Total Pageviews

Wednesday 14 October 2015

Awal Muharram yang bermakna

Assalamualaikum
Salam Maal Hijrah
21 tahun yang lalu cuaca ketika itu agak panas kerana tak hujan beberapa hari .Bekalan air paip pun selalu jadi masalah ,kadangkala sehingga seminggu air tak keluar.Lori tangki hantar air bantuan pun berjadual....memang merumitkan keadaan masa tu,mujurlah penghuni dalam rumah belum ramai lagi,cuma aku ,suami mak mertua dan anak sulong yang baru setahun usia.Nasib baik juga kilang sebelah rumah kami ni simpati dengan keadaan penduduk,kami dibenarkan ambil air utk kegunaan seharian....juga disediakan paip disebelah pagar utk penduduk ambil air ,membasuh dan ada juga yang mandi disitu.Walaupun airnya agak keruh tapi itu saja ikhtiar yang ada.Tapi untuk masak kena lah juga tunggu air bantuan tiba.
Olehkerana pintu kilang masa tu berdepan dengan rumah ,kami dibenarkan masuk untuk ambil air di surau kilang .Masa tu aku sarat mengandung 9 bulan.Kerana kesian suami yang mengangkut air berulangalik berkali2',aku ikut membantu.Suami pun dah tak dapat melarang aku mengangkat air berbaldi2'bersama dia untuk dibawa balik ke rumah yang lebih 50'meter .Mak mertua yang ketika itu sudah uzor tak boleh nak kata apa ,hanya perhatikan keadaan aku yang terboyot2 membawa air yang kadang 2 baldi sekali gus...masa tu mmng terdesak sangat selalu takde air.
Hari itu 1 Muharram seperti biasa tolong suami angkat air pada sebelah petang.Tak aku duga akan bersalin malam itu ,sakit hanya beberapa ketika.....hampir juga terbersalin dalam van yang menghantar ke Hospital JB...nasib baik pemandu van redah je keadaan yang jem .Nasib baik  juga misi ada ikut sama ...kalau tak mahu saja bersalin dalam van.Alhamdulillah Allah permudahkan  perjalanan dan tiba je di hospital terus bersalin ....Mungkin juga kerana membawa berat hari2 aku bersalin lebih awal dari yang dijangka.
Sebab tu setiap tiba 1 Muharram pasti aku teringat peristiwa itu,malangnya Fateha lahir 12.40 tengahmalam dah pun 2 Muharram.
Sekarang ni bila tiba awal Muharram pasti Fateha mengingatkan hari ulangtahun kelahiran dia.Padahal anak2 lain aku tak ingat pun bulan hijrah apa kecuali anak sulong dan juga Fateha sendiri.
Dan masalah air juga tak pernah lagi berlaku seteruk dulu.




19 comments:

  1. Hihi...okje pun tak ingat SI bulan kelahiran Islam anak anak. Tulah tu.....kekadang bila ada sesuatu peristiwa barulah senang nak ingat dlm memori kita ni kan.

    Okje dpt bayangkan kepayahan SI masa tu dengan perut besar lagi, anak kecik, air pulak tak de.....sedihnya rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah hainom,bila ada peristiwa mudah nak ingat seperti juga anak sulong lahir 11 syawal...sebab hari raya tu yg x lupa.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Salam Maal Hijrah saniah.

    Kak Zai pulak tarikh lahir anak2 ada tertulis bulan Islam dalam surat beranak sebab bersalin dekat Hospital Pusrawi KL.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir fatehah....senang nak ingat kalau camni kan kak....sian akak tengah terboyot2 tolong jugak somi mengangkat air....bagi saya bior la takde karen dari takde air...semua jadi serba tak kene kalau takde air ni....masa tu memang musim kemarau kan semua tempat takde air nasib kat depan rumah saya dalam 15 meter jaraknye ada perigi lama....tu jelah sumber air untuk kiteorang dgn jiran2 terdekat

    ReplyDelete
  4. Tak dapat nak bayangkan seorang ibu muda yang terboyot2 ketika itu mengangkat air berbaldi2...

    Allahuakbar...dengan izin Nya juga dipermudahkan kelahiran... maka lahirlah seorang puteri di dinihari yang kini telah muda remaja...

    Salam Maal Hijrah SI...

    ReplyDelete
  5. salam awal muharram dear Saniah semoga ditahun baru ni amalan kita akan bertambah dpd yg sebelumnya insya Allah

    ReplyDelete
  6. ohhh kiranya cerita awal Muharram ni sangat2 bermakna kan Kak... sekaligus hari lahir Fateha dlm bulan Islam.. Salam Maal Hijrah Kak..moga semua urusan kita di permudahkan di thn ini..

    ReplyDelete
  7. satu keberuntungan dapat lahir di awal tahun Hujrah. lebih beruntung jika membesarnya dalam suasana ibadah...

    ReplyDelete
  8. Banyak exercise itulah agaknya mudah benar nak bersalin
    Tapi itulah nasin baik tak terbersalin dlm van:) kalau tak lagilah jadi kenangan.

    ReplyDelete
  9. salam awal muharram,Kak. baru dapat masuk blog akak, sbb selalu kalau SB terjah, kod html blog akak yang kluar kat screen.

    ReplyDelete
  10. kiranya awal Muharram ni sangat bermakna buat SI dan anak lah ye.tarikh sambutan hari lahir Fateha pun berubah ubah..

    ReplyDelete
  11. salam 3 Muharam 1437H, ada kisah desebalik Maal Hijrah buat saniah rupanya, salam ukhwah dari kak ana :)

    ReplyDelete
  12. Salam maal hijrah. Semoga ditahun baru ni amalan kita akan bertambah baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  13. Air ni kalau tak ada jenuh juga nak angkatnya....teringat dulu masa di asrama...angkat air berbaldi-baldi naik tangga yang banyak anak tangga....

    ReplyDelete
  14. Selamat Tahun Baru Maal Hijrah sempena bulan muhaaram yang penuh keberkatan ini.. :D

    ReplyDelete