Total Pageviews

Saturday 19 April 2014

masam2 buah mempelam


ASSALAMMUALAIKUM
Setelah musim kering dan panas berakhir ,tanaman2 subor menghijau .....tak kurang juga dengan pelam pauh ni begitu lebat mengeluarkan buah .Mengambil kesempatan suami yang balik awal ,aku pinta untuk luruhkan sedikit buah pelam yang amat mengoda selera ku....
Sebenarnya buah pelam ni masih muda dan belum lagi ada sabut ...senang dan rangup je bila dibelah atau nak dimakan begitu saja.Pelam ni agak masam kalau nak dibandingkan dengan pelam kampung biasa .....tapi jika sudah masak ranum rasanya manis sangat.Besarnya pun separuh dari pelam kampung .Boleh katakan sepanjang tahun berbuah....bagi yang mengidam taklah sukar nak cari Saja aku ambil masa2 begini kerana sedang elok untuk dibuat jeruk.Sebahagian lagi aku simpan untuk dibuat sambal belacan atau kerabu....tak lupa juga aku kongsi kan buat jiran tertangga.
Walaupun masam setelah dikupas kulitnya Iman suka sangat makan begitu saja dengan selambanya....kita yang lihat yang terasa masamnya.....
Cara2 buat jeruk pelam pauh;
Kupas kulit pelam (jika tak mahu kena getahnya kupas dibawah air yang mengalir).Kemudian potong 2 atau ikut suka dan buang bijinya.Rendam air panas untuk buang air masamnya....biarkan sehingga air itu sejuk .Kemudian buang airnya.Masukkan pelam tadi di dalam bekas ,tuangkan air suam ,taburkan garam dan gula secukup rasa ....tutup rapat.Biarkan 1 atau 2 hari baru masukkan dalam peti ais.Jangan biarkan jeruk dibiarkan lama diluar kerana ia akan berbuih dan tak elok untuk dimakan lagi.
Jeruk pelam boleh juga dimasukkan air suam dan garam saja ,sedap  untuk dijadikan cicahan ikan bakar ...dihiriskan bawang dan cili padi atau cili merah.....sungguh menyelerakan.....



4 comments:

  1. Adui terliur acik..nampak jeruk pelam ni

    ReplyDelete
  2. Alahai ngences kakak dibuatnya SI.
    CIQ gelang patah tempat abang kerja banyak buah pelam macam-macam jenis SI. Kakak hari itu buat kerabu mangga. Nak buat jeruk macam ini tak banyak dibawa balik. Kalau banyak puas:)

    ReplyDelete
  3. cian nya acik ,kakzakie ...maaflah wat terliuq ,kalau dekat boleh sya buat penghantaran ke rumah....

    ReplyDelete
  4. Yaallah SI..dah terkecur air liur ni baca entri ni hehe....Tapi okje tak delah mengidam sangat...yg suka masam masam ni biasanya hubby hehe,...ngalahkan pompuan.... Pernah jugak buat jeruk ni tp kat rumah ni mcm biasalah kurang suka

    ReplyDelete