Total Pageviews

Wednesday 31 May 2017

Puasa boleh diet.

Assalamualaikum
Sedar tak sedar dah pun masuk hari ke lima kita berpuasa .Macam cepat masa berlalu.Alhamdulillah setakat semalam belum ada juadah berbuka yang dibeli ,masak biasa2 je tapi bila waktu berbuka juadah jadi terlebih2 pula.Selain dari lauk yang dimasak ada juga bubur lambuk dari masjid.Jiran yang ambil tender menghantar makanan ke lokap pun ada menghantar 2 bekas meehoon sup dan pengat labu....mungkin lebihan dari penghantarannya ....kiranya kami makan seperti makanan banduan lah ya...hihiii. Mujor juga Azim dan Fateha masih bercuti  ,kalau tidak  tak tau lah bagaimana kami bertiga nak habiskan....membazir lah tentunya.
Bulan Ramadhan kali ini nampaknya  banyak masak makanan rebus,bakar,kukus,panggang....ermm goreng boleh lah juga.Sejak dulu lagi si ayah begitu memilih makanan  tapi sejak sakit tempohari  semakin banyak yang dia tak makan.Makanan bersantan dan pedas memang dia tak kan ambil....Bab pedas tu masak lah juga  untuk aku Azim dan Fateha.., kalau tidak mana lah ada selera nak makan.Setakat semalam juga tak buat minuman berais ,memandang kan cuaca pun sejuk dan hujan setiap hari.
 Tak sangka pulak ikut diet suami berat badan boleh turun 3++ kilo ....aku tak tahu lah sejak puasa atau sebelum tu sebab hampir sebulan tak timbang. Suami pula baru saja timbang sehari sebelum puasa ,ketika itu 59.3 kilo tapi semalam hanya 58.6 .Kalau ikut ketinggian nya rasanya agak ringan bagi berat seorang lelaki....bagaimana lah kalau sebulan berpuasa ni   mahu nya berkilo2 hilangnya...tapi takpelah janji sehat kan.
Bagi aku pula walau berkilo2 hilang nya  ,badan tetap gitulah ,takde nya slim pun....masih  juga  pakai baju saiz L .Jangan nampak aku dan suami seperti nombor 10 udah leh...hihii.
Okey, dah merepek merapu pagi2 ni....jumpa lagi next entry.:-)



12 comments:

  1. Bulan puasa memang sesuai untuk yang berdiet.
    Masalahnya lepas raya nanti takut naik balik bertambah2 lagi

    ReplyDelete
  2. Mungkin puasa boleh turunkan berat badan kot (saya nak stabil, xmo turun daa, ~_^ ) maklumlah tahun ni makan sikit jer pada waktu berbuka dan bersahur.

    Mudah sangat kenyangnya, mungkin dek proses penuaan kot..

    ReplyDelete
  3. bagus juga sambil berpuasa boleh berdiet cumanya kalau terlalu kurus tu tak bagus jugakan, saya ni kena kekalkan berat yang adalah, x mahu kurus lagi sebab tak sesuai dengan ketinggian.

    ReplyDelete
  4. Biasanya macam itu lah saniah. Bulan.puasa turun..lepas raya bertambah berat dari saebelumnya..

    ReplyDelete
  5. hrmm., moga sakit siayah cepat semboh., tular sakit itu meninsafkan kita yg lainn., tapi juga ramai yg maseh x insaf psl makanan nih mkcik kann.,

    ReplyDelete
  6. Setakat ni kami pun blm ada pegi Param Kak, masak sendiri jr, pukul 3.30 dah masuk dapur. Tapi blm ada menimbang2 berat lagi.

    Wah tahniah Kak dah turun beratnya, harap tak naik masa Raya nnt, hihi

    ReplyDelete
  7. Hihihi..
    Mcm nombor 10 ye kak..
    Betul tu kak yg penting sehat kan..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Bulan Ramadhan bulan untuk berjimat cermat dan juga sesuai untuk berdiet. Cuma bimbang masa berbuka habis juadah nak dirasa hehehe.... Saya turut mendoakan agar abang disembuhkan kesihatannya. Amiin

    ReplyDelete
  9. Wahhhh saya jugak yg tak turun turun SI. Tgh hari timbang kurang sekilo, mlm lepas buka naik 2 kilo hahaha....Aduhaiii entahlah....
    Sebenarnya bagus makan less minyak ni, sebab tulah boleh turun banyak tu. Saya ni hari hari minyak SI. Betullah tu kalau tak de sambal mana sedap ek!

    ReplyDelete
  10. hahaha lawak ayat yg last 😁
    puasa memang akan turun berat sebab kita tak makan, metabolisma pun jadi lebih rendah, otot berkurang (otot kan berat).

    ReplyDelete
  11. baguslah kalau boleh pantang, jaga kesihatan. tapi memang berat tu agak kurus untuk lelaki

    ReplyDelete
  12. Saya pun takda membeli juadah di Bazar Ramadhan puasa kali ni. Samalah macam tahun-tahun sebelum ni. Tak nak membazir. Masak ala kadar aje. Tapi itulah, bila tiba masa berbuka tetiba juadah berbuka nampak banyak. Jenuh alahai nak menghabiskannya!

    Wah, kak! Untungnya baru 5 hari puasa dah turun 3 kilo lebih. Ni saya pagi petang timbang, takda pun penyusutan. I is jealous ni. Saya rasa penimbang saya tu dah rosak tau! Malam ni saya nak adjust sendiri jarum penimbang tu kalau masih lagi takda penurunan!

    ReplyDelete