ASSALAMMUALAIKUM
Azim mula bercermin mata sejak tahun 3 lagi...walaupun sejak tadika lagi dah mula rabun tapi kami tak pasti ,ingatkan dia main2 maklumlah anak2 kecil...Kini dia sudah tingkatan 2 .Kata dia mata sebelah kanan sudah agak kabur dan perlukan cermin mata baru..Oleh kerana dia tinggal di asrama kami ambil dia untuk outing seterusnya ke kedai cermin mata.Malangnya dia tak dapat buat cermin mata baru kerana power nya terlalu tinggi .Kena jumpa pakar mata dulu.Malangnya bila kami pusing klinik pakar mata pula tak buka.Terpaksa hantar semula dia pulang ke asrama.Hati seorang ibu tentu nya sedih dan risau dengan masa depan dia yang masih panjang.Ingin saja aku berikan mata tua ku ini sebagai pengganti....
Total Pageviews
Saturday, 1 March 2014
Wednesday, 26 February 2014
kering dan layu akhirnya
ASSALAMMUALAIKUM
Akhirnya tanamanku tewas juga dengan terik mentari sekarang walaupun disiram pagi dan petang tak upaya lagi ia subur menghijau seperti dulu.
Pokok cili padi yang hampir mati
ulam raja juga tak terkecuali
pokok kacang botol yang satu waktu dulu begitu gah pun tak mampu lagi bertahan
daun2 lempuyang pun mula mengering tapi mungkin hayatnya dapat dipertahankan andai ubinya tak terjejas
pokok kunyit yang baru ditanam ni tidak lagi dapat diselamatkan
mujor ada yang tumboh subor dikawasan yang agak redup

Monday, 24 February 2014
Aku dan tragedi sungai muar
Assalammualaikum
Pagi ini bila buka TV terlalu sebak hati ini menyaksikan rentetan peristiwa anak2 remaja lemas di sungai Muar tempohari, sehingga tak tersedar airmata menitis tanpa henti.
Kita yang melihat dan mendengar begitu sedih dengan kejadian itu ,apatah lagi keluarga mereka.Ada diantara mereka 2 beradik.....tentulah pedih menerima hakikat.Kawan2 sekolah juga tentu terasa kehilangan apatah lagi mereka dari sekolah yang sama.Namun itulah takdirNya....kita kena reda.Hati anak2 remaja ini begitu mulia berkorban untuk selamatkan kawan2.Mereka memang sahabat sejati...
Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk anak2 ini.Moga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman....AMIN

Thursday, 20 February 2014
mahligai terlerai
ASSALAMMUALAIKUM
19hb Feb 2014 terlerailah sudah ikatan perkahwinan teman yang aku ceritakan tempohari.Tempoh perkahwinan yang hampir 23tahun tidak dapat diselamatkan lagi.Kasihan anak2 bila mereka tahu ibubapa mereka sudah tidak sehaluan,Begitulah bahana penceraian ,anak2 jadi mangsa.Entahlah aku rasa lebih emosinal dari mereka ......
Aku bersyukur amat dlam meniti kehidupan rumahtangga selama 26tahun ini kami cukup bahagia walau menempuh onak duri kehidupan dan tidak dilimpahi kemewahan .Hampir 6th tanpa cahaya mata tidak pernah mengugat keharmonian rumahtangga kami .Jika dipanjangkan umor ,kami ingin meniti hari tua bersama.....(.hui ayat jiwang tuuuu.)
buku yang sesuai dibaca oleh anak2 yang bakal berumahtangga

Wednesday, 19 February 2014
Jerebu atau debu
ASSALAMMUALAIKUM
Pukul 7 pagi hantar Iman ke sekolah agama cuaca agak gelap Bila turunkan dia di sekolah ,terus ke kedai runcit,nampak masih gelap seperti kabus makin lama makin tebal ,bau nya pun seperti asap.....APAKAH INI KABUS ,JEREBU ATAU DEBU....sampai ni belum terjawab lagi.

Tuesday, 18 February 2014
air cucian
ASSALAMMUALAIKUM
Dalam menghadapi cuaca panas dan kering dan masalah2 air disana sini ,apa kata kita lebih hargai air.Air basuhan beras ,air cuci ikan ,jangan terus dibuang,boleh disiram tanaman.Tak perlu lah baja2 kimia untuk menyuburkan pokok2.Biasanya aku simpan dulu untuk disiram pada waktu pagi atau petang ,tapi kalau anak2 yang ke dapur ,tak dipesan memanglah dibuang semua.
Jiran sebelah rumah siram pokok2 orkid nya dengan air2 cucian tersebut....subor sangat orkidnya selalu pula berbunga...tapi masa dia siram memang tak boleh dekat ,busok sangat,mungkin disimpan semalaman....baja asli tu...

Monday, 17 February 2014
Kerabu mangga
ASSALAMMUALAIKUM,
Pagi sabtu lalu sekembali dari menghantar Azim ke asrama terpandang gerai menjual buah mangga.Hasrat hati hendak membeli sebab lama sudah tidak makan mangga yang dibeli.Biasanya makan buah mempelam pauh yang kami tanam saja..buahnya pun banyak tidak pernah putus berbuah...tak tau sebab apa .ini agak lama tidak berbuah.
Bila aku singgah untuk membeli mangga kat gerai tu ,lihat pula kenapa lah buah2 mangga nya nampak hijau je lebih.Bila tanya penjual memang ada yang belum masak lagi .Beli lah juga campurkan dengan yang sudah masak ranum.
Balik rumah yang sudah masak ranum ,potong2 untuk santapan anak2 yang hendak bertolak balik ke universiti..Lebihan buah mangga yang tinggal agak keras,mungkin dipetik masih muda lagi.Aku fikir buat kerabu pun sedap juga.Tapi mangga ni tak lah semasam mempelam pauh ,oleh itu kenalah perahkan limau kesturi jika mahu.
Resepi KERABU MANGGA
2 mangga (disagat)
1batang bunga kantan (jika mahu)
1 biji bawang besar (dihiris)
ikan bilis /udang kering(digoreng garing)
cili padi atau cili merah(ikut suka )-dihiris
2 biji limau kesturi (jika mahu)
1/2 btng lobak merah (jika mahu)-dihiris nipis
garam
gula
kacang tanah goreng/sangai (ditumbuk)
Caranya
Campurkan semuanya dan gaulkan rata,perasakan dengan garam ,gula dan perahkan limau kesturi.Masukan dalam pinggan hidangan ,taburkan dengan kacang tanah tumbuk.(aku tak masukkan pun sebab tak ada simpanan kacang tanah ).Ada juga sesetengah orang yang masukkan hirisan serai atau cubitan ikan masin .Apa2 pun terpulang pada selera kita ,yang pasti kerabu makanan sihat.

Subscribe to:
Posts (Atom)