ASSALAMMUALAIKUM
Salam seindah pagi Ramadhan
Iman ...di sekolah katanya tolong cikgu angkat kerusi meja ke tingkat bawah .Diberi upah sedikit wang dan beberapa kotak susu.
Balik sekolah selalu ayah dia yang ambil walaupun tergesa2 balik kerja.Semalam kerana ada masalah balik agak lewat ....bulan puasa ni Iman keluar sekolah 5.30.Aku pesan pada jiran ambil Iman sekali dgn anaknya yg ada di sekolah yag sama.Bila budak2 sekolah mula pulang aku tunggu depan rumah ,terpandang anak jiran hanya bawa adiknya tanpa Iman.
Bimbang dan kasihan sangat ingatkan Iman sendirian di sekolah.Apatah lagi 3 empat hari sebelum ni ada kes budak perempuan tahun 3 hampir kena colek di hadapan masjid.Tanpa fikir panjang minta tolong jiran yang lain .Lebihkurang 500 meter jiran tadi pusing balik bawa Iman sama.Rupanya dia jalankaki seorang diri dari sekolah....walaupun taklah jauh lebihkurang 1 km tapi dalam keadaan puasa dengan beg yg berat nampak sangat letihnya.Selesai ifftar dan solat maghrib terus dia tidur...
Awal pagi lagi jiran sudah telefon mohon maaf sangat2....
Total Pageviews
Wednesday, 23 July 2014
Monday, 21 July 2014
Periksa dan raya
ASSALAMMUALAIKUM
Ketika hendak kembali ke asrama Atiqa menghulurkan kad pengenalan dia ...meminta si kakak membelikan no pin untuk kemasukan ke kolej Matrikulasi tahun 2015.Aku bagai baru tersedar begitu pantas masa berlalu....terasa baru semalam menghantar dia mendaftar ke tingkatan satu....kini tinggal beberapa bulan saja dia akan menamatkan alam persekolahan.Akhir tahun ni dah pun SPM.Tahun depan tentu makin jauh tinggalkan kami.....
Gambar ketika tahun satu
Sekarang ni orang lain sibuk2 nak buat persiapan raya ,dia sedang sibuk untuk hadapi trail dalam bulan syawal ni.Kata dia tak perlu beli kan apa2 utk dia tak mahu raya....yalah tu ....bila orang nak pergi beraya nanti dia dulu lah yang masuk kereta....

Sunday, 20 July 2014
cerita kuih buah melaka
ASSALAMMUALAIKUM
Awal Ramadhan tempohari terasa ingin sangat nak makan kuih buat melaka untuk manisan ifftar.Sukar nak cari keledek aku gantikan dengan ubi kentang untuk mengurangkan liat tepung pulut.Memang mudah dan tak mengambil masa lama tapi olehkerana kesuntukan masa buat bebola kuih buah melaka jadinya pun sebesar buku lima Iman......makan 2 biji pun dah kenyang.
Bila anak2 yang duk asrama balik....aku buatkan sekali lagi untuk mereka merasa.Kali ini anak dara aku yang buat bebolanya....
warnanya tak menyerlah sebab aku gunakan sedikit saja daun pandan
yang togel ni untuk Iman sebab dia tak nak makan santan katanya (tak tau beza santan dgn kelapa parut)
Bila cerita bab kuih buah melaka ni teringat aku peristiwa bulan Ramadhan lebihkurang 4 -5 tahun yang lalu.Di kawasan kediaman aku seorang warga emas meninggal dunia akibat tercekik kuih ni masa ifftar.Sejak peristiwa itu suami begitu hati2 bila anak2 nak makan kuih buah melaka pastikan tak liat dan kunyah dengan hati2....walaupun anak2 dah besar sering diingatkan....

Saturday, 19 July 2014
Hitam juga pilihannya
ASSALAMMUALAIKUM
21 Ramadhan 1435
Hari raya yang lepas2 biasanya aku buat dan jahit sendiri baju2 kurung dan baju melayu anak2 dan suami.Biasanya hari raya pertama kami pakai baju sedondon 7 beranak.Mula menjahit 2 atau 3 bulan sebelum Ramadhan ...apa taknya walaupun yang lelaki seorang sepasang ...yang perempuan biasanya lebih le....
Tahun ini semua pakaian terutama baju melayu beli saja.Takde tema2 warna seperti yang lepas ....ikut saja warna yang sendiri suka .Semalam belikan baju melayu dan t shirt untuk Azim dan Iman .Azim pilih baju melayu warna ungu cerah ....Iman, anak aku yang seorang ni dalam banyak2 warna yang cantek2 boleh baju melayu telok belanga hitam yang menjadi pilihan dia ....Bila suroh pilih t shirt pun warna hitam yang menjadi idamannya....walaupun aku berkenan sangat 1 t shirt yang warna biru ....memberontak dia suruh letakkan balik ke tempat asal.Agaknya hitam tu menawan sangat hati dia...

Thursday, 17 July 2014
Al FATIHAH
ASSALAMMUALAIKUM
19 RAMADHAN 1435
Suasana pagi agak sendu kelihatan cahaya kilat memancar dari jauh dan awan hitam nampak berarak lembut namun sehingga tengahhari ini belum ada setitis hujan pun yang turun ke bumi.Suasana suram bagai mengerti kesedihan seorang isteri kehilangan suami ,seorang anak kehilangan ayah ,seorang ibu tua yang kehilangan seorang lagi anak.
Selesai berbuka kami dikejutkan kawan suami yang juga anak jiran ku telah menghembuskan nafas terakhir.Meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki berusia 16 tahun.Telah selamat disemadikan diawal pagi tadi .Sebak rasa hati bila melihat isteri dan anak kehilangan orang tersayang disaat menjelang lebaran tak berapa hari lagi.Namun menurut ibunya masih sempat menunaikan zakat fitrah untuk anak isteri dan ibunya.
Masih mampu berpuasa walau tidak sehat....Ramadhan ini benar2 terakhir untuk nya.Al fatihah....
Balik rumah melihat WHI mengesahkan banduan akhir seorang wanita tak dapat menahan airmata ku luruh bila melihat luahan2 nya yang bakal menunggu mati.Mungkin ramai diluar sana yang merasai kesedihannya sehingga pengacara juga turut mengalirkan airmata.Namun masih aku ingat kata2 ustaz jemputan nya berkata walau apa cara pun kematian tak penting.....yang penting mati dalam iman....

Tuesday, 15 July 2014
kuih2 raya
ASSALAMMUALAAIKUM
17 RAMADHAN 1435
Tentu ada yang sudah mula buat kuihmuih untuk kudapan hariraya yang bakal menjelang .
Satu ketika dulu aku rajin juga buat kuih sendiri walaupun anak kecil2 lagi....Agak mencabar bila anak2 kecil mengacau .Mak mertua yang sememang sudah uzor ketika itu tolong juga jaga kan anak2...tapi biasanya lepas juga ke dapur.Nak kan budak2 ni diam bagi kan tepung yg sudah diadun seketul ...buatlah bagai tanah liat..sampai tak rupa tepung dah..
Sekarang dah berusia malaslah pulak buat sendiri ....kuih tunjuk je lah .Nak buat kerepek atau kekacang pun dah tak larat nak menghadap api dapur lama2.Aku biasa beli kat IKS Simpang Renggam atau Azhar Food Supplier , nak kuih atau kerepek apa saja semua ada.murah2 lagi..rambang mata dibuatnya.bawa je duit sebakul ...hihiii
dulu kuih2 rupa ni lah rajin sangat aku buat ...la ni gambar hiasan je ,snap dari buku resepi yang dah berabuk tersimpan.
resepi ni dari majalah keluarga bulan julai 1993....masih elok dalam simpanan....akhir 80an dari majalah wanita pun masih ada....tak tau lah simpan buat apa lagi..... semua ada nilai sentimental....Biasa nya masak tak ikut resepi pun ...ikut suka sendiri je.
.

Saturday, 12 July 2014
Indahnya...
ASSALAMMUALAIKUM
14 Ramadhan 1435
Bila bunga2 berkembang banyaklah serangga seperti kumbang dan rama2 menghampiri.Bila perhatikan rama2 perbagai warna bagaikan lukisan ....indahnya ciptaan Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)