Total Pageviews

Friday, 14 March 2014

Penghilang dahaga

ASSALAMMUALAIKUM
 
      Untuk anak ku yang tidak gemarkan sayuran.....jus carrot yang dicampur susu.Buat penyejuk tekak dicuaca panas .....baik juga untuk kesihatan mata.



Thursday, 13 March 2014

kacang bendi ku

Assalammualaikum,
      Walau cuaca panas dan kering pokok bendi ni cuba pertahankan hayatnya....tak henti2 ia mengeluarkan buah walaupun cuma setangkai dua.Dapatlah ku tambah2 pada masakan asam pedas atau masakan kari.Dijamin segar dan bersih dari racun perosak .....



Wednesday, 12 March 2014

pucuk bebuas

ASSALAMMUALAIKUM
    Sejak arwah emak meninggal lebih setahun yang lalu belum pernah lagi aku memetik pucuk bebuas (buas buas /pucuk sengkil) .Tapi pokok nya tak pernah dapat hidup merimbun bila sang suami ni suka sangat cantas bila agak besar sikit..Walau bagaimana pun semakin dicantas semakin cantik pucuk2 muda tumbuh ,sesuai untuk dipetik.Pucuk bebuas ni bukan semua orang boleh makan kerana rasanya agak pelik bagi yang tak gemar ulam2an ni.Apa pun ia amat berkhasiat untuk menambah selera makan ,menambah pengaliran susu bagi ibu2 yang menyusukan anak.Juga boleh membuang angin dalam badan.
   Bagi aku sudah terbiasa dengan pucuk2 kayu ni sejak dari kecil lagi.Yalah dulu kami hidup susah apa yang ada di hidangkan itulah yang kami makan untuk lauk.Dulu arwah emak selalu buat kerabu pucuk bebuas ni.Pucuk bebuas ni tak perlu di celur,cuma dihiris nipis2 dan diramas2 kemudian ditapis air nya.Kemudian di gaulkan dengan kelapa parut yang sudah disangai dengan bumbu2 yang biasa buat kerabu.
    Pucuk bebuas sedap juga dicampurkan pada asam pedas ikan atau masak lemak ,juga boleh dicelur dan dicicah dengan sambal asam cili padi .Tapi aku lebih suka pucuk bebuas celur cicah dengan sambal tumis ikan bilis.Walaupun sekarang ni musim panas dan kering pokok bebuas ni tak terjejas.Aku ambil setangkai 2 buat celur dan makan sendiri bila sang suami tak berminat dengan bau nya yang agak pelik.





Tuesday, 11 March 2014

pekasam lagi

Assalammualaikum
     Buat kesekian kali buat pekasam ikan gelama ,bila Iman asyik bertanya bila nak buat lagi ikan pekasam lauk yang amat2 disukainya .Sememangnya agak lama juga tak buat ,yalah bila malas menguasai diri......Apatah lagi payah bebeno nak cari ikan yang sesuai.Lain lah kalau ada bendang sendiri ,boleh cari ikan kat sawah je.....(jangan kan ada ,pijak sawah pun tak pernah lagi dlm usia setua ni.).Pakai ikan gelama lagi lah jawapnya, itu pun payah beno nak jumpa ikan gelama di pasar.Kalau ada pun dah tak segar.
   Kali pertama anak2 ku makan  ikan pekasam bila sepupu aku yang pergi  rumah saudara di Sabak Bernam  beri ....sejak tu lah mereka dah tergoda.Nak beli ikan pekasam  di Johor ni mana lah popular sangat ,susah juga nak jumpa orang jual.Nak makan puas kenalah belajar buat sendiri....boleh buat banyak dan makan bila2 teringin.Tapi anak2 aku sentiasa aje teringin bila mereka nampak ikan pekasam terutama  si Iman .Tak kan dijamah dia ayam goreng yang terhidang depan mata....
    Hari ini baru buat perkasam ,sempatlah anak2 balik cuti nanti merasa.Itu pun Iman dah tanya dah boleh goreng tak....Teringat masa kecil dulu bila arwah emak buat jeruk apa2 buah  sebelah pagi,petang dah kami makan,arwah emak kata jeruk monyet.....mana tak nya tak menyempat2.


               Ini lah rupanya pekasam yang baru dibuat (buat gelak orang utara je tengok)

Saturday, 8 March 2014

Bila rindu......

ASSALAMMUALAIKUM
     Bila rindu bertandang pada arwah emak aku kunjungi pusara nya pada awal pagi Jumaat semalam .Mudah bagi aku kerana arwah emak disemadikan di tempat tinggal aku kerana hingga akhir hayatnya dia tinggal bersama kami.Dibandingkan pusara arwah bapa yang lama kami tak kunjungi di kampung.Hanya ku sisipkan doa buat keduanya......


Bila rindu bertandang pada anak2 kami melawat mereka di asrama.Mendengar perkembangan pelajaran dan masaalah2 mereka di asrama ..Bawa sedikit bekalan untuk dimakan bersama.....
     

                sempat pula Iman buat aksi

Sunday, 2 March 2014

AIS KRIM MALAYSIA

Assalammualaikum,
        Buat santapan di cuaca panas.....ais krim malaysia perisa durian belanda .




Saturday, 1 March 2014

Bila anugerah semakin kabur

ASSALAMMUALAIKUM
             Azim mula bercermin mata sejak tahun 3 lagi...walaupun sejak tadika lagi dah mula rabun tapi kami tak pasti ,ingatkan dia main2 maklumlah anak2 kecil...Kini dia sudah tingkatan 2 .Kata dia mata sebelah kanan sudah agak kabur dan perlukan cermin mata baru..Oleh kerana dia tinggal di asrama kami ambil dia untuk outing  seterusnya ke kedai cermin mata.Malangnya dia tak dapat buat cermin mata baru kerana power nya terlalu tinggi .Kena jumpa pakar mata dulu.Malangnya bila kami pusing klinik pakar mata pula tak buka.Terpaksa hantar semula dia pulang ke asrama.Hati seorang ibu tentu nya sedih dan risau dengan masa depan dia yang masih panjang.Ingin saja aku berikan mata tua ku ini sebagai pengganti....