Total Pageviews

Monday, 3 July 2017

Duka dan gembira di Aidilfitri.

Assalamualaikum
Sudah lebih seminggu Aidilfitri.....kemeriahan masih dirasai di sana sini.Bagi kami hariraya kali ini benar2 menjadi kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.Waktu dinihari 1 Syawal aku dikejutkan dengan deringan telefon.Tertera nama anak sedara....hati berdebar kencang ,melihat jam di henpon baru je 3.30 a.m.Walaupun tak mahu mendengar khabar duka tapi hati kecil dah dapat menduga apa yang ingin disampaikan.Ya ....kakak sulong (lain mak satu bapa) aku telah kembali ke Rahmatullah pada 3 pagi 1 Syawal tu setelah seminggu  di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.
Sebenarnya arwah kakak ni dihantar anaknya ke hospital untuk buat rawatan kesihatan biasa saja.Tapi tak sangka bila tiba di hospital doktor kata dia sesak nafas.Setelah di xray  doktor kata jantungnya bengkak dan paru2nya ada kuman.Terus je dimasukkan ke wad ICU.
Di minggu akhir Ramadan takde satu pun persedian untuk keluarga ku menyambut hari raya ...hati resah dan sentiasa berdoa agar kakak kembali sehat.Baju dan kuih raya hanya dibeli last minute.....itupun hanya Azim dan Iman je yang nak beli.Untuk melawat kakak di hospital pula encik suami tak dapat cuti sebelum cuti raya.Anak2 pun belum balik cuti.Aku ambil keputusan untuk naik bas sendirian untuk ke rumah kakak ku yang sorang lagi untuk pergi melawat kakak sulong di hospital BP.Setelah berpuluh2 tahun ini lah kali kedua aku naik bas henti2.Tapi kali ni aku sendirian, walaupun terasa sedikit kecut perut apatah lagi, kebanyakan yang naik bas tu bukan rakyat tempatan....aku kuatkan hati demi nak melawat kakak .
Tiba di Simpang Renggam,sambung perjalanan ke BP bersama kakak dengan dihantar anak lelaki nya.
Walaupun masa melawat kakak sulong di ICU dia tak sedar tapi satu kepuasan dapat cium dia sepuasnya.Sebenarnya aku agak terkilan kerana sebelum dia sakit tu dalam bulan puasa ni je 2 kali dia suruh aku datang ke rumah .....alasannya untuk ambil ikan yang banyak .....anaknya minat mancing tapi tak makan ikan air tawar.Dia tahu aku boleh buat pekasam.Yang terakhir dia telefon suruh datang  untuk berbuka bersama .Katanya anak menantu nya masak daging kambing dan seperti biasa buat sup gearbox untuk berbuka beramai2 bersama anak2 yang semuanya balik .
Kerana beberapa masalah ....aku tak dapat balik juga.....Allahuakbar....mungkin ketika itu dia nak jumpa aku terakhir kali....memang terkilan sangat namun semuanya ketentuan Allah.Sakit sebenarnya kehilangan orang yang disayang tapi kena redho.....Allah lebih menyayangi nya.
Apapun semoga arwah kakak sulong ku sentiasa dirahmati Allah....Kenangan sepanjang kehidupan dari aku kecil hingga kini tak kan mudah dilupai.Aidilfitri 2017 membawa cerita duka namun  terselit rasa gembira dihati bila anak sulong ku mengkhabarkan berita ketika dalam perjalanan ke rumah arwah ...  yang dia dah diterima bekerja sebagai Doktor Veterinar seperti yang dicita2 kan walaupun baru saja menamat pengajian ....syukur sangat2 ,walaupun di luar sana ramai siswazah yang masih tercari2 kerja termasuk Fateha  tapi anak sulong aku kerja sedang menanti nya.Alhamdullilah...

15 comments:

  1. salam takziah kak..semoga arwah kakak akak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

    Alhamdulillah..tahniah buat anak akak yang bakal bergelar doktor verterinar tak lama lagi..

    ReplyDelete
  2. takziah kak. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang berbahagia., tahniah anak kak bergelar doktor vet

    ReplyDelete
  3. Salam takziah, mg arwah tenang di sana, aamiin..

    Tahniah buat anak sulung

    ReplyDelete
  4. Alfatihah..
    Salam takziah kak saniah..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..

    Alhamdulillah..
    Murah rezeki along..
    Mudah dapat kerja..
    Disebalik kedukaan ada jua kegembiraan kan kak..

    Selamat hari raya maaf zahir batin dari saya sekeluarga buat akak dan keluarga..

    ReplyDelete
  5. SALAM TAKZIAH SANIAH N FAMILI TURUT BERDUKACITA...BERSABAR YA

    ReplyDelete
  6. Semoga allahyarhamah ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

    ReplyDelete
  7. Alfatihah... semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman.
    Tahniah buat anak sulong saniah.

    ReplyDelete
  8. Takziah kak, banyakkan bersabar ya. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  9. Salam takziah kak. Allah lebih sayangkan arwah tu. Semoga roh arwah tenng dan ditempatkan dengan orang2 beriman.

    Dan Alhamdulillah. Tahniah untuk anak kak juga ya. Best of luck.

    ReplyDelete
  10. al fatihah..
    semoga arwah tenang disana..

    ReplyDelete
  11. Kak, soriii semalam dah singgah, tak sempat nk komen.
    Takziah Kak ye, tumpang sayu bila akk kata tak sempat penuhi jemputan kakak akk tu..
    Takpe Kak, in shaa Allah arwah dah bahagia di sana, kita doaka yg baik2 saja ye.

    ReplyDelete
  12. Salam Takziah SI....
    Sedihnya bila org terdekat meninggal di pagi Syawal. Tp apakan daya, Allah lebih mengasihi arwah.

    Tahniah ye SI...lepas ni dah boleh bela kambinglah nampaknya, doktor Vet dah ada hihi

    ReplyDelete
  13. Salam takziah kak .. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

    Tahniah untuk anak kakak dan Selamat hari raya .. :)

    ReplyDelete
  14. allahuakhbar kak.. salam takziah.

    ReplyDelete
  15. Takziah,kak....setiap yg hidup sudah pasti ada janji waktu perginya....xkan terlewat walau sesaat.... begitu juga saat berduka ada waktunya diganti ceria & bahagia....alhamdulillah kita masih berpeluang menikmatinya hari ini...tp esok lusa tiada siapa t.v. tahu.....

    ReplyDelete