Total Pageviews

Friday, 31 January 2014

PAIS AYAM

ASSALAMMUALAIKUM
       Tinggal di kawasan tempat tiada kaum lain tidak terasa sangat suasana Tahun Baru Cina yang disambut hari ini,Walau bagaimanapun bila anak2 ada bersama terasa bagai hari raya sendiri pula .Tidak bercadang berjalan kemana mana hari ini kerana Arif baru balik malam tadi setelah 2 minggu pratikal,kata dia penat lagi setelah memandu seharian.
      Bila semuanya ada di rumah banyak lah resepi yang hendak dibuat.Terfikir pula nak buat pais ayam,cubalah google tapi resepinya tidak kena dengan selera aku.Aku buat je ikut resepi sendiri yang biasa aku buat untuk pais ikan.
 










   BAHAN BAHANnya
       cincangkan isi ayam kecil2
       bawang merah*
       bawang putih*
       halia*
       kunyit*
       lada kering/lada merah/cili padi (ikut suka)*
       daun atau isi cekur(jika mahu)
       daun kunyit (dihiris)
       limau kasturi
       garam
       kelapa parut
       daun pisang
     CARAnya
Bahan yang bertanda *ditumbuk atau dikisar hingga hancur,kemudian masukkan kelapa parut,tumbuk lagi sehingga halus.Jika gunakan isi cekur tumbuk sekali.Kemudian bahan2 tadi dimasukkan ke dalam cingcangan ayam tadi.Gaulkan semuanya ,tambahkan garam secukup rasa ,perahkan limau kasturi .Masukkan daun kunyit atau daun cekur yang sudah dihiris tadi.Kemudian ambil lah anggaran sesenduk balutkan dengan daun pisang .Boleh lah di panggang atau dikukus .Jika mahu dipanggang agak2 basah  atau dikukus bolehlah guna kertas almunium.
                                                                                                                                                 

Thursday, 30 January 2014

ATIQAH dan exam


ASSALAMMUALAIKUM
      Oleh kerana Atiqa sudah tingkatan 5 ,awal tahun sudah ada
perjumpaan dengan guru2 membincangkan berkaitan dengan pelajaran.Pada hari yang sama juga ada penyampaian bantuan khas RM 100,ibubapa dikehendaki hadir.
     Alhamdulilah Atiqa menunjukkan prestasi yang agak memuaskan dalam peperiksaan akhir tahun tempohari.Oleh itu guru2 tak lah banyak komen ,cuma kena lah tingkatkan usaha agar lebih cemerlang ,apa lagi akan menghadapi SPM akhir tahun ini.
     Setelah selesai kena tunggu lagi kerana wang hanya akan disampaikan selepas 10.30,tapi yang pasti pukul 11 baru bermula.
Sementara itu kami ke asrama dulu untuk mengangkat barang2 Atiqah yang nak dibawa balik,sempena cuti tahun baru cina ni.
 GPP ini lah yang harus dicapai untuk peperiksaan setengah tahun dan SPM kelak
               pencapaian yang diperolehi Atiqa
                GPS yang diperolehi akhir tahun lalu
               kenderaan2 terpaksa parking kat padang

Wednesday, 29 January 2014

Iman dan lelah

ASSALAMMUALAIKUM
   Sudah hampir setahun Iman tidak kena lelah ,tapi dengan keadaan cuaca sekarang yang berangin sejuk dan kadangkala panas terik dan berdebu ,,akhirnya dia kecundang juga .Penyakit asma(lelah)dia kembali berulang.Bila pulang dari sekolah terus bawa ke klinik ....alhamdullilah malam boleh lah dia tidur lena.
   Kini kakak dia mengambil tempat ,bila diserang lelah sejak petang semalam,setelah bertahun2 tidak pernah lagi berulang .Mujorlah ada di rumah,kalau masih di universiti ,terpaksalah hadapi sendiri....



            IMAN DI KLINIK

Sunday, 26 January 2014

KEREPEK ARROW HEAD

ASSALAMMUALAIKUM
     Bila baca blog cerita pasal kerepek arrow head....macam sedap je.Try buat ,memang sedap...


Saturday, 25 January 2014

MAULIDURASUL DAN JEMPUTAN PERKAHWINAN

ASSALAMMUALAIKUM,
      Hari ini ada 2 majlis perkahwinan dan 1 majlis maulidurasul di masjid tempat kami.Anak2 pula kena bersekolah untuk cuti ganti bagi perayaan tahun baru cina.Bagi anak2 yang bersekolah sesi petang seperti Iman terpaksa balik awal dari masjid  ,hendak bersiap ke sekolah pula.Selepas hantar Iman ke sekolah baru kami pergi kedua2  majlis jemputan.

Thursday, 23 January 2014

IMAN DAN ALONG

ASSALAMMUALAIKUM,
       Satu ketika dulu rancangan TV popular ALONG sangat digemari ramai.Masa tu anak sulong dan ke2 masih kecil lagi.Majalah ALONG pun kanak2 suka sebab banyak pengetahuan dan cerita2 tauladan.Tak sangka pula setelah bertahun2 dapat melihat lagi majalah itu ,bila Iman bawa pulang dari sekolah.Sebenarnya Iman pun tak tahu ALONG tu siapa...cuma dia amat tertarik dengan kandungan dalam majalah itu.Dia pinjam majalah tu dari perpustakaan kelas, nak pinjam buku2 di perpustakaan sekolah tak sempat kata dia.
               keluaran tahun 1997
                     inilah rupa ALONG
             antara majalah ALONG yang dipinjam

Wednesday, 22 January 2014

Iman dan tikam2

Assalamualaikum
       Iman bersekolah sesi petang ,untuk darjah 2 sekolah agama sebelah pagi  dari pukul 8.45 hingga 10.15.Biasanya anak2 ni tiada masa rehat ,oleh itu masa balik sekolah lah mereka pergi ke kedai2 yang ada berhampiran sekolah sebelum pulang ke rumah untuk membeli makanan2 ringan.Tapi bagi kami memanglah tidak benarkan Iman beli makanan yang tak sihat itu.Tapi kalau sudah namanya budak2 pasti terikut juga dengan kawan2.
      Semalam masa balik sekolah agama dia terus mendapat aku "mak tadi kawan2 beli tikam2 kat kedai cik Nah"kata dia.
      "Iman jangan beli ,benda tu tak elok dan membazirkan duit je" aku nasihatkan dia."Iman tak beli tapi kawan2 je beli"kata dia lagi."mak nak tau tak tikam2 tu apa?bukannya tikam  guna pisau,macam ni"sambil menunjukkan gaya nya.Alahai Iman,mak ni lagi lah dah lama makan garam.........kakak dia dengar pun ikut gelak .