Assalamualaikum
Sebelum nak cerita pasal Iqa ke tempat baru ,aku paling excited nak abadikan kenangan terindah 12/12 yang lalu.Tak pernah diduga dalam kehidupan ku yang semakin kepenghujung usia ni dapat bertemu semula sahabat yang akrab pada zaman sekolah dulu.Bukan setahun dua kami berkawan tapi sejak darjah 1 lagi.Kerana masing2 telah mengikut haluan masing2 terpisah ..Alhamdulillah...ada faedahnya juga menjadi penulis blog ,bila sahabat yang memang dirindui ditemui jua.Hingga harini aku dan dia masih seperti mimpi lagi...tertanya2 pada diri sendiri apakah realitinya kami betul2 dah jumpa.
Sebenarnya pertemuan semula kami dah lebih 2 tahun tetapi sekadar di maya, suara masing2 pun belum sekali didengar lagi...sehingga 12/12 benar2 menjadi sejarah terindah.
Masa hantar Iqa tempohari seperti kebiasaan stay kat rumah adek lelaki aku di Sungai Buloh.lagipun barang2 Iqa tinggal sana.Walaupun hantar Iqa ke Dengkil pada Khamis sepatutnya dah boleh balik Johor tapi budak 2 tu katanya cuti jumaat nak balik ,fikir2 balik rasanya baik jumpa kat rumah pakcik dia saja,tak membazir masa dan wang untuk balik Johor.
Sahabat bercadang utk kami berjumpa tapi tentu masa lagi.Hari Jumaat di rumah adek hujan seharian ,jadi kami tak keluar kemana kecuali ronda2 pada menjelang petang bila hujan reda.Jika tidak cadang nak ajak anak bujang aku untuk bertemu sahabat haritu.
Sahabat cadangkan jumpa sebelum balik Johor hari Sabtu tu.Tapi pagi waktu bersiap balik dia wasap ada urusan keluarga .Tak diduga otw kami nak balik Johor dia tepon kata dah tunggu kat UPM Serdang yang juga tempat dia sambung belajar.Terkejut sungguh itulah kali pertama aku dengar suaranya setelah 31 tahun...Berbagai2 rasa ketika itu berdebar2 ,sebak mengalahkan nak jumpa pakwe lama...seoerti kata sahabatku ketika dah bersua.
Akhirnya kami dipertemukan juga di perkarangan masjid UPM....Ketika itu anak dia dan anak2 aku juga suami hanya jadi pemerhati dari jauh gelagat kami yang berpelukan .Hahaaa...kalau ingat kan balik rasa macam drama yang selalu tengok kat tv je ,cuma takde slow motion je....
Berbual2 sampai tak ingat orang sekeliling ,sedar2 dah berjam juga walaupun cuma duduk di bangku depan masjid je.Nak minum2 kat cafe pulak banyak yang tutup haritu.Nak keluar ke tempat lain ,tak sempat kerana aku harus meneruskan perjalanan balik.
Apapun kami syukur tak terhingga bila dapat bertemu semula walaupun ketika kali akhir kami jumpa zaman remaja muda belia....bila jumpa semula dah jadi mak2'dara....31tahun terpisah...Alhamdulillah2 bertemu juga.
Foto: sumber google
Total Pageviews
Monday, 14 December 2015
Tuesday, 8 December 2015
sudah dapat yang diingini.
Assalamualaikum
Masa lepas kenduri kesyukuran Iman tempohari aku adalah post nasi ambeng kat group wasap kawan sekolah( group orang lama gitu).Sorang kawan aku kebetulan sedang teringin sangat nak makan nasi ambeng.......bukan tak pernah makan cuma merindui makanan biasa yang didapati masa kenduri kendara di kampung .Bukan takde jual pun kat Kolumpur tu tapi kata dia tak sesedap selera dia kata dah tak original .Akhirnya harini terlaksana sudah impian dia makan kat TTDI.
Inilah wasap kami masa dia tengah kemaruk nasi ambeng tempohari

Punyalah lah banyak lauk dalam pinggan dia sampai tak boleh perabis katanya masa lepas makan terus post gambar nasi ambeng yang dia nak2 sangat ni.Lepas ni nampaknya sonyap lah dia tak merapu2 dgn kawan2 nak nasi ambeng ....hihiii
Monday, 7 December 2015
Tempat baru
Assalamualaikum
10hb ni Iqa dah kena kembali ke Uitm tapi bukan di Puncak Alam lagi seperti sem lepas.Pelajar2 Asasi dah kena pindah ke Uitm baru di Dengkil yang di khusus kan untuk pelajar Asasi saja.Kena lah kami menghantar seperti waktu pendaftaran awal dulu cuma di tempat berbeza ,walaupun baki Asasi cuma tinggal lebih kurang 6 bulan je lagi....
Mungkin ada juga anak/adik atau sedara mara blogger akan ke tempat yang sama dengan Iqa.UiTM Dengkil ni baru saja nak beroperasi untuk mengambil pelajar buat pertama kali pada minggu ni.
Kalau dah kata tempat baru, faham2 ajelah.Terbaru Iqa dapat sumber dari FB.

Sunday, 6 December 2015
Mangkatnya seorang putera
Assalamualaikum
Seluruh rakyat Johor sedang berdukacita pemergian putera kesayangan .Aku sendiri terkedu ketika pertama kali terima berita di awal malam.
Foto:sumber FB

Friday, 4 December 2015
Jiran
Assalammualaikum
Ketika awal pagi seperti biasa Iqa menghantar sebakul kain yang telah dibasuh keluar untuk di sidai .Tapi biasanya diletaknya je di luar ,tukang sidai nya dah tentunya aku ...Lagipun aku tak gemar bila menyidai asal boleh je.,sakit mata memandang .Kalau boleh biar tersusun cantek di ampaian dan di hanger.Pagi itu sewaktu Iqa keluar makcik sebelah rumah dah riuh memanggil sambil bertanya tentang aku yang masih berada di dalam rumah.Segera Iqa memanggil aku keluar.Rupanya makcik tu kata dia risau tak nampak kelibat tuboh aku seharian sejak balik dari hospital .Sambil menangis dia bagitau tak dapat tidur semalaman memikirkan aku apatah lagi petang itu kami keluar ,difikirkan nya suami ke hospital menghantar barang ....rumah juga gelap sehingga malam.YaAllah ...tak sangka makcik tu ambil berat betul tentang aku dan keluarga ,seperti mak sendiri aku rasa kan.Jiran arwah MIL sejak dulu lagi juga sempat menjadi teman karib arwah mak masa mengikutku tinggal di sini.Walaupun mempunyai anak cucu cicit yang ramai masih juga menggangap kami seperti keluarga sendiri....walaupun sekadar jiran.Teringat masa zaman mengidam dulu dia sibuk memasakkan apa yang aku inginkan ,terutama masa mengandungkan Iman MIL aku sudah tiada.Tapi yang aku tak sanggup masa bersalin kena paksa minum air kunyit yang dibuatnya dan dihadapan dia....Kalau belakang dia boleh lah aku mengelat....tak tahan oii rasanya.
Berbalik pada makcik tadi untuk mententeram kan hatinya yang lara,aku bagitau aku sehat saja tak semudah itu pihak hospital nak suroh masuk ward,ramai lagi yang memerlukan katil di hospital tu....
Bercerita tentang jiran ni tempohari kami balik kampung semata2 aku terlalu rindu juga sering termimpi2 jiran arwah mak yang baikhati yang dah lama tak berjumpa.Masa aku masuk rumah dia tak dapat cam tapi suara ku masih dikenali .Orangnya masih sehat walaupun usia lebihkurang arwah mak.Sayu hati kami dipertemuan ini.Walaupun hanya seorang jiran tapi sudah seperti saudara.
Alhamdulilah bersyukur punya jiran yang baik....juga bahagia disayangi orang2 tua.

Thursday, 3 December 2015
tukar selera
Assalammualaikum
Sejak kali pertama melihat entry Malinda pasal roti bawang putih bercicah kan sup cendawan aku dan anak2 dah mula suka pulak ,sekurang2nya seminggu sekali atau dua kali pasti jadi makan tengahhari atau malam kami ...(kami tu bermaksud dengan anak2 ),suami aku dah tentu nak nasi juga..Sebelum ni aku tak tertelan sup cendawan ni bila anak2 yang duk U selalu bawa balik stok lebihan mereka .Tapi bila dah baca blog Malinda sedap lah pulak bila di regukan dengan roti bawang putih.Tapi part resepi sup cendawan homemade tu belum try lagi....Tau nya beli yang segera tentunya orang yang rajin sangat macam aku ni!.
Bila dah selalu makan sup cendawan ,teringinlah makan bersama roti bercicah kari ayam pulak .Iman lah yang paling suka walaupun tak pandai makan makanan pedas ,kari ayam tanpa santan tu lah yang dia suka.Bila dah selalu makan roti untuk menu tengah hari atau malam ,kami jarang makan nasi dah.Tak terfikir nak diet pun cuma selera kadang mengada2.'....
.
Iqa pulak seminggu lebih lagi dah nak kembali ke U ,katanya sebelum tu nak makan makaroni goreng.Olehkerana takde sayuran hijau dalam peti sejuk aku campak kan je potongan kubis bunga dengan cendawan inoke....janji ada sayur kan..Budak2 kat rumah ni semua minat sangat dengan makaroni ,cuma jika manisan seperti bubur/pengat mereka kureng sikit selera seperti yang dapat dari seorang jiran 'bubur chacha dengan makaroni'.
.Azim apa pun jalann....Alhamdulilah sejak dia cuti memang tak membazir makanan.

Wednesday, 2 December 2015
merajuk
Assalamualaikum
Iman dah pun sehat,masa aku buat checkup kat HSA JB semalam sanggup dia bangun sebelum suboh untuk ikut sama.....bosan sudah terperap kat rumah .Dibawa nya semua duit yang didapat dari tetamu yang datang juga saudara mara tempohari.Ada lah sesuatu yang diinginkan tu.....
Bila balik dari JB ,separuh dari duit yang dia dapat aku masukkan kat bank.Lepas tu kami terus balik rumah....tak sangka ada budak merajuk.....bila tiba rumah terus masuk bilek dan terus tidur....hahaa aku tak perasan pun sehingga suami kata Iman merajuk.
Petang selepas Asar bawa dia keluar ke Tesco.....rupanya benda ni yang dia mahukan sangat....
Sebenarnya aku taklah berapa nak izinkan untuk dia beli ,bimbang melekakan.... suami kata biarlah,cuti sekolah ni... lagipun dia guna duit sendiri....tapi tetap kena warning untuk bahagikan masa.
Dah dapat apa yang dia mahu baru lah selera makan...tapi selera budak sorang ni mee sup yang disuka sangat sementara kita orang makan yang lain.
Bukan apa biasanya air di kedai2 makan ni manis2 belaka...maklumlah dah berusia ni kena jaga kesihatan.
Budak merajuk tu pagi ni lepas suboh je dah hadap benda tu,berenti sekejap konon2nya baca buku teks.....takut mak nya jadi singa!.
Iman dah pun sehat,masa aku buat checkup kat HSA JB semalam sanggup dia bangun sebelum suboh untuk ikut sama.....bosan sudah terperap kat rumah .Dibawa nya semua duit yang didapat dari tetamu yang datang juga saudara mara tempohari.Ada lah sesuatu yang diinginkan tu.....
Bila balik dari JB ,separuh dari duit yang dia dapat aku masukkan kat bank.Lepas tu kami terus balik rumah....tak sangka ada budak merajuk.....bila tiba rumah terus masuk bilek dan terus tidur....hahaa aku tak perasan pun sehingga suami kata Iman merajuk.
Petang selepas Asar bawa dia keluar ke Tesco.....rupanya benda ni yang dia mahukan sangat....
Sebenarnya aku taklah berapa nak izinkan untuk dia beli ,bimbang melekakan.... suami kata biarlah,cuti sekolah ni... lagipun dia guna duit sendiri....tapi tetap kena warning untuk bahagikan masa.
Dah dapat apa yang dia mahu baru lah selera makan...tapi selera budak sorang ni mee sup yang disuka sangat sementara kita orang makan yang lain.
Tengok lah begitu berselera dia makan.
Masa dorang order air yang berbagai rasa,aku pula hanya minum air ni saja.Bukan apa biasanya air di kedai2 makan ni manis2 belaka...maklumlah dah berusia ni kena jaga kesihatan.
Budak merajuk tu pagi ni lepas suboh je dah hadap benda tu,berenti sekejap konon2nya baca buku teks.....takut mak nya jadi singa!.
Subscribe to:
Posts (Atom)