Assalammualaikum
3hb Ogos ,Isnin lepas ,awal pagi dah keluar rumah ,bimbang bila saing orang pergi kerja jalan jem berbatu2 jauh nya nanti.Kalau ikutkan pada surat tawaran bermula 8.30 hingga 10.30 pagi.Cuaca hariitu agak dingin kerana hujan turun sejak dinihari lagi.Bila keluar rumah pun masih lagi renyai2.Kalau diikutkan hati boleh tarik selimut semula melayan cuaca dingin di luar sana....tapi Fateha nak kena hantar surat perjanjian JPA nya di UTM Skudai haritu, daerah yang paling hampir dengan tempat tinggal kami.Alhamdulilah dengan keputusan exam nya dia di tawarkan biasiswa JPA untuk semester depan.Bersyukur aku sekurang2nya dapatlah meringankan bebanan ayahnya ...
Walaupun kami kerap lalu tapi tak pernah sekali pun masuk ke kawasan UTM ....terpinga 2juga mencari di manakah tempat yang tertera di dalam borang .Bila tanya pak guard kak guard mereka pun keliru sebab katanya ada 2 tempat yang hampir2 sama .Nasib juga ada pak guard yang sudi mengiringi kami ke kawasan yang nak di tuju.Memang dah ok tempat yang dituju tu mengikut alamat yang diberi tapi malangnya hanya kelihatan atlet2 yang berkumpul disitu ,tempat JPA telah ditukar di dewan kolej lain.Kesian ramai juga yang terlibat termasuk Fateha sendiri dan lebih kesian bila mereka ada yang berjalan kaki ketempat yang diberitau agak jauh dari situ dalam keadaan hujan renyai....
Ditempat pendaftaran lama juga kami melanguk kat luar dewan menanti urusan Fateha yang tak selesai2 walaupun masa yang ditetapkan hingga 10.30 tapi aku rasa pukul 12 pun tak sesleai lagi .Iman yang ikut sama juga dah mula boring apatah cafe yang banyak2 berderet tu satu pun takde yang buka..Cuaca sejuk terasa nak cari toilet tapi tak jumpa bukan saja kami malah ramai lagi ...pusing2bangunan jumpa lah toilet untuk kegunaan pekerja2 cafe di situ,...tapi tak sanggup aku nak masuk ,bukan saja kotor ,pintunya pun tak berkunci...huarghhh.
Yang bestnya bila masing2 duk tunggu anak dapat lah berkenalan dan berbual2 .Masing2 tinggal di tempat yang berlainan ,juga anak2 belajar di universiti yang berbagai ....di sini datang dengan satu tujuan yang sama .
Agak lama juga baru Fateha keluar dari dewan ,katanya dah selesai urusan dia walau pun ramai lagi yang masih menunggu.Sempat lagi untuk Iman ke sekolah tengahhari itu tapi agak kelam kabut apatah lagi ada tetamu yang dah call nak datang beraya.
gambar: walapun cuaca tak begitu elok acara2 sukan antara universiti tetap diadakan .,seperti gambar di atas acara softball sedang berlangsung .Gambar cenonet sebab snap dari dalam kereta sewaktu nak balik .
tahniah fateha...alhamdulilah dapat biasiswa...moga berjaya dunia akhirat..amin
ReplyDelete:-))
beruntungnye fateha dapat biasiswa....semuanya jadi tidak kene ye kak bila perancangan tak disusun betol2....mesti ramai yg terpinga2 ...tapi syukur semuanya dah selesai.....belajar dengan tekun fateha jadi anak yg berjaya dunia akhirat....
ReplyDeleteAlhamdulillah, ringan sikit bebanan tanggungan mak ayah. Semoga Fateha bersungguh-sungguh... jangan sia-siakan. Persaingan untuk mendapatkan biasiswa ni sengit.
ReplyDeleteTahniah Fateha dan ibuayah fateha
ReplyDeleteTahniah Fateha dan ibuayah fateha
ReplyDeletetahniah buat fatihah..
ReplyDeleteTahniah buat Fateha dan saniah. Semoga dapat dimanfaatkan dengan sebaik2nya.
ReplyDelete