Total Pageviews

Monday, 6 January 2014

CILI JERUK

ASSALAMMUALAIKUM,

Kadangkala jika kita hendak makan mee goreng lebih sedap jika ada cili jeruk.Biasanya jeruk cili hijau kerana rasanya tidaklah pedas sangat.Tapi yang suka pedas jeruk cili padi pun lagi power.....

Olehkerana  ada tanam cili padi 2 3pokok di belakang rumah,aku  buatlah sedikit  cili jeruk.Cili yang aku tanam tu walaupun tak banyak tapi agak lebat buahnya.Selalunya aku wakafkan juga untuk jiran2 untuk memasak.Cili jeruk ni sedap juga dimakan dengan nasi goreng yang digoreng tanpa rasa pedas.

Cara buat cili padi atau cili hijau jeruk ni senang saja.Boleh disimpan lama di petisejuk.Kalau hendak masak lauk yang gunakan cili ,gunakan saja cili yang sudah dijeruk ni,contohnya masak kicap.

Mula mula masukkan cili yang sudah dibuang tangkai nya di dalam bekas yang sesuai.Kemudian tuangkan air suam ke dalam bekas tadi.Masukkan sedikit cuka(anggaran  1 atau 2 sudu).Masukkan 2 sudu gula dan 1 sudu garam.Tutup bekas tadi ,biarkan 1 hari baru disimpan dalam petisejuk.Boleh dimakan....

 cili jeruk yang hampir habis.

Sunday, 5 January 2014

Buku ,Iman dan artis

ASSALAMMUALAIKUM
    

Sesi persekolahan sudah bermula ,oleh kerana Iman sudah naik tahun 2 tentu banyak pelajaran baru dia belajar.Sekarang sudah gunakan sistem PBS ,aku tiada pengalaman hendak mengajar Iman di rumah seperti anak anak terdahulu.Dari abang abang dan kakak kakak dia memang aku tidak pernah menghantar kelas tambahan di luar kecuali  di sekolah .Masa mereka di sekolah rendah ni aku ajarlah setakat yang aku tahu,di samping membeli buku buku rujukan dan latihan .Aku selalu suroh mereka buat latih tubi supaya ingat apa yang diajar.

Hari Jumaat lepas aku bawa Iman ke kedai buku untuk membeli buku latihan dan alat2 tulis yang masih belum cukup.Tidak disangka pula bila hendak masuk dalam kedai ,ada pula orang sedang shooting filem ke drama aku tak pasti.Walau bagaimana pun pelanggan2 kedai tu dibenarkan masuk dan beli belah macam biasa .Teruja nya Iman bila dapat tengok pelakon yang dia minat (Ikram Dinzly)ada di depan mata dia.Tapi bila disuroh ambil gambar takut pula.Bagaimanapun kami tak lama di kedai tu,takut juga mengganggu kerja2 mereka.Tapi Iman sampai balik masih teruja dan seronok sangat.

  
            Ikram Dinzly sedang shooting.

                 sebahagian buku yang dibeli

CUTI

ASALAMMUALAIKUM,

HARI INI AHAD PERTAMA ANAK ANAK SEKOLAH DI HARI AHAD.MASIH BELUM BIASA DENGAN JADUAL YANG BARU.SUAMI PULA CUTI HARI AHAD ,SUKAR JUGA HENDAK MELAWAT ANAK ANAK DI ASRAMA.WALAU BAGAIMANA PUN LAMA KELAMAAN AKAN TERBIASA JUGA.SEGALA KESULITAN AKAN DAPAT DIATASI.

Thursday, 2 January 2014

Asrama dan barang barang


                                                                   ASSALAMMUALAIKUM
Bila anak anak hendak kembali ke asrama banyak barang dan buku buku hendak dibawa.Banyak beg yang diperlukan untuk mengisi barang.Bagi aku yang mempunyai dua anak yang tinggal di asrama ni lagi lah berganda barang yang hendak dihantar .Mujor juga asrama anak lelaki aku dekat ,oleh itu aku dan suami hantar dia dan barang barang pada sebelah pagi.Lepas zuhur baru lah menghantar kakak dia pula.Kalau tidak harus sewa lori kecil.....haha.Pernah pada tahun 2010 ,3 anak tinggal di asrama,memang payah hendak menghantar mereka dengan barang barang yang begitu banyak.Mujor juga ada rumah sepupu yang berdekatan dengan asrama ,tumpanglah barang barang sekejap,kemudian ambil lagi di rumah.Setiap tahun masaalah barang banyak ni biasa dah.....tahun depan lega lah sikit sebab Azim seorang je lagi yang tinggal di asrama.Tapi sudah belajar di U sama je masaalah nya ,cuma bezanya mereka atasi sendiri.


Inilah separuh barang2 yang hendak dibawa ke asrama

Monday, 30 December 2013

Cuti Jumaat dan Sabtu.

ASSALAMMUALAIKUM
      1hb Januari 2014 tinggal 2hari lagi  bermakna anak anak akan mula bersekolah kembali.Menjadi sejarah dalam hidup mereka bersekolah pada 1hb Jan dan akan bersekolah pada hari Ahad.Mula mula ni tentu mereka merasa janggal sekolah pada hari Ahad,tapi lama kelamaan akan selesa juga.Selalunya pada hari Ahad mereka lebih banyak santai2 tapi kini tidak dapat lagi .Yang di asrama pula hari Ahad lah selalunya kami melawat mereka tapi kini kena lah tukar jadual.
     Bagi aku cuti seperti ini mengingatkan aku zaman bersekolah dulu sememangnya pada hari Jumaat dan Sabtu.Kalau ada koko pun pada hari Jumaat.Dahulu di kampung pasar lambak diadakan pada hari Jumaat,sekolah menengah memang terpaksa lalu dikawasan pasar lambak tu.Apa lagi kami selalu lah ronda ronda dulu baru balik rumah,dulu budak sekolah manalah bawa duit banyak ,setakat cuci mata jelah kat pasar lambak tu.
    Bagus juga kerajaan negeri Johor tukar kembali cuti seperti dulu.Banyak kebaikan sebenarnya .Bagi anak aku yang bersekolah sesi petang tidak lah terkejar kejar hendak ke sekolah bila solat Jumaat.Sememangnya setiap perubahan tu ada saja yang tidak disenangi sesetengah orang.Begitulah lumrah dunia.....



Friday, 27 December 2013

APAM GULA HANGUS

Assalammualaikum
  Sehari sebelum Fatiha kembali ke UPM, dia kata teringin sangat hendak makan apam gula hangus yang aku buat.Masa mereka sedang asyik menonton tv ,aku menyediakan apa yang diperlukan untuk membuat apam gula hangus yang dia inginkan.
     Inilah resepi  APAM GULA HANGUS
                 1 cawan gula pasir
                 1 cawan air
                 2 biji telor
                 1/2 cawan minyak masak
                 2 sudu besar majerin
                 2 sudu besar susu pekat
                 1 sudu teh soda bikabonat
                 2 cawan tepung gandum
CARANYA:
                 gula pasir dan air dijadikan gula hangus,biarkan suam.Telur dan minyak masak dikisar berapa minit,masukkan majerin dan susu pekat ,kisar lagi..Dalam bekas lain campurkan tepung gandum dan soda bikabonat.Kemudian masukkan bahan bahan yg telah dikisar tadi dan gula hangus . Adun lagi sehingga sebati dan tepungnya tidak bergentel.Jika tepung kurang bolehlah ditambah untuk mengelakkan daripada mendap. Sementara tu panaskan kukusan dan lumurkan loyang dengan marjerin . Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus dalam anggaran 40-45 minit .


                                                              Inilah hasilnya :)
                                                      Sampai terbang pinggan dibuatnya



 

Wednesday, 25 December 2013

KERABU PUCUK UBI.

ASSALAMMUALAIKUM
             Anak dara aku suka sangat makan kerabu.Oleh itu aku bercadang hendak buatkan dia kerabu lagi untuk makan tengahhari.Sementara dia ada lagi di rumah sebelum balik ke asrama  ni aku ikut aje apa yang dia hendak makan .Fateha pun ada balik cuti study week.Anak anak ada di rumah tidak kering tangan di dapur.Tapi aku suka kalau anak anak suka makan apa yang kita masak.
            Pokok ubi pun banyak kami tanam di belakang rumah.Aku ambil pucuk ubi lalu dicelur sehingga lembut.Sementara itu udang kering (boleh juga gunakan ikan bilis),cili padi ,isi cekur,bawang merah ,bawang putih ditumbuk .Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang ditumbuk .Kemudian masukkan sedikit kelapa parut ,garam dan kuib ikan bilis.Sangai sehingga agak agak kering ,masukkan daun cekur yang dihiris halus.Tutup api masukkan pucuk ubi yang dicelur tadi dan digaul rata.Masukkan dalam bekas ,sudah boleh dihidangkan.Kerabu pucuk ubi ni boleh juga ditambah dengan taugeh yang sudah dicelur.
  kerabu pucuk ubi yang telah dihidang