaupun dah tahun 3 masih tetap disimpan sampai ni keratan akhbar. 

Gambar: Iqa bersama kawan2 masa tingkatan 2/3 tak pasti  di Hutan Bandar Putra.
Mungkin bagi kita takde apa2 sekadar surat kabo je pun  tapi bagi anak2 ini sangat bermakna untuk kenangan satu hari nanti.