Total Pageviews

Tuesday, 3 January 2017

Kembali sekolah

Assalamualaikum
Iman lah ni....katanya sekejap sangat cuti !
Hari ni 3 hari dah sekolah...Orang Johor kan mula sekolah Ahad.Waktu yang padat ,balik sekolah tiba rumah 1.30.Pukul 2.00 sekolah agama dah masuk kelas.Nasib baik rumah tak jauh dari sekolah ,agak2 dah lewat ,lari je.
Balik sekolah pukul 5 baru dapat rehat2. Lepas maghrib terus mengaji dan buat homework .Tak sampai pukul 10 dah zzzzz....letih sangat agaknya.
Sekejap je Iman dah Tahun 5 ....Rasa baru semalam je tadika.Dua tahun lagi dah sekolah menengah.Mak pun dah semakin senja.....Rakan2 sebaya mak ni tak ramai ada anak bersekolah rendah lagi dan ada juga yang dah takde anak bersekolah lagi.Tapi mak masih ada Iman peneman sepi kami di rumah....sunyi juga lah bila Iman seharian di sekolah.

14 comments:

  1. kadang2 rasa kesian kat anak2...mengejar waktu..

    ReplyDelete
  2. Samalah dgn anak dara kecik kakak tu
    Dia kata sekejap sangat cuti sekolah dah naik hihi..
    Tak sedar duduk rumah makan-tidur-makan-tidur dah montel dibuatnya:)

    ReplyDelete
  3. Eh! kak, saya ni ada anak belum sekolah lagi. Agaknya, nanti saya pun dah senja memimpin anak ke Tahun Satu, hihi.

    Dah start sekolah ni, bukan anak jer bizi, emaknya pun super bizi.

    ReplyDelete
  4. hahaha tegelak awal2 lg tgk gambar tu..

    tu la kan masa makin cepat umur makin tambah2..kadang2 xsedar yang kecik dah jadi besar..hihi

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru 2017 SI. Pejam celik dah besar anak bongsu.baru terasa yg kita dh senja kan SI.bila dah masuk menengah dn kolej lagilah terasa sunyinya..

    ReplyDelete
  6. Bila tengok anak2 dah besar baru terasa kita dah senja. Sorang demi sorang tinggalkan rumah sama ada meneruskan pengajian atau sudah berkeluarga sendiri.

    ReplyDelete
  7. kejap je rasa berlalu. anak2 dah besar kan.

    ReplyDelete
  8. time depa kecik kita dok bising depa bising kat rumah. bila depa dah sEkolah rumah pun dah sunyi... πŸ˜…

    ReplyDelete
  9. Haha sekejap sangat cuti yer...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Begitulah pantasnya masa berlalu. Meninggalkan semua kenangan jauh ke belakang. Bila anak-anak semakin membesar, kita pula semakin kesunyian. Yalah, sudah sampai masanya mereka keluar untuk membina kehidupan mereka sendiri. Moga Allah menjaga mereka semua....
    #selamat bersekolah Iman....

    ReplyDelete
  11. Anak2 cuti sekolah yg dikiranya kan SI..
    Memang bila anak2 ke sekolah terasa sunyi..
    Macam CH juga .. tinggal nabil seorang ajer dirumah..
    Sunyi tak ada kakak 2 orang tu ..
    Bila ada mak asyik jadi tarzan ajer :D

    ReplyDelete
  12. Sekejapan je kan?! Sama la dengan Alisya... dah darjah 1 pun... seronok bila ada si kecik temankan kat rumah... walaupun dah tak kecik sangat kan...

    ReplyDelete
  13. Nasib dapat Iman SI kalau tak, duk main congkak berdua je dengan abang lagi haru haha....

    Mcm tak terasa masa tu berlalu ye SI, tetiba anak dah besar. Yg tak bestnya kita pulak dah semakin Isyak hihi

    ReplyDelete
  14. Padatkan kak timetable budak-budak sekolah sekarang ni. Takda masa senggang langsung. Saya ni macam akak jugalah nanti. Kawan-kawan dah kahwinkan anak, saya masih lagi meneman anak belajar tak habis-habis. Tapi bagus juga, sebab anak ada depan mata. Syok apa dapat tinggal serumah lagi!

    ReplyDelete