Total Pageviews

Tuesday, 31 May 2016

Kisah anak2

Assalamualaikum
Baru balik dari terminal bas ,menghantar fateha nak balik U.Anak bertuah ni sejak2 ni tiap 2 minggu pasti muncul kat pintu rumah walaupun cuti hujung minggu je.Kadang membebel juga aku pasal banyak buang masa dan membazirkan duit untuk tambang pergi balik.Tak tau lah mungkin dia nak melegakan stress belajar yang semakin berat dihujung2 sem ni.Si ayah kata ok lah dia nak balik selalu ,kalau dia tak ingat nak balik terus ,lagi lah kita risau....Yalah ayah nya yang sebenarnya begitu setia mengambil dan menghantar nya ke hentian bas walaupun di tengah2 malam .
Masa tunggu bas yang lewat tiba,dapat lagi panggilan dari pihak MRSM .Sebenarnya dah kali ke tiga dapat telefon dari Mara....begitu beria menyatakan  pasal tawaran Azim ke MRSM.Dah setengah tahun ni Azim pun dah berkali2 kata tak mahu berpindah2 sekolah lagi.
Iqa tak ikut hantar Fateha ke terminal seperti kebiasaan sebab ada sorang budak sekolah rendah datang tuisyen.Iman juga tak ikut sama kerana selalu bab2 tunggu bas ni dia  tak suka berlama2....seronok menghadap tv dia duk rumah.
Cadang nya sebelah petang nak pusing ke kampung sekejap,nak lihat2 jika ada ikan segar .Bulan puasa hampir tiba dah ,anak2 berselera makan sahur jika ada pekasam....lebih2 lagi Iman.Cadangnya nak cari ikan buat pekasam lah ....tapi ikan laut je.





Monday, 30 May 2016

Kenangan itu

Assalamualaikum
Malam sabtu singgah klinik untuk beli ubat ....beli saja tanpa jumpa doktor.Ubat untuk alahan kulit hanya sesuai di satu klinik ni.Aku turun sendirian sementara suami tunggu di kereta saja.Agak lama juga menunggu walaupun pesakit tak ramai.Keluar dari bilik doktor sepasang suami isteri menolak wheelchair seorang ibu tua yang tak sehat.Walaupun hanya lalu seketika dihadapan ku, bergenang airmata ku menahan sebak.Terbayang diruang mata satu ketika dulu pengalaman yang sama kami lalui menemani mak mertua dan mak sendiri. Rupanya di luar klinik suami juga memerhatikan ibu tua yang dalam kepayahan masuk dalam kereta dibantu oleh anak dan pekerja klinik tersebut.Dah tentu terkesan dihati nya ,bagai terimbas kembali rutinnya satu masa dulu.


Friday, 27 May 2016

Kalau dah rezeki

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Semalam sewaktu aku duk relax2 menghadap telefon ,tersentak seketika bila ia berdering.Berdebar bila tertera nombor tak dikenali.Bimbang kiranya panggilan dari hospital berkaitan dengan sakit aku tempohari.
Bila aku jawab panggilan tu ,terus bertanyakan tentang Azim.Rupanya panggilan dari MRSM ,katanya Azim dapat tempat di sana .Mungkin rezeki Azim agaknya ,dia boleh dapat padahal dia takde pun buat ujian ataupun rayuan.Selepas PT 3 tempohari pun dia saja2 memohon ,taklah terlalu mengharap.
Sekarang ni dah pun pertengahan tahun ,bila tanya Azim semalam pun dia dah tak berminat sebab dah sebati dengan sekolah teknik sekarang ni,katanya....ke tak mau tinggal kan awek kat sini....hihiii.
Sebenarnya aku sendiri lebih suka dia terus kan di sekolah sekarang kerana takde budget untuk pindah sekolah lagi.Tambahan dah setengah tahun ni banyak yang perlu di kejar kelak bila ke sekolah baru......Bimbang yang dikejar tak dapat,yang di kendong berciciran.Kalau nak belajar dimana2 sekolah pun boleh saja,janji usaha....pesan padanya.


Wednesday, 25 May 2016

Andainya.....

Assalamualaikum
Menjadi kebiasaan suami pasti telefon ke rumah dari tempat kerja nya apatah lagi jika anak2 atau aku sendiri tak sehat.Biasanya dia akan telefon waktu tengahhari tapi bila dia sepi je sampai ke petang kita pulak risau dan tertanya2 ....maklumlah dia bekerja di luar sana apapun boleh berlaku.
Seperti semalam hingga hampir pukul 5 petang takde pun telefon dari dia.Seperti biasa kalau dia tak telefon aku lah telefon dia bertanya kan bila balik nya.Katanya lebihkurang sejam lebih lagi dia balik lah ,itu pun kalau dia balik....huhuu sedih rasa nya mendengar ayat yang last tu .

Foto:sumber facebook


Tuesday, 24 May 2016

Betul lah tu

Assalamualaikum

Betullah tu....terutama anak2 aku ni ,sanggup buat kerja2'lain daripada suruh lipat baju..Padahal kerja paling senang....boleh relax2 sambil menghadap tv.

Monday, 23 May 2016

bila sepakat.

Assalamualaikum
Hari Sabtu 21hb ,sepupu suami buat majlis perkhawinan anak perempuan sulong nya.Walaupun majlis boleh diadakan di dewan dengan jemputan lebih 4000 orang tapi mereka buat di rumah sendiri sahaja.
Seperti biasalah jika kawasan perumahan nak buat majlis tempat agak terhad.Tapi  sepupu suami agak beruntung kerana rumah nya bersebelahan dengan tadika Pasti di lot corner,berhadapan dengan padang dan surau juga dekat juga dengan tadika Kemas.Semua tempat2 dapat digunakan sebaiknya.
Apa yang aku kagum ,walaupun tinggal di taman perumahan penduduk nya masih pratik kan kerjasama untuk majlis ni.Berbanding dengan tempat aku sendiri walaupun kampung ,kebanyakan mereka guna khidmat catering je ...kalau ada rewang pun sekadar bungkus goodies je,itu pun mak2 je ,yang pak2 datang jemputan baru nampak muka.Tapi tidak di tempat sepupu suami ni .....masak memasak untuk lebih 4000 tetamu ni pun dilakukan mereka bersama .Mereka masak kat tepi padang depan rumah pengantin.Sementara tadika Pasti sebelah rumah ,tempat sedara mara berkumpul dan rewang .Masa hari majlis tadika Kemas kat depan rumah pula dijadikan tempat bungkus makanan untuk diberi kan pada sedara mara yang datang.Nak solat  nak terkucil pun surau dekat sangat depan rumah mereka.Kiranya semua mudah ,patut lah mereka buat majlis kat rumah sendiri .Walaupun kanopi terpaksa dipasang depan rumah jiran2.
Sebenarnya malam sabtu tu ,kami datang juga menyibuk2.Katanya ada majlis berinai dan khatam quran .Tapi kami tiba agak lewat kerana jem teruk ...ada accident yang baru berlaku....nak aje aku suruh suami pusing balik rumah ,tapi dah tak jauh terpaksa lah tunggu bomba buat kerja selesai.

Foto: majlis khatam quran sedang berlangsung.Gambar agak gelap sebab memang suram cahaya kat belakang ,hanya terang benderang kat depan pelamin je.Yang ramai2 tu semuanya jiran2 dan penduduk kat taman situ .

Hari langsung kami pergi dah tengahhari  ,perlu ke jemputan kat tempat kami dulu baru ke tempat sepupu suami.Walaupun 7 kanopi disediakan untuk tetamu jemputan masih tak mencukupi....berpusing2 kami cari tempat duduk setelah ambil.makanan.Tak sempat  nak snap lauk pauk yang sedap2 tu ....sibuk mencari tempat duduk maklumlah kami ber5 kalau boleh nak ditempat yg sama.Menu utama Nasi Bryani Gam ,segala rempah ratus beli dari Batu Pahat ....memang terbaik.!.Hidangan sampingan ada putu mayam dan tapai pulut daun getah.Tapi kami tak sempat nak makan benda2 tu ,tak boleh nak berlama2 duduk ,kesian pada tetamu yang menunggu tempat2 kosong.Iman yang nak minum cendol pun terpaksa bawa mangkuk ke dalam rumah.
Foto: sementara tunggu maknya berbual tak sudah2 ,Iqa sempat ambil gambar pelamin ni.Pelamin juga dibuat diluar  ,tak perlu bersempit2 kat dalam rumah.
Foto: masa ni pengantin dah nak bersanding ,sedang lalui tol2 yang menunggu.Gambar ni pun aku snap dari depan tadika tempat kami duduk2.Sebenarnya sampai balik pun takdapat nak tengok pasangan pengantin ...huhuu ....nampak kepala orang je.

Adalah 2 jam kami kat sini,rasanya tak puas berbual bila dah jumpa sedara mara tapi kami perlu undur diri sebab nak hantar Azim balik asrama.Segala beg dan baju sekolah pun dah bawa sekali.,jadinya terus je kami ke JB....


Friday, 20 May 2016

Iman dan solat Dhuha

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Selalu nya budak2 memang mudah dapat menghafal jika guru yang mengajar mereka dengan lagu atau nyanyian.Begitu juga Iman di sekolah agama ustazah selalu ajar hafaz doa melalui nyanyian...mudah saja dia menghafal semula.Doa solat Dhuha juga sudah lancar di hafal.Selalu juga aku tanya kenapa tak buat bila dah boleh menghafal.
Entah bagaimana terbuka hatinya bila selalu lihat aku solat Dhuha.Tanpa disuroh terus lakukannya.Setelah selesai aku tanya bagaimana Iman berdoa solat Dhuha."Iman nyanyi lah macam cikgu ajar ,sebab susah nak baca macam biasa " katanya.Alahai Iman....
Foto: sumber google.