Assalammualaikum
Masih lagi dalam mood raya kan..... aku sendiri walaupun tak dapat beraya sakan dek kerana cuti yang berbeza antara anak2 dan suami namun agak bermakna raya 2015 ni bila
dapat bertemu semula ramai kawan2 sekolah walaupun sekadar di alam maya bila dipelawa menyertai group whatapps.Kadang termangu2 aku sendiri rasa tak percaya dan tak pernah bayangkan dapat jumpa sahabat baik aku dizaman itu...bukan 10 -15 tahun terpisah tapi dah lebih 30 tahun tanpa khabar berita masing2.Namun dengan adanya kecanggihan IT sekarang ni segalanya tak lagi mustahil untuk bertemu semula .
Hari raya ke 2 mereka ada buat alumni di salah satu rumah kawan sekolah tapi aku belum lagi join dia orang dalam group...hanya dapat lihat wajah2 terkini mereka di FB kawan ,memanglah dah banyak yang berubah ...ialah dulu kami berkawan dizaman remaja tapi kini ada yang dah ada cucu pun.Juga ramai yang dah ada dan bakal menerima menantu tahun ni. Nampaknya nya aku agak ketinggalan dalam bab ni...ialah Allah kurniakan zuriat pada kami agak lambat...lambatlah lagi juga kami mendapat rezeki ini.
Sebenarnya bila dah ramai yang menegur aku sendiri tak inagt siapakah mereka walaupun nama penuh masih boleh diingati tapi wajah2 silam mereka dah luput dalam ingatan ...ialah kawan2 yang bersekolah sama sejak dari sekolah rendah masih boleh aku hafal nama mereka tapi yang sekolah menengah saja memang aku tak mudah nak ingat semula....begitu lah mereka juga.Sewaktu aku ting 1-3 bersekolah di SMRK kerana takde ting 4 berpindah pula ke sekolah bersebelahan hingga SPM.
Kini mereka2 semua dah bertebaran di serata negeri dan ramai juga yang telah kembali ke Rahmahtullah ...Terkini aku baru sja mengetahui kawan sekelas aku dari ting 1 -3 telah lama tiada sejak tahun 80an lagi ,katanya sakit kanser.Murid paling bijak di kelas dan sekolah juga ketua pegawas /murid juga telah tiada lagi sejak 2010 akibat kemalangan jalanraya ...ini pun aku ketahui bila bertemu rakan2 di FB.Moga kawan2 ku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman ,,,
Aminnnn.
Masing2 berbagai jawatan dan kerjaya yang disandang,..tak kurang juga yang surirumah seperti aku.Malah ada yang tak menyangka aku sekadar surirumah kini...tapi itu takdir hidupku,setelah berkahwin aku kerja tak lama ,,,,tapi tak semua pengalaman hidup boleh dikongsi walau satu ketika dulu begitu akrab.
Untuk mengenali semula rakan2 ada juga kata saniahibrahim yang pendiam tu kan...tapi sebenarnya aku bukan pendiam sangat pun tapi ketika di sekolah menengah 1-3 tu aku rasa tertekan sangat dan rasa rendah diri bila ditempatkan di kelas yang pertama dari 7/8 kelas .Kawan2 baik aku semuanya di kelas2 lain .Aku tak ada bestfriend pun kat kelas tu sampaikan aku doa agar dapat turun kelas ...tapi impian aku tak pernah tercapai sehingga SRP dan tukar ke sekolah lain.Walaupun aku mendapat agreget yang cemerlang ,aku ke aliran sastera dibandingkan anak2 aku yang tak berminat bab2 sastera ni...
Bila dah ting 4-5 ni ke sekolah berdekatan lah kami semua ,kawan2 pun makin bertambah ,itu yang tak boleh nak ingat sangat bila dah lebih 30 thn muncul semula .Dengan wajah yang banyak berbeza ,yang comel pun dah kembang ,masing2 telah di mula ditelan usia yang semakin terus berlalu.
Apa pun aku harap kan persahabatan di alam persekolahan dulu akan berkekalan hingga ke akhir hayat masing2.
:-)) sesekali berkumpul dengan teman sek memang banyak suka duka yang terimbas kembali kan kak..
ReplyDeletesaya pondah lama terputus hubungan dgn kawan2 sekolah...kalau dapat jumpe balik mesti kecoh jadinye...lamanye kak 30 tahun tu...mesti diorng dah banyak berubah....kalau dapat jumpe tu mesti cerita dulu2 keluar balik mesti kelakar sangat kenangan masa jadi budak sekolah...bestnye hidup pada usia tu kan happy je macam takde masalah langsung :)
ReplyDeleteKenangan terindah bila refresh balik zaman2 sekolah ni tau...
ReplyDeleteCerita saniah lebih kurang macam kak zai kebih 30 tahun tak bertemu dengan kawan2 sekolah.
ReplyDeleteSangat seronok dapat bertemu semula.
Kecanggihan media sosial ni mmg ada kebaikan jugak.yalah dah berpuluh tahun tak jumpa,mmg byk perkara yg kitaa terlepas. Mcm SB jugak,kak. Tercari kwn lama,tetiba dengar berita dia dah lama ninggal. TAk sempat nak ucap apa pun
ReplyDeleteBagus juga kalau dpt reunion boleh bawa anak-cucu sekali. Mesti wajah masing-masing dah tak sama dgn masa 30 tahun dulu. Geng sekolah kakak pun baru buat reunion tapi kakak tak dpt pergi sebab abang tak sihat kakak kena jaga dia dlm wad.
ReplyDeleteLepas je sekolah saya lost contact dgn kawan2 sekolah. Nak hubungi pun dah tak tahu macam mana... rupa paras pun dah berubah. kalau terserempak di mana-mana tentu tak kenal. Ada tidaknya sorang satu office dgn saya skrg tapi lain2 kelas... cuma satu sekolah je.
ReplyDeleteraya tahun dulu dulu sekolah rendah saya ada buat re union Raya taoi saya tak pergi sebab ramai mereka dah jadi orang besar atau kaya (melihatkan status boroi dan pakai mereka).
ReplyDeletetapi bila difikir hari ini rasa menyesal pula tak join untuk jumpa kawan lama...