Total Pageviews

Tuesday, 19 January 2016

moga dipermudahkan

Assalamualaikum
Awal pagi semalam sambil terus menghantar budak2 ni  ke sekolah kami teruskan perjalanan ke HSA JB.Ada temujanji dengan doktor membincangkan pasal pembedahan nanti.Memang lah bertolak 6.40 dari rumah tapi faham2 je lah kalau dah hari bekerja ni jem memanjang pulak....Bila tiba pun dah lebih 8.30 masaalah pulak nk cari parking.Last2 aku turun sendirian ,biarkan suami berlegar2 .Tiba kat bahagian O&G pun tak lama nama dah kena panggil.Tempat pertama kena pergi ke bilek 7 untuk diambil darah....legaaaa sebab dah boleh makan yang sebelum itu kena puasa sejak 12'malam.Kena hantar sendiri darah dan urine ke makmal dan seterusnya kena pergi ke bahagian xray....baru berkesempatan makan sepotong sandwich dan air milo yang suami belikan kat kafe.....itupun seteguk dua sebab panas sangat ,lagipun tekak tak gemar nak minum air manis sekarang ni.Selesai ambil xray pergi pulak check jantung.Pergi semula jumpa doktor O&G sekejap disuruh pula jumpa pakar bius untuk diberi kaunseling.Dan kemudian kembali ke doktor O&G semula ,diberi sedikit penerangan tentang pembedahan sebelum diberi surat arahan untuk masuk wad....begitulah prosedur2 yang kena lalui bila di hospital kerajaan ni.Penat memang penat bukan saja ke sana ke mari tapi perut lapar sebab dah tengahhari...
Resultnya doktor kata HB aku agak menurun walaupun ketika ini aku rasa lebih sehat dan bleeding pun dah tak lagi.Katanya kalau untuk pembedahan sepatutnya lebih dari 10.Yang lain ok je baik jantung atau result xray.
Semalam juga result Azim untuk ke sekolah  TIJB dah keluar.Alhamdulillah...dia diterima masuk.Kesian pulak bila dikenangkan waktu pendaftaran kelak aku dah kat wad.Selama ini urusan pendaftaran anak2 sekolah mahupun ke U pasti aku ada bersama.
Mujor juga Fateha cuti sem sekarang tapi bila dia jaga aku di hospital  kelak bagaimana pula lah dengan urusan sekolah Iman nanti....tentu suami agak kelamkabut dengan hal kerja lagi.Tinggal lah si ayah dengan Iman berdua je kat rumah kelak.Iqa hanya dapat balik cuti 6 hb kelak juga abangnya masih lagi pratikal di Ipoh sehingga tahun baru cina.
Hah...aku terlalu memikir kan mereka....padahal mereka lagi memikirkan aku.Tapi  naluri hati ibu dan isteri memang tak dapat lari dari memikirkan  anak2 dan suami walau meninggalkan mereka beberapa hari cuma.Moga dipermudahkan....

12 comments:

  1. Assalamualaikum kak,
    Semoga dipermudahkan semua urusan Insya-Allah. Harap2 akak dapat bersabar dengan ujian ini. Pastinya ada hikmah kebaikan yang mungkin tidak kita ketahui.

    ReplyDelete
  2. Assalamualakum kak..

    Moga segala urusan akak diperudahkan,begitu juga urusan anak2 akak, inshaAllah akan dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Semoga urusan pembedahan akak dipermudahkan Allah..
    Betul tu kak.. hati ibu selalu teringat anak2..
    Bagaimana mereka menguruskan diri ketika kita sakit ini..
    Alhamdulillah Fatihah dah cuti kan kak..
    Ada juga yg menjaganya..
    Iman insyaAllah boleh ayahnya handle..

    ReplyDelete
  4. Begitulah urusan di hospital ke sana-sini bagi memastikan semua berjalan lancar. Doa kakak semoga SI dipermudahkan. Begitu juga anak-anak dan suami dpt menjalankan rutin sepatutnya dgn lancar.

    ReplyDelete
  5. Hmm... actual date operationya bila SI?
    Kat Sultan Ismail ke Sultanah Aminah?

    ReplyDelete
  6. insya Allah akan Allah permudahkan setiap urusan..jaga diri baik2..

    ReplyDelete
  7. Insha Allah kak,, semoga di permudahkan segala urusan,, senang anie baca anak2 akak dah besar2 dan dah boleh berdikari,, take care kak and get will soon,,

    ReplyDelete
  8. Kak Zai doakan segala urusan pembedahan saniah dipermudahkan. Urusan anak2 in syaa Allah suami saniah ada dan dia orang pun dah besar.

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah kak..suami akak ada untuk anak2 nanti..harap2 semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  10. akak takmo fikir banyak sangat...nanti stress...akak cuma perlu yakin yg suami dan anak2 akak bole handle semua perkara time akak kat spital nanti...diorang pon mesti risau tentang akak...dah takmo pikir2 sangat ye...moga segalanya berjalan lancar mengikut jadual...cepat dapatkan rawatan cepat2 sembuh jugak...mesti anak2 akak happy lepas tu....sabo ye kak jangan di pikirin sgt tau

    ReplyDelete
  11. sebak pulak baca luahan akak ni...kuatkan semangat k.

    yan doakan urusan akak sekeluarga dipermudahkan..amin

    ReplyDelete
  12. Tak perlah SI, penat sikit. Hospital kerajaan ke swasta ke, tak penting, yg penting selamat. Lagi untung hospital kerajaan tau sebab costnya tak mahal.
    Saya masa bersalinkan anak ketiga, hb pun tak berapa tinggi, terpaksa bekal darah, nasiblah tak bleeding SI....

    Nama pun ibu, SI, mmg anak anak dan suamilah yg difikirkan. Dah...dah...tak payah fikir sangat....

    ReplyDelete