Total Pageviews

Friday 9 October 2015

PT3' semakin hampir

Assalamualaikum
Malam tadi sekolah Azim adakan solat hajat untuk pelajar yang bakal ambil PT3,SPM dan STPM.Tak berapa hari lagi PT3 akan bermula.Sebagai ibu pastinya risau dan berdebar bila anak nak peksa.Aku tau Azim lagi lah stress dan tercabar dengan result PMR kakak2 dan abangnya dulu.Selalu juga aku pesan jangan terlalu stress sangat sebab PMR dengan PT3 peperiksaan yang berbeza.Yang penting berusaha.Kalau PMR dulu bolehlah pejam mata tenyeh ABC kalau tak tau jawap mana satu tapi ini PT3.
Apapun aku hanya dapat titipkan doa padanya.Moga dengan resultnya kelak dapat dia bertukar sekolah .Walaupun 5A UPSR nya dulu membolehkan dia ke sekolah yang lebih baik namun keadaan ekonomi keluarga masa tu tak mengizinkan .Ketika itu Iman pun baru melangkah ke tahun 1 ,Iqa dapat tawaran ke sekolah lain ,dia sendiri baru ke tingkatan 1 ,sementara Fateha juga tahun yang sama baru nak ke degree.Anak sulong yang di uni juga perlukan kewangan cukup.Alhamdulillah rezeki anak2 kehidupan sekarang agak selesa untuk anak2 belajar.


10 comments:

  1. Assalamualaikum kak,
    Betul tu kak, beza pmr dengan pt3 ni..Apapun sama-samalah doakan agar mereka semua diberikan ketenangan dlm menjawab kertas soalan..yang penting usaha...

    ReplyDelete
  2. Salam JUmaat Kak..
    mudah2an Azim berjaya dgn cemerlang ...amin...sama2 kita dokan..

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah Azim pun boleh cemerlang sebagaimana UPSR dia boleh PT3 pun boleh tu.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kita doakan sama sama. Semoga azim dapat menjawab dengan baik..

    ReplyDelete
  5. Amin atas doa tu kak.
    Anak saya pun ada sorang ambik PT3 tahun ni. Study sampai demam.
    Sekolah depa buat solah hajat last week dah.. lepas solah dhuha.
    Semoga Allah permudahkan urusan anak2 dan kita.

    ReplyDelete
  6. In syaa Allah azim boleh lakukan dengan usaha dan berkat doa.

    ReplyDelete
  7. Ya, di mana-mana sekolah pun sekarang sibuk mengadakan bacaan yassin dan solat hajat... semoga apa yang di hajati anak-anak dan kita ibubapa dimakbulkan... insyaAllah!

    Takpa Saniah, bak kata orang tua-tua, bersusah-susah dahulu... senangnya akan datang kemudian nanti.

    ReplyDelete
  8. Asalamualaikum..moga anak2 akak berjaya dan menjawab soalan dengan tenang..insyallah..amin

    ReplyDelete
  9. amin ..terima kasi Sal,,doa cukup kuat..pasti anak2 akan tenang dengan izinNya

    ReplyDelete
  10. Membesarkan anak anak yg sedang meningkat dewasa, tambahan lagi bukan seorang, betorang orang hihi......mmg banyak pakai duit kan SI.

    ReplyDelete