Total Pageviews

Wednesday 3 May 2017

Titik peluh suami

Assalamualaikum
Nasi goreng ni sarapan aku pagi ni.Makan sesorang ....Lebihan nasi petang semalam.Iman kata nak makan nasi tapi sehingga malam dah terlupa sebab dah kenyang makan pisang tanduk goreng.Itu yang ada lebihan nasi lagi....Nak dibuang rasa sayang dan membazir pula walaupun kalau boleh tak mahu lah nak makan nasi pepagi ni.Tapi mengingatkan suami yang bertungkus lumus mencari rezeki ,sayang kan walau sebutir nasi nak dibuang.
Alhamdulillah sehingga ni suami dah sehat tapi pasti bawa ubat ke tempat kerja.Tapi bukan semua ubat yang dia nak makan ,hanya satu dua ubat je .Semalam baru saja ambil bekalan ubat untuk sebulan di farmasi hospital .Boleh ke dia tanya pada nurse farmasi tu,"kalau tak makan ubat boleh tak?"."tak boleh....nanti boleh mati" jawap nurse.....hahaa kena seketul suami,soalan tak kena tempat.
Banyak stok ubat yang tak dimakan.Aku pesan jika pergi buat rawatan di HSA nanti bawa sekali ubat2 ni untuk dipulangkan di farmasi .Ramai lagi yang memerlukan.
Aku hanya mampu berdoa suami sentiasa sehat .Untuk berhenti kerja awal pun masih belum boleh kerana anak2 masih belajar.Fateha kata kalau dia dah bekerja ayah rehat saja di rumah.Insyaallah.....selain dari berehat dapat juga menambah amalan buat bekalan akhirat nanti.

12 comments:

  1. assalamualaikum Saniah
    Syafakallah untuk suami Saniah ya
    Kena makan ubat lah jangan ponteng pulak ya bahaya tu

    ReplyDelete
  2. hihi kalau dah diberi ubat kenalah makan.
    Tapikan kak, pengalaman bapak saya, pergi rutin check-up memang dapat byk ubat. kdg2 macam tak berkaitan jer. bila makan sakit lain pulak dtg. penyelesaiannya, bapak saya tak mkn pun ubat tu, dan badan elok jer...

    ReplyDelete
  3. betul tu kak..kadang sayang nak membuang makanan, tahu macammana penatnya nak mencari duit untuk membeli makanankan.

    banyaknya bekalan ubat kalau saya pun macam tak termakan kalau gitu, moga suami akak siaht2 saja ya

    ReplyDelete
  4. Kalau ingat begitu memang sayanglah kak nak membazir rezeki. Maklumlah bukan mudah nak cari rezeki ni sebenarnya tapi nak dibazir-bazirkan tu memang anytime boleh buat.

    Baca tentang pisang tanduk goreng, terliur pulak dibuatnya kak...

    Banyak juga ubat kena makan. Kalau dah sakit memang tak dapat larilah dari makan ubat. Kalau tidak macamana nak kekal sihat.

    ReplyDelete
  5. Byknya ubat kena makan, teringat kat makcik di kampung, cam suami akak, byk stok ubat, tapi dia gigih makan tak tinggal.
    Saya pun kalo ada lebihan nasi tk buang,buat nasi goreng ke atau campur panaskan balik, tapi kalo tgk ada burung merpati datang, bagi lah dia makan, moga dpt doa dr burung merpati, hihi.

    ReplyDelete
  6. Bosan tau kalau kena makan ubat sepanjang hidup... saya melaluinya skrg Saniah. Kadang2 saya skip jugak, hari ni makan, esuk tak... camtulah, selang seli. Dan anak2 membebel bila saya buat mcm tu.

    Ya, mmg sayang kalau nak buang makanan, lebih2 lagi nasi.

    ReplyDelete
  7. semoga suami kak SI sihat selalu

    ReplyDelete
  8. Betul kak .. sayang nasi kalau tak habis..
    Saya pun macam tu buat nasi goreng..

    Samalah dengan saya kak..
    Berkotak2 ubat bila pergi check-up tu..
    kekadang saya cakap ubat ada lagi..
    Farmasi tu bagi sikit jer nanti..

    Nak bergantung sangat pada ubat takut sakit lain pulak..
    tu yg ambil suplement lain..

    Semoga suami akak diberikan kesihatan yang baik berterusan..

    ReplyDelete
  9. Kak Zai selalu aje ponteng mkn ubat. Tak semua mkn cuma ubat bp aje yg wajib hari2 ambik.

    Alhamdulillah suami Saniah dah sihat mudah2 sihat sentiasa seperti sebelumnya.

    Membazir memang dilarang tp kadang2 berlaku juga. Dah masak anak2 tak mahu mkn kata dah kenyang dan kadang2 beli makanan luar.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya mendoakan agar abang beroleh kesihatan dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Mudah-mudahan berkat kesabaran atas ujian yang menimpa ini diganjari Allah SWT dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Allahu al-Muata`an..

    ReplyDelete
  11. Sayang nak buang nasi tu, kalau ada baki bagi kat kucing 😉

    ReplyDelete
  12. Betul SI...kadang tu sayang tengok lebihan nasi. Tapi kadang tu tak berupaya dah nak makan....sudahnya buang jugaklah. Nak masak sikit kang diaorang tak cukup, masak banyak berlebih. Jarang sungguh dapat ngam ngam...

    Terharu baca statement Fateha. Fatehah anak yang baik...

    ReplyDelete