Bersiaran dari katil hospital HSA JB .
Sejak dikejutkan 4.30 pagi tadi,mata dah tak mahu lena lagi.Terfikir pulak update blog untuk mencatatkan perkembangan terkini kesihatan aku.25hb tempohari dah daftar masuk.wad ,walaupun sehari tu takde apa2'pun dilakukan selain berehat dikatil....malam tu memang tak dapat tidur,tau jelah bila dah tukar katil sepatah kata hainom okje...apatah lagi memikirkan Iman ketika itu masih tak sehat lagi.
Foto:suasana dlalam wad
26 hb aku dipindahkan dari bed 11 ke bed 2' memandangkan akan dibedah esok ,mereka nak pantau keadaan aku..Semuanya dalam keadaan baik je walaupun HB 9.7.Tapi masalahnya selama ini aku tak pernah terfikir yang aku ada masalah potasium yang rendah.Doktor bagitau agak bahaya untuk melakukan pembedahan jika potasium rendah.Dengan itu asyik kena minum air garam dan pagi petang siang malam juga bagi melalui drip lagi...tak tahan oiii rasanya yg pelik hampir termuntah aku menelannya.Melalui drip yg disalurkan pd tangan pulak.....sakit sangat,sebab air garam agak pekat kata nurse memang menyakitkan.
Petang itu juga kena minum air ( aku tak ingat apa ke namanya) untuk membersihkan usus.Air yang rasa yang berbagai2 membuat kan aku termuntah.2 cawan yang diberi mungkin secawan je yang dapat aku telan.
Dengan itu ulangalik lah ke tandas sehingga tengah malam dan hampir pagi baru lega....
Ok lah sambung di entry akan datang...sekarang ni nk kena telan ubat2 dan sarapan.