Total Pageviews

Thursday 10 November 2016

Tragedi duka 3

Assalamualaikum
Masa suami dimasukkan ke wad keadaannya dah agak stabil.Kebetulan dah masa melawat ,anak2 pun dah datang juga beberapa orang adek beradek suami juga ada.Olehkerana agak ramai yang bertumpu di katil suami, nurse suruh masuk bergilir2. Aku mengambil peluang tu untuk pergi mandi dan solat zuhor ,dan suruh Fateha yang jaga ayahnya dulu. Sebenarnya aku masih lagi pakai baju sejuk malam tu ,masa pergi hospital dah tak sempat nak tukar baju....kepanasan aku dibuatnya tengahhari tu.
Iman  pula masih bawah umor tak boleh masuk untuk lihat ayah nya...kesian juga lihatnya di tempat menunggu.
Selesai mandi dan solat aku bergegas ke wad. Bila tiba lihat Fateha sedang cuba menenangkan ayahnya yang resah dan serba tak kena dengan peluh membasahi baju.Ketika itu masa melawat dah habis ,itupun Fateha keluar agak lewat .Bila nampak suami agak lega aku  cuba untuk makan bubur McD yang adek ipar belikan.Baru sesuap  keadaan suami mencemaskan....tak jadi aku makan.Suami  dah tak dapat bernafas dengan selesa walaupun dengan bantuan oksigen.Berpeluh2 ...Butang baju hospital yang dipakainya di buka .ketika itu aku takut sebenarnya ,ajak dia mengucap dan berzikir sentiasa....sambil mengelap peluh di dahinya.Dengan tercungap2 dia kata "dah pecah agaknya kat dalam" .Aku blur seketika apa yang dikatakan tu....
Melihat keadaan suami aku terus bagitau nurse yang bertugas di kuanter.Tak lama kemudian doktor datang dan buat rawatan kecemasan.Bp suami terlalu tinggi ketika itu padahal dia tak pernah ada masalah tu sebelum ni.Doktor kata air dah masuk dalam paru2 nya.Doktor cuba bagi ubat untuk turunkan tekanan darah.Tuboh suami dah berselirat dengan berbagai wayar.Suami dah tak dibenarkan minum air lagi.
Aku tak dapat bayangkan perasaan ketika itu...Allah saja Maha Mengetahui.Doktor bagitahu dia hanya dapat stabilkan sementara je kerana Hospital Kulai takde pakar ....perlu dihantar ke HSA petang tu juga.
Lama juga lah agak stabil walaupun darah masih keluar lagi bila dia batuk.Aku bagitau dia nak baca yasin untuk dia rasa lebih tenang dan mungkin dapat tidur.
.Bagi tau juga suami ketika itu dah zuhor dan tak lama lagi asar,cubalah solat seupaya boleh ,dalam keadaan darurat insyaallah Allah akan terima keupayaan hambaNya.
Dipendekkan cerita setelah dapat telefon dari HSA ,petang tu lebihkurang pukul 5+++petang suami pun dibawa ke HSA JB dengan ambulan.Tidak seperti satu ketika dulu sorang waris pesakit boleh ikut naik ambulan sebaliknya kami kena naik kereta sendiri .Sebelum tu Iman yang tak lagi jumpa ayahnya aku suruh salam dan cium  Sebelum ayahnya naik ke ambulan... Sayu melihat babak itu ,dah seperti dalam drama jadinya.Bimbang tak dapat jumpa bila ayah nya dah berada di HSA  kelak.Arif bawa kereta dia jadinya berhimpit lah kami 5 beranak....tak terkejar ambulan yang laju .Dalam perjalanan ke JB aku wasap Iqa suruh  balik malam tu juga walaupun baru sehari dia balik ke UM.Sepanjang perjalanan hanya mampu berdoa dan berdoa agar suami akan terus bertahan.
Mengenai pertanyaan Atie dan Hainomokje tentang darah yang keluar tu.....betul lah agaknya tindakbalas dari ubat yang diberi kan tu ,mungkin mencairkan darah yang tersumbat tu.
Ok.kita sambung episod di HSA pulak  di entry seterusnya ya.



8 comments:

  1. Memang dugaan yang berat kak. Mana mungkin selera untuk makan kan..

    ReplyDelete
  2. Allah kak.. mmg betul takde selera tapi jamahlah sedikit untuk bagi tenaga kak.. ambik yg boleh bagi tenaga lama macam minum nestum atau oat ke..

    ReplyDelete
  3. Dah tua2 ni sensitif acik ni..sedih sangat baca cerita saniah..apa la yang dapat dibantu dok jauh ni hanya kiriman doa untuk saniah dan kesembuhan suami saniah

    ReplyDelete
  4. Ya Allah! Boleh bayangkan betapa risaunya dan berdebarnya akak ketika menghadapi keadaan ni. Tak tentu arah dibuatnya. Kalau dah begini, tak kuat pun terpaksa juga kuatkan semangat diri.

    ReplyDelete
  5. adoii kak...mau tak suspen.. aikk.. keluarga sorang tak boleh ikut naik ambulan dah ker kak? dulu2 boleh kan... lagi tambah susah hati kita bila tak tgk depan mata.. dahlah jauh jg nak ke HSA tu ye....

    ReplyDelete
  6. Saya yg baca ni pun terasa cemasnya SI....Apatah lagi orang yg menghadap tu. Aduhhhh. Kecut perut dibuatnya.
    Macam tu rupanya orang kena serangan jantung ye SI....

    ReplyDelete
  7. Allahu..
    Sebak saya baca entri ni kak..
    Tabah sungguh akak anak beranak..
    Semoga diberikan kesembuhan yg segra..

    ReplyDelete
  8. Semoga pengalaman ini menjadikan akak seorang isteri & ibu yang lebih kuat..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete