Total Pageviews

Friday, 28 August 2015

musim periksa bermula.

Assalammualaikum,
Semalam Azim dah habis trial PT3,..tapi tak lagi dapat menarik nafas lega selagi belum selesai exam yang sebenar.Apa pun aku tak menaruh harapan tinggi dengan result PT3 dia kelak memandangkan format peperiksaan dah tak sama macam PMR.Cuma aku harap result nya kelak dapat memudahkan dia pindah sekolah yang lebih baik bila ting 4 nanti.
UPSR pun tinggal tak sampai 2 minggu lagi kalau tak silap.....tapi sejak ibubapa tahun 6 mengenali kami masa program motivasi tempohari ramai yang nak menghantar anak mereka tuisyen dengan budak2 kat rumah ni.Bukan tak mahu menolong tapi dah last2 minit macam ni bagaimana nak ajar .Tambahan pula cuti Fateha dengan abangnya pun dah nak habis ,masa dah suntuk untuk ajar tuisyen.Tempohari ada juga ambil sorang untuk belajar matematik  bila maknya tak henti2 memujok ,tapi terpaksa Fateha menolak hari2 seterusnya ... agak stress bila budak yang bakal ambil UPSR ni sifir pun tak hafal lagi sedangkan maknya begitu menaruh harapan .


Terbaru semalam ibu kawan Iman minta tolong ajar tuisyen BI  untuk anaknya dan kawan2 yang juga pelajar tahun 6.Bagaimana lah nak tolong dah saat akhir ,sedangkan belajar dari tahun 1 hingga 6 ,tak mungkin  dalam masa seminggu ni boleh selesai masaalah ...terpaksalah menolak dengan cara berhemah agar tak menyinggung hati sesiapa.Apatah lagi Fateha dan abang nya pun akan kembali ke uni seminggu  lagi.
Moga anak2 yang bakal amik periksa ni dipermudahkan menjawap soalan2 yang diberi.

8 comments:

  1. Mak-ayah menaruh harapan tinggi tapi kadang anak pulak tak berkemampuan. Anak dara sulung kakak pun dah nak balik U juga minggu depan. Tapi kakak tak dpt ikut sebab adik dah nak UPSR pulak. Balik dgn papanya ajelah..

    ReplyDelete
  2. saya baca n3 akak ni cam sama pulak kesnye dgn anak saya kak long....lagi seminggu nak amik PMR dua tahun lepas ada pulak kawan2 dia yg kenkonon nak belajar sama2 tapi lepas seharian lepak kat rumah saya terus saya larang untuk dia datang lagi...bukan saya sombong atau tak bertimbang rasa tapi kalau dia datang sekadar nak beborak pasal pakwe dan bergelak ketawa sepanjang hari sampai menganggu anak saya dan kawan2nye yg betol2 nak belajar memang saya tak bole terima....kalau nak belajar buat cara nak belajar dan jangan ganggu kawan2 yg betol2 nak belajar....

    ReplyDelete
  3. Tulah SI.....anak okje pun ambik UPSR tahun ni. Sebagai mak mmg kita doakan yg terbaik buat mereka. Apa pun bergantung pada usaha mereka jugak. Susahlah SI budak sekarang ni.....mcm mcm perangainya. Redho dan tawakkal jerlah okje moga ada keajaiban berlaku kat TLBD.....huhu...

    ReplyDelete
  4. moga terang hati anak2 menjwab soalan peperiksaan..amin

    ReplyDelete
  5. Semoga anak jawab dgn jayanya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Jika usaha telah dilakukan, sebarang keputusan periksa terima sahaja dengan lapang dada. Jangan kita harapkan yang lebih baik dari apa yang mampu anak kita lakukan...

    ReplyDelete
  7. Moga berjaya ye kak..kita sebagai ibu ni memang kena berkorban masa untuk anak2..

    ReplyDelete
  8. Sekurang2nya kita dah nampak usaha anak2 kita....walau apa pun keputusan redha saja...

    ReplyDelete