Total Pageviews

Monday, 15 September 2014

sedaplah.....

ASSALAMMUALAIKUM
    6hb sept, lepas kami hadiri jemputan sepupu suami yang buat majlis perkahwinan anak ke 2 di Felda Bukit Apeng .Pergi sekejap je sebab si Fateha masih lagi sibuk lagi nak belibelah utk dibawa balik ke U esoknya.Cadangnya nak shoping di bandar kota tinggi je...tapi bila masa nak balik payah bebeno si ayah nak  berhenti berbual dengan sepupu2 dan saudara mara dia.Jenuh juga lah kami tunggu di tempat kereta di cuaca yang panas membahang....nak kembali semula ke rumah pengantin malu lah pula dah bersalam2an bagai.lagipun  biasalah rumah felda ni ada atas dan bawah bukit....tak larat dah nak turun naik...sakit lutut oiii.Sudahnya Iman lah jadi utusan...
                       Iman berminat sangat dengan kek oren....sedap katanya sambil menjamu selera sorang2 .

Dalam perjalanan balik ,Fateha kata " sedaplah makanan di rumah pengantin tadi."Apa yang aku tahu makanan biasa seperti dimajlis2 pengantin lain..Iman menyampuk katanya" masa Iman cari ayah kat belakang Iman nampak kayu dibakar bawah periuk".Terfikir aku mungkin sebab itulah sedap sebab mereka masak2 guna kan kayu api.Dah lama tak jumpa orang masak gunakan kayu api untuk majlis2 di zaman serba  mudah ni.....

Sunday, 14 September 2014

rombongan cik kiah....

ASSALAMMUALIKUM
 setiap tahun kawan aku ni mempelawa ikuti rombongan yang dianjurkan keluarganya.Kali ini rombongan cik kiah (bukan nama sebenar) ni ke Langkawi pula.....Jumaat lepas dah pun bertolak.Ramai lah juga yang ikut serta ,ada yang pergi sendiri dan ada yang sekeluarga....almaklumlah cuti sekolah ,boleh melancong dan belibelah kat sana.
Aku memang tak berminat rombongan seperti ini .Sejak zaman belum lagi dikurniakan cahayamata ,syarikat tempat aku kerja membawa pekerja2 nya cuti2 malaysia... percuma lagi ,pun aku tak sertai .Bagi aku apa lah ertinya jika suami tiada bersama.......tiada yang nak kongsi keseronokan Nak harap kan suami sertai sekali jangan mimpi.... lebih selesa bercuti dengan kenderaan sendiri bersama anak2.tapi sekarang ni anak2 dah besar ,cuti mereka pun dah tak sama....macam tak best je kalau ada yang tak pergi sama....

Friday, 12 September 2014

mawi raikan murid tahun 6

ASSALAMMUALAIKUM

Bersimpati dengan anak2 yang ambil Upsr juga pada ibubapa dan guru2 juga ...sepatutnya disaat ini mereka sudah boleh menarik nafas lega setelah bertungkus lumus belajar.Tapi tak mengapalah mungkin ada hikmah semua yang berlaku ni...mungkin boleh lebih memperbaiki kelemahan2 pada jawapan2 yang lepas.
Sehari sebelum Upsr tempohari Mawi ada berkunjung ke sekolah Iman untuk beri semangat pada budak2 yang nak ambil periksa apatah lagi salah seorang nya anak saudara dia.Seronok budak2 dan guru2 lihat dia sudi berkunjung....Iman yang sekolah sesi petang tak jumpa pun...melihat saja dari jauh kawan2 berkerumun  al maklum lah artis datang sekolah....

Wednesday, 10 September 2014

Alahai bling2 lah pulak.....

ASSALAMMUALAIKUM
Istimewanya jadi anak Johor ni ada bila sudah habis belajar sekolah agama sehingga darjah enam,ada darjah Khas pula yang diadakan seminggu sekali biasanya pagi Sabtu.Alhamdulilah .......Azim pun sudah tamat kan darjah khas nya tahun lepas dengan keputusan peperiksaan yang agak cemerlang.Diperingkat sekolah sudah pun diadakan majlis konvo beberapa bulan yang lepas.
                           hadiah diperingkat sekolah
kali ini akan diadakan diperingkat daerah pula .Sekolah Azim diwakili 38 orang .,termasuk Azim.Olehkerana majlis akan diadakan 18 hb sept ni pihak sekolah mengadakan taklimat dan diminta mengambil jubah yang akan digunakan untuk majlis itu.Azim masih di asrama terpaksa aku yang pergi ke sekolah....
Terkejut aku melihat jubah yang akan digunakan ....cantek sangat ,berbunga2 dan bling2 lagi tapi pada pandangan aku tak sesuai lah budak lelaki pakai rupa gitu.Bila bawa balik si ayah pun menegur "macam baju mak Gayah je" hish....kalau lah Azim dengar....Aku pun tak tau apa reaksi Azim bila melihat jubah yang dia kena pakai tu.Sejak kecil Azim agak cerewet bab2 pakaian ....sanggup merajuk berjam2 jika dia tak suka ....tapi kali ini dia kena redha sebab kawan2 dia pun kena pakai jubah yang serupa ...cuma beza warna yang cerah bagi perempuan...jangan dia tak nak pergi majlis tu sudahlah....

                     inilah rupa bunga2 kat jubah tu...

Monday, 8 September 2014

kembali ke destinasi ilmu.....

Assalammualaikum

cuti sem dah pun berakhir ,setelah hampir 3 bulan menghabiskan masa di rumah sendiri
.Penat melihat mereka berkemas ada saja yang kurang....barang2 makanan dan mandian semua dibawa dari rumah... kata mereka malas nak keluar....ialah tu .... walaupun hanya berdua tapi barangan dibawa penuh bonet dan tempat duduk kereta....padahal banyak juga barang yang tinggal di kolej...
rasanya baru semalam menghantar mereka mendaftar ,kini dah pun jadi kakak dan abang senior... tinggal berbaki lagi 3 tahun yang mencabar untuk mereka dan emakayah nya juga....



moga tabah dan tekun menimba ilmu ...untuk si abang jangan asyik mengacau awek2 junior ......taulah majoritinya perempuan......Fateha,.belajar sungguh2 dan yakin boleh...

Friday, 5 September 2014

cili ....cili


Assalammualaikum
sambal cili ....itulah yang anak2 mahu setiap hari  ,.sementara mereka masih cuti ikut je kehendak mereka.....dah duk kat universiti bercuti lah merasa air tangan aku....
mujorlah ada tanam cili sendiri ,kalau membeli harus berkilo2 utk kegunaan setiap hari ,nak goreng nasi,goreng mee semua nak kan cili padi ...baru ada kick kata mereka...si Iman tak pandanglah ....
dah petik cili setiap hari dari pokok2 berlainan ,macam2 rupa lah yang ada ketumbuhan seperti dalam gambar tu pun selalu jumpa....
masa anak2 masih di sekolah rendah ,aku agak tegas dan nak kan semua anak2 jadi yang terbaik di sekolah sehingga diingatkan arwah mertua setandan kelapa tu bukan semua buahnya elok,kadang2 ada yang komeng.....macam cili ni juga .

Monday, 1 September 2014

TIDURLAH BABY...

Assalammualaikum
Bangun sebelum 5.30 pagi walaupun bukan hari persekolahan atau hari2 cuti seperti sambutan kemerdekaan seperti semalam....".bangun semua...." katanya "solat suboh" ...padahal azan belum lagi berkumandang di masjid.Riuh mulutnya dikala masing2 masih dibaluti selimut.Suboh2 lagi dah ajak aku melayan dia bercakap, "ustazah kata kalau kita malas bangun solat suboh,syaitan suka.....dia tepuk2 kita, sambil kata TIDURLAH BABY" kata dia dengan bersahaja dan takde niat pun nak kenakan sesiapa."yalah ...yalah ....orang bangunlah ni"....sikakak menyahut dari dalam bilek...terasa diri seperti disindir.....begitu berkesan motivasi Iman suboh2 itu.