Total Pageviews
Monday, 3 August 2015
bila Iman beraya
Assalammualikum,
Budak2 dah sekolah ,soal nk beraya terpaksa lah diluangkan masa2 tak sekolah
. Merancang bersama teman sekelas , kawan2 Iman bercadang ke rumah kawan2 dan guru2 sekolah mereka yang tinggal berdekatan pada hari Jumaat lepas .Rumah Iman rumah yang pertama dia orang nak berya katanya ...tapi dah pukol 10 lebih baru terdengar riuh kawan2 Iman memberi salam...".Assalammualaikum...kami datang nak raya "...dailog yang kita biasa dengar dari mulut budak2 bila datang beraya ! Seperti biasalah dah makan n minum2 mereka nak menyambung ke rumah lain.Mula nya Iman tak lah merancang nak ikut sama tapi bila dah dipujok rakan2 yang 8 orang tu cair juga hatinya....bukan apa pun sebenarnya abang kakak nya sendiri jika berhariraya mestinya dengan keluarga ....terpaksa juga aku lepaskan sambil berpesan jangan pergi jauh2 dan balik segera bila kawan2 lain nak pergi jauh2 lagi.
Pukol 12 tengahhari masih juga tak nampak bayang ....hati mula dijengah resah tapi masih berfkir yang mungkin mereka tak habis lagi beraya.Pukul 1 tnghari dah ramai yang ke masjid untuk solat Jumaat.Cuaca pun agak redup dan hujan dah mula renyai2 ....walaupun hati risau ke mana lah Iman beraya ni tapi teringat pula nak telefon ibu kawan sekolah dia yang ikut bersma mereka.Bila aku telefon katanya Hanim dah balik sejak jam 11 lebih....Terfikir juga aku kenapa lah tak suroh dia bawa handset ,senang nak aku hubungi.Biasa lah feel aku ni ada masalah sikit dah gitau suami kat tempat kerja sana ...dia pun risau snagat ,tak pernah anak2 sebaya Iman beraya dengan kawan2 kecuali dengan kami.
Mujor juga ibu budak Hanim gitau dia dengar budak2 tu nak solat Jumaat dulu yang kebetulan masjid di hadapan rumah dia...lega rasanya walaupun tak pasti.Pesan juga pada anak jiran yang nak ke masjid jika nampak Iman suroh balik bila selesai solat.Tapi bila mereka dah balik solat tak nampak lagi batang hidung Iman ...Mulut ku tak henti berdoa agar iman cepat balik kebetulan juga di luar sana hujan walapun tak lebat tapi berpetir.Alhamdulilah tak lama lepas tu dia balik dengan di hantar oleh ayah kawan dia......nak membebel pun tak jadi bila dia kata dengan kawan2 yang lelaki mereka ke masjid agak awal dan tolong kemas2 dalam masjid.Bila ditanya berapa rumah dapat beraya...ntah katanya tak ingat....sambil menunjukkan hanya duit RM 1 yang dia dpat dari tuan rumah yang dia pergi .Duit2 lain yang dia dan kawan2nya dapat dah dimasukkan dalam tabung masjid katanya....Alhamdulilah semoga sedekah anak2 kecil ini akan diberkati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdulilah...sejuk perut akak ngandungkan iman...moga jadi anak soleh penyejuk mata hati kedua ibu bapa..amin
ReplyDeletebudak2 ni ..kadangkala bila dah berkumpul kelain tempat tuju nya..mujur iman menuju tempat yang betl...terharu bila baca ..iman sedekah ditabung masjid :-))
Akak sama mcm saya cepat risau....kalau sy pulak selalu pikur yg bukan2 tapi cepat2 doa moga semuanya selamat....dengar je anak2 dah selamat sampai rumah terus angkat tangan tinggi2 bersyukur pada Allah....moga iman berjaya dunia akhirat jadi anak soleh untuk ibu dan ayah
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin saniah.kita sebagai ibu memang cepat risau saniah.acik sampai sekarang anak2 dah besar panjang pun risau lagi
ReplyDeleteIbu lebih kuat risau dan berfikir yang bukan2 berbanding ayah. Iman anak yang baik dia pergi ketempat yang betul. Semoga sifat pemurah Iman berkekalan hingga dewasa.
ReplyDeleteMasya-Allah... budak sekarang bukan jenis budak susah SI. Beraya mereka utk sesuka aje. Sebab itu masing-masing masukkan duit dlm tabung. Pahala susah nak dapat tapi duit mudah nak dapat dari mak-ayah masing-masing. Cerdik bebudak tu..
ReplyDeleteowh good, last ending story yg best..moga Iman dan kawan dia jadi anak yg baik, pemurah dan soleh .
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteMudah-mudahan Iman menjadi anak yang soleh yang menyejukkan mata dan menyenangkan hati kedua ibu bapanya..aminn
Assalam kak saniah,, nebes baca entri ni hihihi,, alhamdulillah suka dengan anak kak pergi masdid tolong kemas n dapat sumbang lagi dengan duit raya,, semoga dapat berkat dari-Nya,, aminn
ReplyDeleteibu2 ni mmg cepat risau.. kalau takde depan mata..mmg dok ingat je la
ReplyDelete