Total Pageviews

Wednesday 3 March 2021

Aktiviti PKP


Assalamualaikum
Sejak PKP ni banyak masa terluang .Yalah nak jalan2 pun tak boleh nak rentas daerah dan negeri .Sedih...lama dah tak jumpa anak cucu.Untuk mengisi masa dengan tidak merancang ajak suami beli cat.Boleh lah mengecat rumah dengan anak2 .Dinding rumah pun dah banyak yang terkopek dan kotor.Alhamdulilah tak sampai seminggu siap dah mengecat luar rumah dari bahagian depan hingga belakang rumah.Cuaca pun panas memang molek sangat lah.
Green colour pilihan anak daraku🤗
Buat juga aktiviti berkebun di tepi rumah sambil melayan hati yang gundah.Sambil2 memerhati buah2 durian yang entah bila nak gugurnya.Setakat ni ada lah sebiji yang gugur ,itupun berkongsi dengan si tupai,sudah ditebuknya 1 pangsa.Pokok durian belakang rumah ni cuma sebatang je.
Pokok2 sayur pun sudah mula mengeluarkan hasil walaupun tak banyak.Cuaca panas terik ni sayur2 pun struggle nak hidup.Ada juga ku pasang jaring hitam untuk mengurang kan pancaran matahari.
Pokok petola
Pokok tomato ni harap je besar tapi buah nya seketul je.
Pokok bendi baru berputik
Daun selasih 
Daun sup 
Daun tenggek burung dan pucuk gajus hasil tanaman buat ulaman makan tengahari.
Pokok cili pelangi pun sudah berbuah .Tak tahu untuk digunakan untuk masakan atau sebagai hiasan saja .Sayanglah pula sebab cantek berwarna warni.
Daun2 nampak tak elok sebab kena cat...biasalah tukang cat main sapu je bukan dialihnya bunga2 atau pokok dalam pasu.

7 comments:

  1. wahh mak ko ijo., ehhh., semua hijau dari dinding rumah smpi pokok durian ., hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah dah mengecat rumah kak saniah nak menyambut Ramadhan Tu..
    Cantiknya warna hijau pilihan anak Dara Tu..

    Lebatnya buah durian akak.. tak lama lagi byk lah yg gugur Tu..

    Alhamdulillah syukur dah semakin menjadi tanaman akak ye..

    ReplyDelete
  3. Cantik cat warna hijau tu. Nampak fresh, sedap mata memandang.
    Banyaknya hasil tanaman. Paling seronok tengoh buah durian yang belum gugur tu. Saya suka tunggu bunga durian gugur, kutip buat masak lemak!

    ReplyDelete
  4. bestnya kak, raya rumah kelihatan baru...
    macam2 tanaman akak, best bila dapat petik tuh kak segala sayur yang ada

    ReplyDelete
  5. Wah.. Aktiviti sihat mengisi masa. Sekarang dah boleh jumpa anak cucu tapi dalam negeri sama jela

    ReplyDelete