Assalamualaikum,
Aku dapat dari wasap group kwn2...marilah kita mencari maksud yang tersurat dan tersirat disebalik falsafah ini.
Jom kita kongsi
FALSAFAH BUAH2AN..
Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..
🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽
1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS..
Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu..
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya..
🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌
2. Jadilah POKOK PISANG..
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati..
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan..
🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈
3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG..
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri..
MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA..
🍠🍠🍠🍠🍠🍠🍠
4. Jadilah UBI KAYU..
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih..
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran..
🍐🍐🍐🍐🍐🍐🍐
5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM..
Tangkai petai memberi makanan yg sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yg kecil dan ada yg besar..
MAKSUDNYA : Selalu lah bersikap adil..
🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏
6. Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya..
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna..
🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮
7. Jadilah seperti MANGGIS..
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam..
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yg ditunjukkan di luar sama seperti apa yg diniatkan di dalam hati..
Buahan tu pun sedap dn berkhasiat..ada falsafah tersendiri disebalik kejadiannya..
ReplyDeleteKakak pun dpt ws ini lama dulu
ReplyDeleteKalau diamati memang bagaikan ada perbandingan utk kita manusia ini.
Ada kena mengena setiap kejadian dengan kita manusia ni kan Kak Saniah.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian..
tak sangka buah pun ada falsafah...tq..ada betulnya
ReplyDeleteBtul tu..jd kelapa i like..biar mkin hari makin tinggi ilmu kita..ilmu dunia dan akhirat..
ReplyDeleteSalam ukhuwah dear..
Btul tu..jd kelapa i like..biar mkin hari makin tinggi ilmu kita..ilmu dunia dan akhirat..
ReplyDeleteSalam ukhuwah dear..
Terima kasih konsi info kalau boleh kita jadikan panduan setiap masa.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiaan. Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hafizhahullah..salah seorang guruku..
Memang banyak kata-kata mutiara yang terbit daripada dua bibirnya.. ada yang telah dibukukan.
nk jd cm kelapa ..hehe
ReplyDeletealahai lagu blog ni #deep..
Betol gak ek buah2 pon bole di jadikan iktibar dan nasihat secara lembut....sy nak jadi cam ubi la kak ...kikiki....ubi rebus sedapnyeeee makan cicah sambal bilis....fuhhhh terbaekkk....hahaha....kong asam saya ni asyik ingat makan je
ReplyDeleteBanyak keistimewaan rupanya buah buahan tempatan ni ye SI....
ReplyDelete