Total Pageviews

Wednesday 17 May 2017

Rezeki.

Assalamualaikum
Pengat nangka ni jiran yang bagi.Katanya untuk juadah buka puasa .Aku berikan pada Azim dan Iman yang sedang menonton tv.Biasalah....bila makanan orang bagi excited sangat nak makan.Berebut2 mereka menyudu sambil bertanya ,bubur apa...Beria2 lah mereka makan.Aku sekadar menjamah sesuap dua.Ayah mereka memang tak lah makan nangka.Aku biarkan je mereka  berdua makan.
Tapi tengok2 nilah hasilnya....kurang hasam boi budak 2 ni,rupanya mereka menghirup kuah manisan nya je....ni siapa nak abiskan ni?.....Tulah sebenarnya kat rumah ni memang takde yang suka nangka tapi orang dah memberi kita terima je lah.
Sehari lepas tu jiran belakang rumah pula beri laukpauk ayam masak merah,daging/gearbox kambing,acar dan kuih muih.Kebetulan aku tengah bersilat kat dapur.Teringin nak makan roti jala bercicah kari ayam.Dah Azim ada balik ni rajin lah aku menjala .Kalau takat kami bertiga malasnyaaa  nak buat  walaupun teringinnnn sangat.Bukan takde jual pun tapi aku tak gemar lah roti jala yang biasanya berinti .
 tak menyempat2 budak 2 ni dah tak sabar nak makan.Sementara nak snap gambar berketul2'dah kena sambar.
Mengenai pemberian jiran tu,banyak pulak lauk2 yang diberi.Memandangkan Azim nak balik asrama petang tu ,aku suruh Iman dan Azim ratah je daging/gearbox yang diberi.Kalau tidak siapalah nak makan lagi.Apa lagi laju je lah...Azim siap straw menikmati gearbox.Alhamdulillah....rezeki mereka
Aku tak pasti pemberian jiran ni acar tahun atau jeruk kerana sangat manis...

10 comments:

  1. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada tu, banyak juga makanan yang diberi. roti jala tu cantik sangat nampaknya tu, saya tak pernah menjala, teringin juga nak cuba tapi masih tak berani hehehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki kan saniah..acik pulak teringin bila tengok gambar roti jala tu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, murah rezekinya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah! beruntung dapat jiran2 yang baik macam ni.

    Saya tak pernah rasa pengat nangka... nangka tu saya makan begitu je. Roti jala tu kalau di rumah saya mmg favorite anak-anak. Acar kalau manis sangat pada saya tak sedap. Dia kena ada rasa masam-masam baru sedap digaul dan makan dengan nasi.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dpt jiran2 yg baik ni satu rezeki kan kak.
    Kak cantiknya roti jala tu

    ReplyDelete
  6. dulu suka sangat pengat2 bubur2 ni kak, tp insaf dah sekarang. looks yummy

    ReplyDelete
  7. Lama kak Zai tak menyinggah. Saniah dan keluarga tentunya sihat kan.
    Banyak rezeki dari jiran tu blh mkn bertambah2 hihi...

    ReplyDelete
  8. Murah rezeki akak..
    Sedap tengok roti jala kuah kari akak tu ..😊

    ReplyDelete
  9. Pengat nangka sedapnya, kak...

    Saya suka tapi malas nak buat walaupun tak susah mana. Nak cari nangka pun satu hal kat KL ni. Saya selalu beli sekotak nangka tu harganya RM8. Tak berbaloi nak balun sorang-sorang tau.

    ReplyDelete