Total Pageviews

Saturday, 31 May 2014

hari cuti dan pengantin

ASSALAMMUALAIKUM
Hari ini saja di kawasan tempat tinggal aku ada 5 jemputan pengantin dan satu majlis bacaan yasin dan tahlil dan satu jemputan dari kampung.Hanya sempat pergi separuh saja sebab mengejarkan majlis bacaan yasin pada jam 2 petang.Cadang tuan rumah untuk majlis bacaan yasin ni untuk doa selamat dia ke umrah tapi malang terpaksa di tangguhkan sebab tak dapat visa Bagaimana pun adakan juga yasin dan tahlil untuk arwah2.
Cuti di Johor ni pada Jumaat dan Sabtu ,oleh itu berrebut2 orang mengadakan majlis pada hari Sabtu.Sekarang ni sudah tak tunggu cuti sekolah lagi asal hari Sabtu tentu ada undangan .

Setakat ini di tempat aku belum lagi ada yang buat majlis perkahwinan pada Jumaat.Majlis yang ada depan rumah ni pun hanya selang 3 rumah dari majlis satu lagi.Ramai juga kenalan2 mereka dari luar yang salah rumah .Iman yang seronok dapat lihat perarakan pengantin 2 tempat tapi dari rumah saja....


Dipetik dari Novel Denyut Kasih Medik:
'Jika anda dirisik secara langsung oleh seseorang lelaki da anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa , bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia . Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan Rasullulah S.A.W"

Wednesday, 28 May 2014

Durian belanda goreng

ASSALAMMUALAIKUM
Buah durian belanda berbuah agak lebat ,banyak lagi putik dan bunga  yang mencelah celah  diatas pokok.Sebiji buah nya yang agak obesiti dari yang lain ,agak2 lebihkurang 2 kilo ...aku  jaga dan aku lihat hari2. ...takut bila sudah terlebih masak akan jatuh ke tanah dan merosakkan buah.Cadangnya nak aku sedekah kan pada kawan untuk diberi pada kakaknya yang sakit kanser..
Bila nampak agak matang ,suami terus petik untuk dibiarkan agak lembut baru diberikan pada kawan .Sehari dua hari aku tunggu2 masih lagi keras.Entahlah mungkin OBESITI sangat payah sangat nak masak ...sudahnya kat hujung buah tu aje yang benyek.....mungkin kena picit2 aku agaknya..Nampak gayanya tak ada rezeki lah untuk kawan aku tu ...tapi banyak lagi buah yang sedang menunggu matangnya ....insya Allah  akan ku berikan padanya.
Bila suami potong2 buah durian belanda tu memang keras sangat lagi ....bagaimanalah nak makan.Nak dibuang sayang pula..Teringat resepi yang seorang kawan beri goreng durian belanda yang masih muda.
Potong2 durian belanda  dan buang biji nya celupkan tepung....goreng seperti goreng pisang atau keledek.
Sedap .....bila tenguk semula bawah tudung saji ....licin dahhh.










Tuesday, 27 May 2014

BILA TIBA



                                     Sumber : Google Image

Assalamualaikum ..

terasa insaf diri menghayati lirik lagu ini..


Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu


Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-bila-tiba-ungu-ost-sang-kiai.html#ixzz32sxjXLE6



                                     

Sunday, 25 May 2014

makanan kegemaran Rasulullah

ASSALAMMUALAIKUM
Masa melawat Atiqa di asrama poster yang di tampal di papan kenyataan tepi dinding surau menjadi perhatian Iman.Banyak bertanya kerana tak faham dengan ringkasan yang dipaparkan tapi begitu berminat untuk mengetahui .Seronok hendak makan apa yang Rasululah gemari .apatah lagi bila dia baca bab minyak zaitun "Iman nak minum minyak zaitun lah ,nanti lambat tua" Apa aje lah Iman...tapi makanan kegemaran Rasululah memang terbaik untuk tubuh badan kita

Thursday, 22 May 2014

sayur keladi tumis pedas

ASSALAMMUALAIKUM

Bila tekak rasa teringinnnnn.... sangat mengalahkan orang mengidam.Dapat pula apa yang dicita ,buatlah juadah hidangan tengahhari semalam.Aku masak tumis pedas je .
Resepi sayur keladi tumis pedas
batang keladi dan isinya -direbus sekejap bersama 1 keping asam keping
15 batang lada kering
 3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
sedikit air asam jawa
1/4 kiub ikan bilis
daun kesum
garam

cara nya
batang keladi dan isinya yang telah direbus tadi ,ditapis untuk toskan airnya....buangkan asam keping tadi.Sementara tu lada kering ,bawang merah dan bawang putih dikisar ....masukan ikan bilis ,kisar sekejap tak perlu hancur sangat Kalau rajin boleh lah tumbuk saja
Sementara itu panaskan sedikit minyak dalam kuali tuangkan bahan2 kisar tadi dan biarkan sehingga terbit minyak.Lepas itu baru masukan batang dan isi keladi yang sudah dicelur tadi ,gaulkan pada sambal tadi ,baru masukan air asam ,kiub ikan bilis dan daun kesum.Biarkan agak2 kuahnya kering baru masukan garam secukup rasa....siap untuk dihidang...
Pesan nenek  yang masih dalam ingatan ku hingga kini bila masak sayur keladi jangan masukan belacan ,taktau lah mungkin takut gatal kut.Satu lagi bila sedang makan sayur keladi jangan sebut2 perkataan gatal...semakin gatal lah tekak tu.

Wednesday, 21 May 2014

Hilang lagi...


ASSALAMMUALAIKUM
Hilang lagi untuk kesekian kali.Kali ini pencil warna yang baru dibeli minggu lepas.Dalam bulan ini saja sudah 2kotak pencil warna hilang.Kali pertama baru 2 hari beli isinya tinggal separuh, last2 yang separuh pun hilang juga.Pencil ,pemadam .pembaris dan alat2 tulis lain memang biasa dah hilang...kalau tidak hilang pun pembaris atau pemadam bila bawa elok je....dah balik sekolah ....huhuu dah patah dua .Begitu lah Iman masih cuai lagi walaupun sudah tahun 2.
Di rumah ni walaupun hanya dia seorang yang bersekolah dari rumah ,stok alat2 tulis sentiasa tersedia ...dah rupa kedai ....kalau tidak jenuh lah malam2 kena cari .Alat tulis yang dihadiahkan cikgu nya tak mahu pula digunakan....macam budak perempuan katanya warna pink...

Tuesday, 20 May 2014

Hujan dan petir di malam hari....

ASSALAMMUALAIKUM
Pukul 7 petang sudah ada tanda2 hari akan hujan.7.30 sudah mula berangin dan kilat guruh sudah mula kedengaran..Setelah Maghrib Iman bersiap untuk ke kelas zapin setelah ponteng beberapa kali hadapi periksa setengah tahun.Katanya malam ni ada pemilihan untuk persembahan akan datang.Cadangnya nak pergi pukul 8.30 tapi hujan lebat sudah mula turun diikuti petir dan kilat berdentam dentum.Cuaca di luar agak gelap walaupun ada lampu jalan,oleh itu nampaklah cahaya terangbenderang sesekali kilat memancar .
Seketika kemudian tiba2 gelap ,,,biasalah kalau ada petir .suis terpelantik .Iman mula lah kecut perut.Mujor suami sudah balik dari masjid lepas maghrib.Nyalakan lilin sebab kilat dan petir masih sabung menyambung .Mulut Iman tak henti2 baca surah2 lazim walaupun mukanya ditutup dengan bantal.Suami mula lah buat penglipurlara untuk Iman "malam gelap gelita ,kilat sabung menyambung dan hujan lebat....tiba2...."hish bertambah2 kecutlah budak tu.
Agak lama juga hujan dan petir baru reda barulah betulkan suis ....setelah Isyak Iman terus tidur dan kisah zapin nya pun entah kemana dah...
Tengahmalam sekali lagi hujan dan guruh petir berulang....blackout lagi.Tapi dah mengantuk amat biarkan saja kegelapan.3.30pagi dah terasa nak pergi toilet baru lah sibuk cari suis.....gitulah kisah semalam