assalammualaikum
Bertemu kembali kita di minggu ke2 Ramadhan.
Alhamdulilah masih dapat berceloteh lagi di blog suram ni walaupun hati terdetik nak bersara ,bila keadaan tangan kebas dan kadangkala sakit ni masih tak pulih lagi.Minum air kanji dah lama aku tinggalkan ...putus asa rasanya dengan cara itu.Memandangkan anak2 bila kejauhan rajin mengintai cerita2 di rumah ,aku teruskan juga .Mereka suka baca celoteh aku di blog tapi tak suka pulak bila aku membebel depan mereka...!
Waktu ni di luar sana hujan turun agak lebat...baru sidai kainbaju kat ampaian luar dah kena angkut balik ke dalam rumah.Alhamdulilah setelah hampir 2 minggu panas membahang....selesalah bagi anak2 sebaya Iman berpuasa setelah melalui hari2 yang mencabar.
sekarang ni pun waktu siang aku tak lah sendirian lagi,Fateha cuti sem 2 bulan lebih .Buat masa ni jadilah maid aku di rumah ni.Abangnya walaupun cuti yang sama tapi perlu pergi pratikal.Dah pun berada di Kluang ketika ini.
Buat masa ni anak2 masih belum dapat bersahur dan berbuka bersama2 .Bila yang lain balik yang lain pula tiada.Nampak gayanya hari raya nantilah baru dapat berkumpul semua....InsyaAllah.
gambar;di sinilah Iqa menimba ilmu
Iqa kali pertama berpuasa di universiti.Kesian pulak bila ditanya makanan apa yang dimakan ketika bersahur dan berbuka.Masa duk asrama makanan dah tersedia.sekarang ni perlu mencari dan membeli baru dapat makan .Ada satu hari tu katanya makanan yang dimakan masa sahur nya dah basi dan siang tu sakit perut....
Fateha dan abangnya sempat juga seminggu berpuasa di universiti sebelum cuti haritu .Tapi mudah bagi mereka beli makanan di Bazar Ramadhan yang berdekatan .Tapi tidak bagi Iqa ,katanya kalau nak ke Bazar jauh...hanya kafe saja tempat di membeli..
Sebenarnya universiti Iqa tak jauh pun dari tempat pakcik nya .Tapi bila pakciknya nak amik pada hujung minggu ,biasanya dia menolak .....Iqa ni pentingkan kawan...kesian katanya roommate tinggal sorang ,walaupun mereka baru je kenal ....
Apapun semua pengalaman dan dugaan ketika berjauhan dengan keluarga bakal menjadi kenangan terindah satu ketika nanti....
Pengalaman itulah yg menjadikan mereka cpt matang berbanding mereka yg bergantung dgn ibu bapa. sebagai ibu pulak kita merasakan anak kita kecil lagi dan perlu di sediakan segalanya. Semuga anak2 SI berjaya di dunia dan akhirat..
ReplyDeleteAsalamualaikum kak...apa khabar...masak apa tu untuk berbuka ?
ReplyDeleteBagus sikap iqa..setia dalam berkawan...
Salam.
ReplyDeleteSinggah sini melalui blog LadyBird's Life. Teruskan menulis sebagai teman hidup dan rujukan masa depan...
Kalau dpt jgn berhenti menulis blog..ramai silent reader kat luar sana yg menanti entry seterusnya dari blogger :)
ReplyDeleteSalam saniah...seronok kak zai dapat perkhabaran. Agak lama menyepi semoga saniah sihat. Alhamdulillah iqa dah masuk Uni semoga anak2 saniah beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
ReplyDeleteMasih baru lagi buat Iqa. Lama-lama nanti akan jadi biasa SI. Anak kakak yg sulung pun tengah cuti juga tapi dia praktikal di JB aje dekat. SO ramadhan kali ini anak-anak kakak semua ada sampai Raya SI.
ReplyDeleteakhirnye dapat gak baca celoteh akak...dulu kakak saya pon kene kebas2 dan sakit tangan tapi lepas dia makan habbatus sauda dgn sesudu madu setiap pagi terus sembuh hingga sekarang....cuba la kak mana tahu dgn izin Allah akak pon bole sembuh....saya pon ada gak terpikir cam mana la anak sy si kak long akan berpuasa tahun depan...sian kan tetibe je diorng kene berjauhan dgn keluarga
ReplyDeleteHai SI....okje pun lama tak bw, tu yg tak menyinngah sini tu..... Salam Ramadhan SI. Gitulah bila anak anak dah besar , memasing ada haluan sendiri. Itu belum berumahtangga lagi tu.... Akhirnya kita soranglah jugak kan SI. Kalau masih bersuami syukurlah, dapat gak berbual....
ReplyDeleteApa pun kita tunggu cuti Raya nantilah dapat berkumpul anak beranak