Total Pageviews

Friday, 26 March 2021

Menginjak usia

Assalamualaikum
22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara harini ,walaupun Allah uji dengan sakit 5 tahun yang lalu.
Ahad 21hb beria anak daraku 2 orang ni ajak keluar .Ingat kan seperti biasa nak menyoping barang makanan mereka untuk bekal pergi kerja.Rupanya saja Fateha nak beli kan sesuatu sebelum ini aku inginkan.Iqa baru bekerja dan belum ada gaji ,jadi dia jadi escot je.Beberapa kedai juga masuk tapi tak dapat apa yang dicari .Kalau ada pun harga agak mahal .Aku kata tak perlu lah belikan untuk mak buat masa ni,bukan lah keperluan sangat pun.Simpan lah duit tu persiapan perkahwinan dia kelak .Emak tak mahu pun hadiah mahal2 ,dapat masuk Eco2 pun suka sangat2.Dorang layan kan je mak nya menyoping . Diam tak diam 1 jam juga kat dalam kedai saka tu.
Jenuh juga ikut orang muda ni jalan sana sini.Iman yang ikut kami dah mula bersuara bila nak makan sebab sudah tengahari.Lagi pula suka dia ikut kakak ,sebab dapat mengepau makanan yang dia suka.Anak dara 2 ni sebenarnya dah pakat nak bawa maknya makan2.
Foto:sebab kurang minat makanan western ,mak order lah salad je tapi takde lah pulak.Gantikan dengan chicken chop,ada salad juga kan...hihii
Foto: taklah makan sorang ,banyak tu...
Foto: Fateha order ayam goreng
Foto: Iqa oder ramen ni.Suruhnya aku merasa ,tak mahu lah sebab bau nya pun dah macam meggi kari.
Foto:Ni pinggan Iman.Tak pernah jemu dengan speggeti.Spaggetti cabonara dengan ikan salmon.
Foto :minuman ni kami kongsi ber3 ...masamm tu tapi menyegarkan .
22hb ,petang ,balik kerja ,masuk rumah je Iqa sibuk cari mana mak.Sedangkan waktu itu aku duduk2 di belakang rumah sambil memerhati tanaman dan si ayah yang sedang buat kerja.Rupanya nya buat suprise lagi membeli kek ...huargh...sedih sebenarnya budak2 ni beria2 nak merahikan sangat birthday mak nya yang sudah meniti senja ni.
Disebabkan maknya puasa ,kena lah tunggu lepas ifftar baru boleh potong kek.
Kek coklat cheese ni sekali hadap je.Tengok kan si ayah juga suka sangat makan ,beberapa potong juga dia makan.
Tahun depan kalau umorku panjang ,birthday2 ni sudah lain susananya sebab Fateha sudah menjadi milik orang ...tidak lagi depan mata.

Wednesday, 17 March 2021

Durian dan cendol homemade

Assalamualaikum
Harini hari ke 3 Iqa kerja...Alhamdulilah tak lagi ' tanam anggur' kat rumah setelah tamat belajar di UM tempohari.Dalam kemelut graduan yang banyak  menganggur dan pekerja yang kehilangan kerja, dia pula ditawarkan bekerja tanpa memohon.Walaupun jauh menyimpang nya yang dia belajar di universiti dari pelajar sains ke bidang kejuruteraan.Boss kata boleh belajar...semoga dipermudahkan urusannya dan termakbul cita2 untuk sambung belajar.
Foto...hari pertama keluar rumah untuk bekerja
Sebelum dapat tawaran kerja tempohari ku minta dia buat cendol homemade.Teringin nak minum dengan durian .Sebelum ni tengok kat media sosial macam sedap je ,tapi hanya mampu tengok je.Sekarang ni durian belakang rumah sudah mulai gugur.Boleh lah buat sendiri cadangnya.Walaupun buat durian kali ini tak berapa cantek.Ulas2 kecil dan agak kering .Mungkin kerana cuaca terlalu panas sejak lebih 2 bulan.Tapi rasa nya masih padu dan lemak manis.
Kongsi juga dengan si tupai
Gigihlah Iqa mengadun tepung untuk buat cendol homemade.Takde perwarna hijau,digantikan dengan air pandan.
Dah rupa mee kuning ku tengok...hihi
Maka jadilah cendol homemade .Santan gantikan susu cair supaya tak muak minum berulang2.Kebetulan ada agar2 sirap semalamnya ..Cuma ketulan ais kurang sebab cuaca ketika tu panas terik ,buat2 ais asyik habis saja.
Alhamdulilah ,lepas lah kempunan.Tapi lain kali rasa lebih baik beli saja cendolnya,lepas tu bolehlah buat airnya sendiri..hihii...bukan pe  banyak pulak proses.

Wednesday, 3 March 2021

Aktiviti PKP


Assalamualaikum
Sejak PKP ni banyak masa terluang .Yalah nak jalan2 pun tak boleh nak rentas daerah dan negeri .Sedih...lama dah tak jumpa anak cucu.Untuk mengisi masa dengan tidak merancang ajak suami beli cat.Boleh lah mengecat rumah dengan anak2 .Dinding rumah pun dah banyak yang terkopek dan kotor.Alhamdulilah tak sampai seminggu siap dah mengecat luar rumah dari bahagian depan hingga belakang rumah.Cuaca pun panas memang molek sangat lah.
Green colour pilihan anak daraku🤗
Buat juga aktiviti berkebun di tepi rumah sambil melayan hati yang gundah.Sambil2 memerhati buah2 durian yang entah bila nak gugurnya.Setakat ni ada lah sebiji yang gugur ,itupun berkongsi dengan si tupai,sudah ditebuknya 1 pangsa.Pokok durian belakang rumah ni cuma sebatang je.
Pokok2 sayur pun sudah mula mengeluarkan hasil walaupun tak banyak.Cuaca panas terik ni sayur2 pun struggle nak hidup.Ada juga ku pasang jaring hitam untuk mengurang kan pancaran matahari.
Pokok petola
Pokok tomato ni harap je besar tapi buah nya seketul je.
Pokok bendi baru berputik
Daun selasih 
Daun sup 
Daun tenggek burung dan pucuk gajus hasil tanaman buat ulaman makan tengahari.
Pokok cili pelangi pun sudah berbuah .Tak tahu untuk digunakan untuk masakan atau sebagai hiasan saja .Sayanglah pula sebab cantek berwarna warni.
Daun2 nampak tak elok sebab kena cat...biasalah tukang cat main sapu je bukan dialihnya bunga2 atau pokok dalam pasu.

Saturday, 20 February 2021

Serbuk kunyit homemade

Assalamualaikum
Sekarang ni waktu siang cuaca sangat2 panas. Banyak juga tanaman serba sedikit belakang rumah ni terjejas .Antara nya daun pokok2 kunyit  banyak yang kering walaupun disiram pagi dan petang tanpa culas sekali ,selagi aku berupaya.
Bila ada daun nya yang terlalu kering,aku gali  untuk ambil isinya.Sebenarnya pokok  akan kembali mengeluarkan pucuk2 baru jika ada umbisinya .Aku memang jarang mengali banyak ,selalu nya kalau nak guna masa tulah korek sikit untuk2 masak masa tu je.Kunyit hidup ni bukan boleh disimpan lama, nanti ia akan kering.
Berbalik dengan kunyit yang ku gali tu ,disebabkan banyak ku suruh Iqa bersihkan dan hiris nipis.Tak perlu lah kikis kulit nya ,kemudian jemur.Budak bertuah ni punyalah takut tangan jadi kuning bukan main lagi dia guna sarung tangan kiri kanan.
Dengan cuaca sekarang ni 2 hari je kunyit yang dijemur tu sudah kering.
Sudah tu boleh lah dikisar kering sehingga halus.
Dapat lah banyak ni
Kemudian simpan dalam bekas.
Ini lebihan kunyit yang dikisar...kunyit ni agak kecil2.Kata makcik jiran kunyit ni jenis kunyit padi.
Tak rugi tanam kunyit ni,nak guna daun nya dalam masakan pun pergi je belakang rumah .
Masak bening taruk daun kunyit pun sedap.Ini selera mak2 betik muda masak bening .
Cuaca panas ni memang sedap hirup kuah bening betik muda campur daun kunyit.Ada pulak sambal gesek dan ikan masin...perghh...

Monday, 15 February 2021

Ketupat dan ayam masak bali

Assalamualaikum
Cuti CNY memang tak boleh nak kemana.Masing2 abis kan masa di rumah saja.Suami yang sudah biasa bekerja, ada saja aktiviti luar rumah yang dibuat.Kadang risau juga kesihatan nya sebab cuaca di luar sana panas terik ,walaupun  keluar rumah sekitar pukul 8 pagi atau pun sebelah petang dalam pukul 5 .Waktu2 begitu aku ikut juga keluar rumah untuk memantau benih2 pokok sayuran yang ku tanam dan menyiram sambil ditemani Iman buat teman berceloteh...daripada dia duk menghadap henpon memanjang.
Disebabkan aktiviti lain sudah tak banyak nak dilakukan di halaman belakang ,suami menyabit pelepah2 kelapa yang pokoknya condong ke jalan.Memang cadang nya nak tebang sebab bimbang tumbang kena wayar letrik  kelak.
Teringat pula nak buat ketupat dari pucuk kelapa yang suami sabit.Bila minta katanya dah beri pada seseorang yang meminta ....masa ni aku sudah masuk rumah.Untuk pengetahuan belakang rumah kami ni ada kedai makan.Orang yang duduk2 kat situ lah yang minta .Mujur lah ada sikit lagi berbaki kalau tak nak merajuk juga...hihii.
Maka dengan gigihnya ku anyam sendiri kelonsong ketupat.Ya buat sendiri sebab anak2 rumah ni sorang pun tak pandai nenganyam ketupat walaupun dah diajar berkali2.Nanti kalau mak dorang dah takde ,masak ketupat segera lah jawapnya 
Dapatlah lebihkurang 30 biji kelonsong.Part isi beras ,Iqa punya kerja.Rebus dalam rice cooker besar tinggalan arwah mak.
Rebus dalam 2 jam, keluarkan dan toskan 
Disebabkan beberapa hari yang lepas sudah masak rendang,kali ini nak makan ketupat masak lah ayam masak Bali resepi youtuber cik nom.
Nak buat sayur lodeh pun takde bahan sebab kedai sayuran tutup .Nak buat sambal kacang pun takde stok kacang tanah.Jadinya rasa nak ala2 lontong ,makan dengan kuah lemak ikan.Alhamdulilah...

Sunday, 7 February 2021

Buah cermai


Assalamualaikum
Anak pokok cermai ni kami beli di  MAHA 2018.Beli 2 anak pokok.Satu pokok tumbuh subur ,bercabang2.Satu pokok lagi agak kurus tapi kedua2 nya tinggi menjulang.Berbuah tidak juga.Suruh suami cantas bahagian atas kedua2 pokok sebagai ikhtiar agar cermai berbuah dan menjadikan pokok lebih rendang.Selain dari tu taburkan juga baja MILAGRO.Alhamdulilah berhasil juga dapat lihat pokok yang ku tanam berbuah walaupun setangkai kecil ni...ermm... jadi lah,mungkin baru nak belajar berbuah.Meneliti hari ke hari melihat buah cermai hijau mula bertukar warna kuning.Tak sabar nak memetik dan merasa terutama si bongsu Iman ni asyik bertanya bila boleh dipetik.Kalau nak tahu Iman punya citarasa suka sangat masam2 ni ,kalah ibu2 mengandung😂😂.
Foto: beberapa minggu yang lepas
Foto: sebelum dipetik semalam
Olehkerana seketul dah jatuh ke tanah,maka dengan rasminya buah cermai setangkai tu dipetik.
Kalau banyak boleh buat jeruk atau halwa tapi hanya beberapa biji je yang ada.
Teringat zaman budak2 dulu kalau dapat cermai ni ,ditumbuk dengan garam kasar makan gitu je...perghh...tapi itu dulu lah,la ni dah tua tak daya dah.Sekarang ni Iman yang ikut tabiat ku.Setakat cermai ni selamba je dia makan ...masam tu.
Semoga akan datang pohon cermai ni akan berbuah lebat...