Masih lagi dalam mood raya kan..... aku sendiri walaupun tak dapat beraya sakan dek kerana cuti yang berbeza antara anak2 dan suami namun agak bermakna raya 2015 ni bila

Hari raya ke 2 mereka ada buat alumni di salah satu rumah kawan sekolah tapi aku belum lagi join dia orang dalam group...hanya dapat lihat wajah2 terkini mereka di FB kawan ,memanglah dah banyak yang berubah ...ialah dulu kami berkawan dizaman remaja tapi kini ada yang dah ada cucu pun.Juga ramai yang dah ada dan bakal menerima menantu tahun ni. Nampaknya nya aku agak ketinggalan dalam bab ni...ialah Allah kurniakan zuriat pada kami agak lambat...lambatlah lagi juga kami mendapat rezeki ini.
Sebenarnya bila dah ramai yang menegur aku sendiri tak inagt siapakah mereka walaupun nama penuh masih boleh diingati tapi wajah2 silam mereka dah luput dalam ingatan ...ialah kawan2 yang bersekolah sama sejak dari sekolah rendah masih boleh aku hafal nama mereka tapi yang sekolah menengah saja memang aku tak mudah nak ingat semula....begitu lah mereka juga.Sewaktu aku ting 1-3 bersekolah di SMRK kerana takde ting 4 berpindah pula ke sekolah bersebelahan hingga SPM.
Kini mereka2 semua dah bertebaran di serata negeri dan ramai juga yang telah kembali ke Rahmahtullah ...Terkini aku baru sja mengetahui kawan sekelas aku dari ting 1 -3 telah lama tiada sejak tahun 80an lagi ,katanya sakit kanser.Murid paling bijak di kelas dan sekolah juga ketua pegawas /murid juga telah tiada lagi sejak 2010 akibat kemalangan jalanraya ...ini pun aku ketahui bila bertemu rakan2 di FB.Moga kawan2 ku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman ,,,
Aminnnn.
Masing2 berbagai jawatan dan kerjaya yang disandang,..tak kurang juga yang surirumah seperti aku.Malah ada yang tak menyangka aku sekadar surirumah kini...tapi itu takdir hidupku,setelah berkahwin aku kerja tak lama ,,,,tapi tak semua pengalaman hidup boleh dikongsi walau satu ketika dulu begitu akrab.
Untuk mengenali semula rakan2 ada juga kata saniahibrahim yang pendiam tu kan...tapi sebenarnya aku bukan pendiam sangat pun tapi ketika di sekolah menengah 1-3 tu aku rasa tertekan sangat dan rasa rendah diri bila ditempatkan di kelas yang pertama dari 7/8 kelas .Kawan2 baik aku semuanya di kelas2 lain .Aku tak ada bestfriend pun kat kelas tu sampaikan aku doa agar dapat turun kelas ...tapi impian aku tak pernah tercapai sehingga SRP dan tukar ke sekolah lain.Walaupun aku mendapat agreget yang cemerlang ,aku ke aliran sastera dibandingkan anak2 aku yang tak berminat bab2 sastera ni...
Bila dah ting 4-5 ni ke sekolah berdekatan lah kami semua ,kawan2 pun makin bertambah ,itu yang tak boleh nak ingat sangat bila dah lebih 30 thn muncul semula .Dengan wajah yang banyak berbeza ,yang comel pun dah kembang ,masing2 telah di mula ditelan usia yang semakin terus berlalu.
Apa pun aku harap kan persahabatan di alam persekolahan dulu akan berkekalan hingga ke akhir hayat masing2.