ASSALAMMUALAIKUM
Terkejut aku dari mimpi bila terdengar bunyi massage dari handphone yang sememangnya aku letak disebelah tempat tidur .Bila buka mata benda pertama yang aku lihat pukul berapa waktu itu...baru pukul 1.40 pagi rupanya....baru aku buka SMS tadi....alahai anak daraku di universiti .terlalu excited sangat nak ucap selamat hari lahir untuk aku .Baru aku sedar 22hb tarikh lahirku....bertambah sudah usiaku kini.Ramainya kawan2 lama di FB ,adik dan anak2 wish birthday kali ni ,bagai mengingatkan je yang kita ni dah tua....hehee
Sepanjang hari semalam kami sibuk dengan jemputan2 pengantin disana sini dan salah seorangnya anak sepupu suami di Pontian.Anak2 yang 3 orang ni kami bawa bersama untuk mereka lebih mengenali saudara mara.Entah lah budak2 sekarang ni payah bebeno nak kenal dengan saudaramara walaupun sepupu sepapat sendiri.Apa lagi anak2 aku ni lebih banyak membesar di asrama,bila saudara mara datang ke rumah pun tak kenal.
Sebenarnya aku dan suami berkahwin lebih awal dari sepupu suami tu tapi rezeki dia lebih awal dapat cahayamata.Kami ni hampir 6tahun menanti baru diberi zuriat.Oleh itu anak sepupu suami ni sedang elok untuk berrumahtangga sekarang ni.
Bila selesai majlis bersanding kami merancang nak balik saja,tapi anak2 ajak jalan2 dulu.Bawalah mereka pusing2 bandar Pontian yang sedang membangun.Hendak pergi ke Tanjung Piai masa tak mengizinkan.Singgah sebentar ke Pantai Rekreasi Rambah.Walaupun sudah beberapa kali ke sini tapi kami suka apa lagi cuaca pun sedang elok redupnya.Angin laut pun bertiup nyaman......Tempatnya memang tak seluas mana pun tapi kalau nak duk relax2 tu ,okey sangat.Kalau nak mandi2 rasanya tak sesuai sebab airnya agak keruh.
Di sini juga ada MUZIUM BUGIS .Kami sempat juga masuk sekejap,tak ada apa2 bayaran pun ,sekadar menderma pada tabung yang disediakan je.Di blog akan datang akan aku ceritakan tentang barang2 di dalam muzium tu ....
Dalam perjalanan balik ,singgah sebentar ke rumah makcik di Pekan Nenas.Dia lah seorang orangtua yang masih kami ada sekarang ni.Selagi ada hayatnya kami tak akan melupainya..
..
Pengantin yang diraikan
anak2 teruja nak ambil gambar di atas jambatan
bangunan yang terdapat di pantai Rambah
di hadapan pintu Muzium Bugis
Total Pageviews
Sunday, 23 March 2014
Friday, 21 March 2014
Kelamkabut............
ASSALAMMUALAIKUM
Iman balik sekolah terus nak makan,katanya lapar sangat.Aku sedia kan nasi dan lauk dalam satu pinggan .Dia terus makan dihadapan TV sambil melihat rancangan kartun .Tiba2 dengar sesuatu siren dan pengumuman keluar dari rumah untuk penyemburan asap basmi aedes.Apa lagi kelamkabut lah aku yang sedang siap2 hendak mandi.Sedangkan orang yang hendak menyembur asap tu dah ada depan rumah.....
Terfikir rancangan degil ,cakap dengan anak kita berkurung aje di dalam rumah .Rasanya nak keluar pun dah tak sempat.Bila mereka sudah mula menyembur kami duduk dalam dalam rumah,tapi kalau sudah tak dengar kata memang lah dapat padahnya ,bila asap sudah mula masuk ke dalam rumah dari celah2 lubang angin.Tak tahan menahan bau asap yang kuat ,terus aje aku buka pintu,wahhhh.....lagi lah teruk asapnya masuk rumah....Iman kata sesak nafas.Aku ajak dia lari ke pintu belakang,mujorlah tak ada asap ,lega lah bernafas sikit.
Di luar rumah di rumah jiran2 asap agak tebal ,selalunya cuma seorang yang buat kerja menyemburkan asap tapi kali ini 2orang serentak kiri dan kanan rumah jiran.Melalui maklumat jiran ,ada salah seorang anak remaja jiran yang agak jauh dari rumah kami kena demam denggi ,sebab tu jabatan kesihatan buat semburan.Apa pun suami aku bagitahu budak tu rasanya tak kena aedes di rumah...sebab jarang balik rumah.
Bila asap sudah agak kurang ,kami masuk dalam rumah.Iman pun dah tak ingat lapar lagi ....ntah manalah dicampaknya nasi yang dimakan .Last2 makan biskut je....

Thursday, 20 March 2014
Wednesday, 19 March 2014
Pokok cermin
ASSALAMMUALAIKUM,
Mungkin ramai yang tidak tahu apa nama pokok ni,walaupun selalu melihat dimana mana.Aku pun baru tahu bila makcik jiran sebelah berikan anak pokok ni.Dia beri dengan pasu kecil sekali walaupun pada mulanya aku tak berminat...tapi orang sudah memberi terima sahajalah.
Ini lah POKOK CERMIN.Pokok ni sebenarnya elok sangat ditanam sebab boleh menghalau nyamuk.Mungkin baunya yang kuat tu lah yang membuatkan nyamuk tak mahu dekat .kalau kita pegang daun nya yang sudah kering pun baunya masih melekat pada tangan.Pokok ni boleh ditanam dengan keratan batang saja.Biasanya aku patahkan saja pokok yang sudah agak tinggi dan cucuk kan dalam bekas yang lain, mudah saja ia hidup.
Sebenarnya pokok yang makcik tu bagi sudah mati masa musim panas tempohari,mujor lah ada pokok yang lain aku tanam.Tak tau pula boleh ke tanaman ni bawa masuk rumah atau tidak....kalau tidak tak perlulah beli ubat nyamuk lagi.....
Inilah rupa daun cermin

Tuesday, 18 March 2014
aku dan pokok cili
Assalammualaikum
Mengambil kesempatan cuaca yang semakin lembab sekarang ni aku menngalihkan anak2 cili ke tanah2 lapang disudut rumah.Anak2 cili ini sudah lama aku semai di dalam pasu ditepi2 pokok bunga ,di tempat semaian dan dimana ada ruang2 yang boleh dibuat semaian.....aku taburkan aje biji2 cili padi tu.Tak sangka pula begitu subur ia hidup dicelah2 pokok bunga,mungkin ambil zat dari baja pokok bunga....anak2 cili ni agak banyak ,sekarang ni aku dah tanam lebih kurang 20 pokok dan ada lagi anak2 benih yang belum ditanam....rekod yang tak pernah aku tanam sebanyak itu sebelum ni.Tak tahu lagi dapat bertahan atau tidak .Aku bukan tanam untuk dijual tapi sekadar hobi.dan tak perlu membeli untuk kegunaan sendiri.Jiran2 pun selalu merasa hasil tanamanku.Biasanya aku sedekahkan aje kalau untuk masakan seharian tapi kalau untuk berniaga sendiri mahu fahamlah.....
Sebelum ini cuaca panas dan kering anak2 cili yang aku pindahkan ke tanah ,tak subor dan mereket...kini aku gantikan pokok2 yang lain ,mudah2an ia membesar dengan elok.

Monday, 17 March 2014
tebu
ASSALAMMUALAIKUM.
Seminggu yang lalu cuaca masih panas dan kering.Melihatkan pokok tebu yang kami tanam ,daun2nya kering dan tidak bermaya.Pokok tebu ni dah lama kami tanam tapi tak pernah pun kami ambil kerana anak2 tak tahu bagaimana nak makan batang tebu yang keras tu.Zaman aku kanak2 dulu kalau setakat tebu pekara biasa je,potong anggaran 1kaki.,kopek kulit tebu itu pun pakai gigi je.Hungis dan hisap isi tebu dan kemudian buang hampasnya.
Zaman sekarang anak2 tahu air tebu yang dibeli saja.Aku pun sudah tak larat lagi nak makan tebu yang keras tu....Apa pun minum air tebu dalam cuaca panas ni ....pergh....segar sangat.
AIR TEBU YANG DIBELI DI PASAR MINGGU

Sunday, 16 March 2014
titisan hujan
Assalammualaikum
Alhamdulillah.......sejak petang semalam bumi di sekitar tempat tinggal aku sudah dibasahi hujan,sejak sekian lama kering dan berangin.Rasanya sejak akhir Januari lagi belum pernah hujan lagi.Saat kali pertama titisan hujan turun ke bumi syukur tak terhingga diucapkan bukan saja aku malah ramai lagi yang rindu sangat hujan.
Semalam sewaktu dalam perjalanan ke Johor Bharu ,hujan sudah turun agak lebat tetapi bila kami tiba tempat dituju cuaca masih panas terik.Kereta yang memang sudah banyak debu pun bertambah comot jadinya.
Doa anak2 tinggal di asrama setiap hari solat Istiqa(solat mohon diturunkan hujan) telah dimakbulkan Allah...Syukur sangat2,cuma doa mereka agar dipertemukan MH370 belum terlaksana lagi....
Alhamdulillah.......sejak petang semalam bumi di sekitar tempat tinggal aku sudah dibasahi hujan,sejak sekian lama kering dan berangin.Rasanya sejak akhir Januari lagi belum pernah hujan lagi.Saat kali pertama titisan hujan turun ke bumi syukur tak terhingga diucapkan bukan saja aku malah ramai lagi yang rindu sangat hujan.
Semalam sewaktu dalam perjalanan ke Johor Bharu ,hujan sudah turun agak lebat tetapi bila kami tiba tempat dituju cuaca masih panas terik.Kereta yang memang sudah banyak debu pun bertambah comot jadinya.
![]() |
| Add caption |
Subscribe to:
Posts (Atom)