Total Pageviews

Thursday, 25 February 2016

Jemputlah...

Assalamualaikum
Tumpang seronok bila kawan2 sekolah buat mini reunion 24 Feb lepas .Apa yang lebih mengembirakan dorang buat kat Restoran salah seorang bekas kawan sekolah  dulu.Walaupun tak ramai yang sertai apatah lagi kami yang jauh dan ada yang berkerja  ,namun mereka memeriah kan lagi Restoran yang baru di ubahsuai  ,juga ada jamuan makan free pada hari itu.
Pada kawan2 dan adek2 blogger di area berdekatan ,silalah singgah ke Restoran warung bistro puan Latifah Taman Bukit Cheras....katanya menyediakan masakan kampung....saja nak tolong promosi ...Walaupun aku sendiri belum pernah ke sana.Juga tak pernah bertemu puan latifah ni sejak lebih 30 tahun  cuma sesekali menyapa di FB dan wasap group.Dulu kami satu pekan di kampung yang berlainan ,sekolah rendah dulu kami tak satu sekolah sebab dia sekolah Inggeris sementara aku disekolah kebangsaan biasa je.Masa tu anak orang ada2 je yang sekolah Inggeris,kami yang apa yg ada ni sekolah biasa je.Tapi kantin sekolah kami sama.Sekolah agama pun di sekolah yang sama.Seingat aku lah dah tingkatan 4_5 baru satu sekolah.,sebelum dia ke US lepas SPM.Dulu aku suka lihat wajah nya ,sedap mata memandang.. .Sampai sekarang masih lagi maintain manis nya.
Kini dia pengusaha restoran yang berjaya ....semoga akan terus berjaya.
Pernah di kunjungi JJCM dan penaja sarapan pagi NLKO beberapa bulan lalu.


Wednesday, 24 February 2016

jawapan sebenar.

Assalamualaikum
Terima kasih 'Suri Solehah' yang beri jawapan pada entry 'ingin tahu' tempohari mengenai kelapa muda dan jantung pisang.Sekurang2nya dapat kami ketahui berbagai masakan yang tak pernah terdapat ditempat kami.Baru tahu mumbang kelapa muda tu untuk dicampur dengan gulai ....bagaimana ya rasanya ,tentu sedap kan....Inilah jawapan dari komen nya yang pertama kali singgah ,cukup beri pencerahan ...walaupun ada perkataan yang tak faham.

Tuesday, 23 February 2016

kerana terpaksa ku telan juga

Assalamualaikum
Tika ini dah kembali sendirian ....cuti sem U pun dah abis.Kerja2 rumah kenalah buat juga ,tak de sapa diharap lagi...walau pun suami pesan rehat2 dan jangan renyah2.Tapi aku ni degil....bosan weiii duduk je....buat juga kemas rumah ,sidai kain baju ,mop lantai....terasa sakit baringlah sekejap kat kerusi panjang.Masak?...takde hal Iman balik sekolah cukup telor goreng kicap ...itu yang dia suka.
       Foto: si Toto peneman aku kat rumah ni sedang peratikan aku menyapu.
Makan aku masih lagi berpantang ,suami cukup jaga pemakanan aku walaupun tak pandai nak masak kan....huhuu.Walaupun gamat dan haruan dikatakan berkhasiat untuk luka2 tapi bila baca dari encik google takut juga kesan dan bahaya dari makan benda2 tu .
Tapi bila dah dibeli kan....aku tawakal je ,awal2 tempohari healin gamat oren ,dah pun abis satu botol.Ikan haruan anak sedara dan kawan suami ada beri ....walaupun rasanya tak boleh nak makan tapi oklah juga di bandingkan untuk minum pati haruan....terbeliak2 biji mata melawan mual....huhuuu!.
Ikan haruan budak Iman dengan Azim suka sangat walaupun masak cara orang sakit ,mereka lah tolong perabis...sedap kata dorang.
           Foto: haruan yang dibawa anak sedara dari kampung ,tak berani nk tengok sendiri ,bimbang tutup selera aku terus.Yang kawan suami beri lagi lah besar,kata Iman besar lengan emak.....ada ke patut lengan aku yang dibandingkan!.Jenuh lah juga suami bersihkan.Macam potong lembu dengo nya kat dapur....hehee.
           Foto: lagi beberapa botol kena habiskan....untuk kurang kan mual rendam kat air panas ,aku gunakan straw sambil bersulam air suam....nak abiskan sebotol punya lah seksa....aduhaiii..Kalau air sirap ke bolehlah sekali tongak....!.
Apapun terasa agak sehat sekarang ni tak lah pucat lesi seperti sebelum ni.Aku pun harap agar cepat sehat ....tak perlu nak kena makan lagi benda2 ni..!.

Friday, 19 February 2016

sarapan pau kacang.

Assalamualaikum
Sejak dinihari tadi hujan masih mencurah di luar sana...sejuk mencengkam ke tulang hitam.Anak2 usai solat suboh tarik selimut balik untuk sambung mimpi,apatah lagi hari ini cuti untuk Iman ,jika hari2 biasa waktu2 begini dah pun di sekolah.
Sejak beberapa hari ni teringin pulak nak makan kuih pau ....nak buat sendiri masih lagi belum berapa sehat.Mujur lah suami keluar pagi2,walaupun hujan masih lagi lebat ....dah ada jualan kuih ...ada pau kacang merah dibelinya....panas lagi.Sedapnyaaa macam orang mengidam selera ,seketul sekejap je abis aku makan....banyak pulak yang dibelinya,anak2 ni belum tentu mahunya bab kuih2 kukus ni slow sikit.Tapi bila dah hujan gini pasti nya lapar sentiasa ,apa pun jadi...apatah lagi Azim ada balik semalam.Fateha dengan abangnya tinggal 2 hari je lagi di rumah...lepas ni rumah akan kembali sepi.


Wednesday, 17 February 2016

ingin tahu

Assalamualaikum
Masa cuti CNY kawan wasap group ada pergi Kelantan ada majlis perkahwinan kat rumah mertuanya.Dia ada post gambar masa rewang kat sana ...yang aku tertarik bab kelapa muda ni ...ingin juga nak tau buat apa agaknya, mungkin kah campur dalam gulai?.sebab dia tak gitau pun utk apa ...Yalah lain tempat lain caranya ,kalau kat Johor ni mana lah pernah jumpa benda2 cmni kat kenduri kendara.
Lagi satu jantung pisang seperti ni ,biasa untuk masakan seharian ,tak pernah lagi lihat kat majlis  di Johor ni....tentu pilihan aku jika ada kat kenduri kendara di sini.

Tuesday, 16 February 2016

penjaga kawasan

Assalamualaikum
 Anak sulong aku ambil jurusan doktor veterinar,setiap cuti sem dipenuhi dengan pratikal disana sini.Sebelum CNY dia di Penang dan Ipoh...sekarang ni di JB pula tapi berulang dari rumah walaupun agak jauh.Semalam masa balik rumah dia bawa sangkar,ada sekor kucing kat dalam nya.Kucing biasa je ,kucing kampung...mengiau lah tak berhenti sejak bawa masuk rumah.Dibandingkan kucing2 kat rumah ni susah nak dengar suara.Pernah arwah mak kata kucing2 kat rumah ni pendiam sungguh macam tuan dia....hihii itu suami dengan anak2 lah ,aku ni mak joyah!.
Berbalik pada kucing tadi...anak aku kata nak bela tak?...esok dia nak mengasi(sunat) kucing tu...kucing betina.Aku pun tak tanya dia samada itu kucing terbiar....kesian memang lah kesian tapi kat rumah ni dah ada 3 ekor kucing...tak berani kami nak biarkan ia keluar dari sangkar.Kucing kat rumah ni agak nakal ,tak suka ada kucing2 lain hampir kat rumah,habis di sesah hingga betul2 di balon nya.Baik jantan mahupun yang betina sama je....macam penjaga kawasan kononnya.... Udahnya pagi ni anak aku nak pulangkan semula kat tempat dia pratikal dari ia teraniaya kat rumah ni.

Monday, 15 February 2016

Iman 10 tahun

Assalamualaikum
9 February tempohari genaplah Iman 10 tahun .Sejak beberapa hari sebelum tu asyik lah mengingatkan tarikh 9 hb tu. Biasanya takde lah majlis2 tapi sekadar meraikan sekeluarga dengan masak2 istimewa...tapi tahun ni berbeza ....tukang masak tak upaya!
Foto:Iman sewaktu usia 2 tahun  bersama Azim .8 tahun....raya aidilfitri terakhir bersama atuk.(2008)
.Hanya kek dan aiskrim cukup membahagiakan Iman apatah lagi abang kakak semua ada di rumah...Aku hanya jadi pemerhati je ,nak makan pun tak boleh...huhuuu.
Masa aku buat n3 ni tanya ada sesiapa tak snap gambar kek tempohari tapi masing2 tak tau...dah teruja sangat agaknya nak makan, sampai takde sapa ingat nak amik gambar.
Muhammad Iman Farid dah pun 10 tahun ...moga kehidupan mu akan diberi sinar kebahagiaan ,juga jadi lah anak soleh buat mak ayah ....moga dapat jadi peneman sepi kami hingga bila2.





Thursday, 11 February 2016

kawan sekolah

Assalamualaikum
Alhamdulillah, kini dah beransur sehat .....masih kena berpantang terutama bab2 makan ....walaupun kadangkala kecur juga bila lihat makanan febret depan mata.Nak baik cepat kenalah kuatkan jiwa dan  perasaan.
Duk berehat memanjang kadangkala buatkan aku rimas....sebelum ni mana nak duk diam je.....tanaman ku intai 2/3 kali sehari samada sayuran atau bunga2..kini aku mampu memandang dari jauh je.Mengharap belas suami menjaga dan menyiram .
Mengisi masa senggang aku baca entry kawan2 dan adek2 blogger....walaupun tak berkesempatan menyapa .
.Ku ikuti juga perkembangan kawan2 wasap group terutamanya bekas kawan2 sekolah ...sekadar membaca saja....sesekali je menyampuk.Macam2 cerita sukaduka dapatlah tahu ,tak kurang juga   yang kawen kan anak  masa2'cuti ni. Tumpang banggalah juga seorang dari kawan wasap group sekolah dapat masuk TV dan paper.Sebelum ni kami tak tau pun siapa dia walaupun tau dia kerja kat KPM.Tetap meyapa walau siapa kami....
Bekas classmate aku masa ting.1_3.Dah ting.4_5 tak ingat pulak aku dia kelas mana tapi yang pasti dia ketua pengawas ketika itu.Tau lah juga latar belakang dia sebab kami sekampung ....walaupun memori aku dah semakin kabur mengingati kisah2 silam namun aku masih ingat sangat yang adek dia kerap datang rumah sebab bestfriend adek aku.
Tumpang bangga bukan saja sebagai kawan tapi bangga melihat anak kampung ku yang berjaya walaupun dulu hanya sekolah menengah biasa .

.
                          Foto: dari wasap group.

Thursday, 4 February 2016

aku di hospital 4

Assalamualaikum..
"Kak bangun kak.....bangun kak  " sayup2 terdengar di telinga ku.Beratnya rasa nak buka mata .Rasa nak terus kan je tidur tanpa mimpi itu.....Bila dah sedar mereka ada bertanya sesuatu  tapi aku pun tak ingat sebab masih mamai lagi.... seketika kemudian tak tertahan mengiggil seluruh badan ku walaupun diselimut hingga ke atas bahu ,.....nurse tanya sejuk ke,aku hanya mampu  angguk saja walaupun aku tak pasti sejuk atau sebab lain....Memang sejuk kat sini ....19 celcius kata nurse tadi.Setelah mula stabil terus ditolak keluar untuk dibawa ke wad semula.Walaupun masih mamai sewaktu ditolak keluar terpandang kelibat suami yang sedang menanti....sejuk rasahati terpandang dia...tentu dia risau dalam penantian sebelum itu (baru tahu suami menunggu sejak 10 pagi lagi walaupun sebelum itu tak dapat jumpa).
Alhamdulillah...selamat sudah melalui saat2 getir.Suami menemani sehingga mamai ku benar2 pulih....sebelum balik rumah untuk ambil Fateha untuk menjagaku.Alhamdulillah juga walaupun kebas telah hilang namun sakit pembedahan sekadar rasa seperti senggugut je.Setelah beberapa jam aku pinta suami bangunkan namun tak mampu bertahan kerana masih terasa pening.Sepanjang hari tu aku hanya mampu solat baring saja ,kebetulan arah kiblat arah yang sama dengan katil aku cuma kena beralih sedikit ...bersyukur kerana tak tertinggal satu waktu pun solat ku walaupun dalam kepayahan......Subuh aku sudah mampu solat duduk .....semoga Allah terima solatku.
Foto: saat tak berdaya aku gunakan ini untuk berwuduk
29hb aku rasa dah agak sehat...bila doktor kata boleh balik harini....rasa nak lompat bintang!...Aku rasa takde sapa yang suka tinggal hospital kan kecuali cerita2. P.Ramlee....Masa nak balik nurse sempat kata pada aku senang jaga cik katanya....Sebenarnya bukan baik sangat pun tapi tak sabo balik rumah dah...
 Balik rumah Fateha kena sambung tugas.nurse untuk buat suntikan cair darah 2'kali sehari sehingga hari ke 10.....sakit weii...apatah lagi kena dengan nurse tak bertauliah ni...tapi andai Fateha takde memang tak sanggup aku nak cucuk sendiri.
                             Foto: sebahagian dari peralatan untuk suntikan.
Sekarang keadaan aku Alhamdulilah dah beransur sehat....tapi duk berehat2 tanpa melakukan rutin harian membuatkan aku rasa rimas.Ku ikuti juga entry kawan2 blogger walaupun belum kesempatan menyapa...
Selamat bercuti CNY buat kawan2 dan adek2 blogger.


Wednesday, 3 February 2016

aku di hospital 3

Assalamualaikum
27hb.telah selesai mandi dan sarapan berbual2 lah dengan pesakit hadapan katil ,tanya dia doktor kata pukul berapa nak opret.Kata dia yang diberitau mungkin giliran ke 3 atau ke 4....mungkin tengahhari atau petang.Aku kata pada dia sebagaimana yang diberitau giliran aku katanya yang terakhir. ..agak lah sendiri mungkin petang atau malam.
Awal pagi suami dah bertolak dari rumah untuk menghantar kasut Azim di asrama juga terus ke hospital.Aku tepon dia bagitau tak perlulah cepat kerana giliran aku yang terakhir....masa tu suami dah pun tiba Bandar Putra,bila aku gitau dia pusing balik rumah dulu.
Lebih kurang 8.45 pagi  seorang nurse datang, katanya kena pergi bilek rawatan .Aku fikir saja doktor nak buat checkup lagi.Kemudian aku terpandang tutup kepala untuk opret ada pada tangan dia.Aku tanya untuk apa ni....dia kata untuk opret.....hahhh...bukan ke doktor kata yang last ,kataku....taklah giliran puan no 2 katanya....hisss memang betul kelamkabut jadinya ,nasib gak aku bawak tepon sekali.Sambil dorang sibuk pasang itu ini kat badan aku sempat gak  tepon suami.Tapi memang tak sempat dah untuk sampai sebab suami dah kat rumah.Selesai salin baju dan tutup kepala orang yang akan bawa aku ke dewan bedah pun dah standby......Memang lah terasa sedih biasanya kalau pesakit ke dewan bedah ada waris atau suami mengiringi tapi aku sendiri je....Tapi dah tiba tempat dituju ,...dengan banyak selawat dan zikir aku rasa tenang sangat,tak de pun perasaan gemuruh atau takut.Masa staf2 kat situ tanya no ic dan tandatangan aku boleh hafal lagi juga no ic suami pun laju je aku jawap sampaikan salah sorang dari mereka kata...bagusnya saya pun tak hafal no ic suami.
Lepas tu terus disorong ke bilek bedah ,agak jauh juga melalui beberapa bilek baru lah tiba tempat dituju.Sebelum disorong ke bilik utama berhenti diseketika pada bilik persediaan betul2 depan pintu bilik bedah.Disini diambil tekanan darah dan masukkan epidural ditulang belakang.Agak sakit sikit tapi dek kerana kata2 lembut dorang ....rasa sakit tak terasa sangat.Selesai je terus lah disorong ka dalam bilek bedah.Kali pertama melihat situasi sebenar dalam bilik bedah.....tapi mereka2'yang seragam biru yang duk menunggu dan peralatan yang ada kat bilik tak pulak buat aku gementar.Alhamdulillah aku tetap berasa tenang walaupun badan dah dipenuhi berbagai2 wayar ,sehingga kan sewaktu saat nak masukkan ubat pelali ...sempat aku kata pada  doktor cina yang cantek tu...kejap...kejap ...Sebenarnya aku nak mengucap kalimah syahadah.....Mungkin dia dah lali kerenah pesakit ,ditunggu nya sehingga aku akhiri lafaz barulah di skop ubat pelali...Agaknya tak sampai 5 minit aku dah tak sedar ....pengsan sudah!.
Sambung dulu ya...

aku di hospital 2

Assalamualaikum..
Dalam rehat2 ni berkesempatan juga aku BW entry kawan2 dan adek2 blogger ,rindu nak baca cerita2 kalian ...cuma tak terlarat lagi nak singgah ke ruang komen .
Oklah cerita hari ke 3 aku di hospital, hari yang mendebarkan nak tunggu saat pembedahan.Sehari sebelum itu doktor pakar  telah buat scan dan pemeriksaan terakhir .Dr.Faisol kata perlu jumpa suami untuk beri kaunseling dan tandatangan ,apatah lagi melibatkan rahim....bla...bla....aku ok je,janji pulih dan normal seperti sediakala.
Malam tu 2 pagi dah perlu puasa tapi bila aku sedar jam baru 1.40 ,aku bangun dan ambil 2 keping biskut Jacob, makan gitu saja sambil minum air mineral 2 -3 teguk.Lepas tu sambung tidur semula tapi biasalah kalau dah duk hospital ni asyik lah kena kejut untuk ambil tekanan darah.Tapi apa yang aku tak suka perlu telan air garam dan potassium chloride yang rasanya ntah apa2 tu....siap aku tanya nurse kata puasa ...potasium akak tak cukup lagi kata dorang.Air garam yang duk bergantung masuk kat tangan pun tak cukup lagi?.....aduhaiii...redha je lah .Sebenarnya kadar potasium normal 3.5 hingga 5.0 tapi potasium aku cuma 2.5 sehingga masa opret pun cuma mampu setakat 3.0 je dan turun semula 2.8  masa hari balik tu...apa lagi bila suami bawa pisang aku bedal banyak2 sampai balik rumah ni.hari2 bedal pisang lagi untuk tambah potasium ....dah macam monyet pulak rasanya...hahaaa.Kalau nak tau lebih pasal potasium ni boleh lah jumpa encik Google sebab aku sendiri pun sebelum ni tak faham dan tak pernah ambil tahu pun pasal ni.
Bila dah ada masaalah gini,darah asyik kena sedut setiap beberapa jam sehinggakan doktor2  yang buat kerja ni dah tak tau nak cucuk kat mana lagi.Ada sekali tu sorang doktor muda mungkin pelatih agaknya...tengok rupa macam baya2 anak je, sampai 5 _ 6 kali cucuk takdapat juga jumpa salur darah yang sepatutnya....terasa bersalah pada aku berkali2 minta maaf ...kesian puan mesti sakit katanya, aku kata takpelah dah kerja awak...kalau kata sakit memang lah sakit .Akhirnya dapat ambil darah kat urat berdekatan nadi.... sakittt.
Ok kita sambung entry seterusnya ya...