Total Pageviews

Monday, 10 August 2015

siapalah kami...

Assalammualaikum
Hari Sabtu 8 Ogos pihak sekolah dan persatuan generasi menjemput kami sekeluarga ke majlis motivasi  untuk murid2 yang bakal menduduki UPSR di SKSB.....sekolah anak bongsu aku Iman .Dua 3 hari sebelum terkejut juga aku bila 3 orang  wakil dari generasi datang bertandang ...tertanya apakah hajat tak pernah2 datang sebelum ini.Katanya datang bawa hajat ...hisss bikin suspen dibuatnya.Katanya keluarga kami terpilih menjadi KELUARGA IKON untuk di undang di majlis motivasi kelak , berdasarkan pencapaian anak2 dalam pelajaran .Mereka nak kan biodata kecemerlangan serta sijil2 yang pernah anak2 perolehi untuk di tayangkan di slideshow nanti.
Bukan senang untuk aku terima undangan tersebut , apa lah sangat dengan anak2 kami untuk dikatakan berjaya sedangkan belum seorang pun yang bekerja sedangkan diluar sana masih ramai lagi yang boleh dipilih.Juga bimbang dikatakan riak kelak....
Mereka kata bukan  untuk riak2 bagai tapi nak bagi motivasi pada anak2 yang bakal menghadapi UPSR tak lama lagi   yang keluarga  kurang berkemampuan seperti kami anak2 boleh juga mendapat kejayaan
Kami memang bukan orang ada2 ,....Bagi kami setiap anak2 ada rezeki masing2  .Ketika kawan2 sebaya  dapat keputusan2 cemerlang ,ibubapa mereka menghadiahkan sesuatu seperti handphone misalnya tapi anak2 kami tak pernah kami janjikan apa2.Jika ada rezeki lebih adalah kami hulurkan sesuatu yang termampu tapi jika tak anak2 ni tak meminta. Pernah masa Iqa dapat perpect score dalam PMR  dia hanya mahukan makan  aiskrim MAGNUM saja!...
Kerana pendapatan tak seberapa ni kami tak pernah menghantar anak2 ke kelas2 tambahan diluar sana kecuali yang disediakan oleh pihak sekolah .Sebab tu selalu pesan anak2 tumpukan pada pelajaran bila guru mengajar...
Walaupun dijemput sekeluarga ke majlis motivasi tersebut tapi aku pergi 3 beranak je ,suami kerja ,azim di asrama manakala anak sulong aku tak de mana nya dia nak ikut.Janjinya pukul 12 lebih untuk aku datang setelah  penceramah motivasi  selesai tapi bila kami datang tak habis2 lagi ....rasa macam nak balik sja sebab perut pun dah lapaq....tapi sempat juga kami tumpang mendengar motivasi yang diberikan oleh DR>FAKRULRAZI walaupun lawak tapi berisi...Walaupun azan dah berkumandang di masjid tapi ceramah hanya dihentikan sekejap dan disambung balik sehingga pukul 2 ptg baru beransur2 nk berhenti ...aku tengok guru2 pun dah mula resah dah terlebih waktu yang di jadual....akhirnya hampir 2.15 baru kami dijemput untuk naik ke pentas dan dibacakan biodata aku dan suami juga anak2 satu persatu.Tak teringat dah nak snap gambar ....mujor ada salinan slideshow yang diberi untuk jadikan kenangan kelak.Alhamdulilah selesai sudah...
---------------tanpa pencapaian anak2 siapa lah kami di mata masyarakat

12 comments:

  1. Alhamdulillah.. tahniah... anak2 akak saniah semua nya berjaya..

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulillah anak2 menjadi kebanggaan saniah dan suami. Semoga sukses dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  3. Tanpa anak2 siapa la kami? Namun tanpa ibu dan ayah tak mungkin wujud anak2 yg bijak dan pintar itu....ibu bapa adalah cermin anak2....tahniah pada akak dan suami....saya tumpang bangga dari jauh...sebak tak tahu kenapa cuma doa yg baik2 utk akak sekeluarga semoga anak2 akak terus berjaya dunia akhirat :')

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah saniah dan keluarga

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah saniah dan keluarga

    ReplyDelete
  6. tanpa ibu bapa juga.sapalah anak2..benih yang baik dicampak dipulau tetap menjadi pohon pokok yang subur :-))

    ReplyDelete
  7. Ganjaran yg Allah berikan buat setiap org tak sama. Bersyukur dikurniakan anak-anak yg cerdik. Kakak kalau boleh pun nak anak macam itu juga.

    ReplyDelete
  8. Tahniah untuk Saniah dan keluarga...

    ReplyDelete
  9. Tahniah,kak. Bagus tu kejayaan anak2 jadi satu motivasi pada yg muda2.

    ReplyDelete
  10. salam syawal kak... Ya Allah terharunya.. boleh menjadi sumber inspirasi buat kmi juga ni.. Alhamdulillah...tahniah buat kak & keluarga atas pencapaian anak2...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..kejayaan anak-anak kita menjadi inspirasi ibu bapa dan anak-anak lain. Pahala juga tu kan..selamat hari raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  12. Ini yg orang kata sejuk perut mak mengandungkannya ye...sybbas bette...

    ReplyDelete