Total Pageviews

Tuesday, 25 July 2017

Nafas lega

Assalamualaikum
Biasanya bila dah kumpul barang2 seperti ni masa nak balik ke universiti.Tapi kali ni berangkut barang keperluan untuk ke tempat kediaman tempat kerja .Esok hari pertama anak sulong memulakan kerjayanya setelah tamat kan pengajian .Mudah2an dia cekal menghadapi rintangan2 di luar sana.
Syukur Alhamdulillah kami diberi kesempatan melihat anak berkerjaya.Mudah2an dalam masa terdekat ni Fateha ada rezekinya juga.
Bila ada yang berkerjaya ni dapat lah kami menarik nafas panjang .Kesian anak2 belajar dengan keadaan kewangan yang terhad selama ini....bukan mudah bila anak2 semua masih belajar ,apatah lagi 3 orang serentak di IPT.Mujurlah mereka saling membantu untuk meringankan beban si ayah.Lebih2 lagi anak2 perempuan ni banyak bantu abang dengan biasiswa mereka kerana jurusan abang mereka banyak perbelanjaan .
Mudah2an abang nya ingat pengorbanan adek2 kelak.
Akan bertolak petang ni.Ayahnya tanya juga jika perlu hantar.Kata dia tak perlu....Ayahnya lupa agaknya anak sudah semakin dewasa....sudah boleh berdikari. Lagipun anak lelaki kan ...





13 comments:

  1. TAHNIAH KPD ANAK SULUNG SANIAH YG SUDAH RKRJAYA STELH TMT PGAJIANNYA ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak saniah..
    Dah boleh tarik nafas lega..
    Bila ada anak yg bekerja..

    ReplyDelete
  3. SI.... akhir bulan depan nampaknya makan besarlah kan, abang belanja. Seronoknya.... Yang paling seronok tentulah Iman, abang kakak semua dah kerja, lepas ni apa dia nak mesti dapat. Adik bongsulah katanya

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat kakak. Mudah2an alam pekerjaan anak akan berjalan lancar dan dipermudahkan. syukur sgt bila mrk saling membantu kan. sejuk hati mak ayah. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Masa belajar banyak pakai duit..kalau jauh di perantauan lagi la..hihi...alhamdulillah dah kerja dah pun...dah boleh tarik nafas lega =)

    ReplyDelete
  6. Tahniah kerana menjadi parent yg berjaya. Semoga anak terus maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tengok adik beradik yg bantu membantu.

      Delete
  7. alhamdulillah..dah bekerja si abang ye, di negeri mana tu kerjanya kak. semoga terus berjaya anak2 akak. lega sedikit kan kak bila ada yang dah bekerja. inshaAllah abgnya takkan lupa pengorbanan adik2 nya

    ReplyDelete
  8. Tahniah saniah anak dah tamat pengajian dan dah dapat kerja

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tumpang gembira ni, tahniah2x.
    Kat mana tempat kerjanya Kak? Tak jauh sangat ye,dah ada pendapatan bolehla menabung utk byk lagi keperluan di masa depan kan. Dan tentulah si abg nk gembirakan hati ibu ayah dgn gaji pertamanya nanti.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, rezeki anak dapat keejaya.

    Sypn dah terasa bahangnya apabila anak2 semakin dewasa di mana memerlukan perbelanjaan yang agak besar

    ReplyDelete
  11. Ayah tu bukan lupa tapi teruja tengok anak yang di timang2 selama ini dah besar, dah habis belajar dan dah nak kerja.

    ReplyDelete
  12. Tahniah kerana mendidik anak2 sehingga berjaya.

    ReplyDelete