Assalamualaikum
Ini cerita dua hari sebelum AidilAdha.Stok barang basah kat aisbox pun dah hampir licin.Cadang esoknya baru nak berbelanja.Anak2 semua dah balik cuti.Bila lihat masih ada daging burger dalam aisbox....tiba2 teringat resepi daging burger masak kari seperti yang aku lihat dalam Facebook baru2 ni.
Seperti masak kari ayam atau daging juga caranya cuma yang membezakan hanya gunakan daging burger saja.Tapi aku masak ikut resepi sendiri ...ikut selera sendiri.
Resepi kari daging burger
4 -5 keping daging burger (potong ikut suka)
Rempah kari( aku lebih suka gunakan rempah kari ikan Faiza)
Bawang merah
Bawang putih
Halia.
Serai
Kentang
Lobak merah
Tomato
Daun kunyit
Caranya
Bawang merah,bawang putih dan halia ditumbuk.Panaskan minyak masukkan serai yang dah dititik dan bahan2 yang ditumbuk. ..kacau hingga naik bau.Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes.Tumis hingga naik minyak....kemudian masukkan air secukup nya dan sehelai daun kunyit...(kenapa daun kunyit???....sebab suka rasanya bila pertama kali makan kari ayam di rumah jiran).Masukkan daging burger dan kentang .Masukkan juga lobak merah ....dan akhir sekali tomato yang dibelah 4.Bubuh garam secukup rasa....selesai.
Alhamdulillah semua anak2 suka.Iman berulang2 makan nasi.Seperti biasa kat rumah ni kalau masak kari jarang guna kan santan,sebab ramai yang kurang suka terutama Iman.
Kari daging burger ni hanya budak2 je yang makan.Aku sekadar makan kuah dan sayurannya je....memang sedap.Boleh je makan dengan nasi atau roti.
Total Pageviews
Tuesday, 5 September 2017
Monday, 21 August 2017
Periuk kecil
Assalamualaikum
Minggu lepas kembali bertiga di rumah.Iqa yang masih cuti ikut Fateha ke Simpang Renggam.
Dah bertiga masak pun semua serba sikit .Adakala seperti syok sendiri masak ,last2 sendiri yang makan.Iman pun seharian berada di sekolah .Balik tengahari sekejap je dah kena pergi sekolah agama hingga 6.30 petang kerana ada kelas tambahan.Si ayah pun biasanya balik dalam pukul 5_6 petang.
Dah masak serba sikit ni ,lebih selesa masak dalam periuk kecil untuk masak sayur atau gulai.Kadang tengok periuk tu macam main masak2 je...comel sangat.
.Sebenarnya kakak yang beri periuk2 ni sebab banyak tersimpan walaupun dah beri juga pada anak menantu nya.Kakak ni suka membeli barang online juga wow shop.Banyak barang keperluan rumah dia beli.Bab periuk ni kakak kata dia tengok catalog macam besar je periuk2 nya...sekali dapat kecil je., hanya ukuran 6 inci je setiap satu...harganya setiap satu 75 RM ....kiranya kakak ni 'tipah tertipu' ...Tapi yang untungnya kami2 lah ,dapat periuk free.

Foto: sesuai sangat masak seekor ikan kerisi ___asam pedas (lauk hari Jumaat lepas)
Foto: beberapa ketul ayam masak kari(juga hari yang sama).Tuesday, 15 August 2017
Selamat hari lahir
Assalamualaikum
Harini besday boy sedang trial SPM...moga dapat jawab dengan tenang.
Lepas maghrib semalam dia ada telefon....sambil cerita pasal exam dia sempat bertanya sekadar menduga."esok hari apa ya?"....Kalau dah kata mak2 ni masa kan lupa tarikh saat bertarung nyawa melahirkan anak2.
17 tahun sudah Azim harini 15 Ogos.Sedih sebenarnya bila tiba tarikh lahir Azim tahun ni bermakna sepupu dia Mohammad Al Mizal yang meninggal accident tahun lepas sepatutnya juga hari lahir 3 hari lagi yang ke 17 juga...kami semua merindui nya....semoga arwah sentiasa dirahmati.
Besday sekadar bertambah nya usia ....dah tinggal di asrama
takde apa2 yang dapat diberi,Tunggu lah cuti sekolah nanti ,kan ada cuti hari merdeka dan raya haji ...adek beradek pun ada semua.
Apapun mak doakan Azim akan berjaya di dunia dan akhirat.Berusahalah untuk SPM yang bakal tiba dan trial yang sedang hadapi sekarang ni.
SELAMAT HARI LAHIR MOHAMMAD AZIM IKMAL...

Foto:Azim ketika usia 4tahun bersama Iqa.
Friday, 11 August 2017
Rezeki masing2.
Assalamualaikum
Bukan nak riak tapi sekadar nak mengabadikan cerita2 indah perjalanan hidup anak2 di blog suram ini untuk tatapan dikemudian hari.
Result final exam Fateha baru saja keluar....Alhamdulillah dapat Dekan lagi buat kali ke 3.
Result Iqa sederhana saja ,terdetik rasa kecewa dihati tak dapat bersaing dengan Fateha.Aku pujuk dia agar tak rasa tertekan kerana ada masa lagi beberapa sem untuk terus mencuba.Aku tahu sikap Iqa sejak zaman sekolah dia tak pernah merasa berada dibelakang tentu nya hati agak kecewa bila tengok resultnya sendiri.Tapi sebenarnya pada kami ok je masih lagi 3++.
Cakap dengan Iqa abang dia walaupun result biasa2 je tak pernah Dekan pun tapi senang aje dapat kerja.Belum pun final exam dah dapat temuduga yang pertama dan terus diterima .
Pada setengah orang belajar bukan untuk bekerjaya aje tapi bagi anak2 perlu jika mereka mahukan kehidupan yang lebih baik.Kami ibubapa mereka bukan orang ada2 sekadar secukup nya je.
Sekarang ni dapat Dekan bukan jalan pintas untuk dapat kerja .Fateha masih berusaha untuk cari peluang2 pekerjaan .Ada juga dah ditawarkan kerja tapi masa temuduga jawatan lain tapi yang ditawarkan jawatan lain .Terpaksalah ditolak....bukan nak memilih tapi dengan gaji agak rendah tak berbaloi berulangalik dari rumah.
Buat masa ni dia dengan kawan nya buat part time menjadi tutor di salah sebuah pusat tuisyen di Simpang Renggam.
Fateha sebelum ni tak minat nak jadi guru tapi bila dah mengajar di sini seronok pulak dia .Apatah jumpa berbagai perangai budak2 yang belajar.Kata dia kalau tak dapat juga kerja tetap dia nak terus kan menjadi tutor di situ.Lagipun kalau mengajar sepenuh masa pendapatan lumayan juga.Mengajar pun tak stress seperti guru di sekolah.

Foto: hari pertama menjadi tutor.....mengajar budak cina down sindrom berumor 11 tahun.
Terpulanglah pada mereka....Rezeki ada dimana2 jika berusaha.Tuesday, 8 August 2017
Mandai kulit nangka
Assalamualaikum
Gambar ni sebenarnya dah lama tersimpan dalam draf ...adalah sebulan agaknya. Tapi nak juga post sebab bukan selalu buat pun ...setahun payah sekali.Kami bukan pengemar buah nangka ,kalau ada yang beri berhari2 lah tersimpan dalam aisbox.Kadang kalau dah agak lama buang lah jawapnya..
Bulan lepas jiran ada beri sepotong besar nangka yang masak ranum.Memang cantek isinya dan rasanya pun agak manis....mungkin nangka madu agaknya.Aku yang teruja tu bukan isi nangka tu tapi nak ambil jeraminya untuk buat 'mandai'. Buah nya aku dah asingkan dan buangkan bijinya sekali ,simpan dalam aisbox.Anak2 masa tu semua nya ada ,dalam kata tak suka pun abis juga dimakan.
Untuk buat mandai ni buang kan kulit hijau nangka atau chempedak yang mengerutu tu kemudian potonglah kecil2.Rendamkan dalam air panas biarkan lembut..Toskan kemudian taruk garam seperti buat jeruk.Simpan ditempat bekas kedap udara.Biarkan beberapa hari dah boleh digoreng..Ini cara aku lah seperti yang diberitahu orang tua2 dulu.Mandai ni orang banjar je ( aku ni kata je anak banjar ,tapi sebelum2 ni tak pandai pun )yang pandai buat sebenarnya tapi sekarang ramai yang dah boleh membuat nya.Tak lah membazir kulit nangka dan cempedak dibuang begitu saja.Menjadi juadah yang enak untuk hidangan apatah lagi dengan nasi panas.Sedappp....tak percaya cubalah.
Cara masaknya senang saja seperti juga goreng ikan pekasam..Hiriskan bawang putih,bawang merah,cili merah/ cili padi dan ikan bilis.Tumis bahan2 tu kemudian masukkan mandai ...tumis lagi sehingga agak2 garing.Tak perlulah tambah garam kerana mandai dah masin.
Mandai yang dijeruk tu kalau agak2 masin sangat basuh lah sikit baru digoreng kalau tak mau tekanan darah mencanak naik.
Masa zaman kerja dulu ada sorang kakak tu bawa bekal sambal sardin yang dicampur mandai....ermm aku sendiri tak pernah rasa.Tapi memang rare kan ....kata budak2 sekarang.
Apapun bukan selalu makan mandai ,kalau ada cempedak /nangka ,kalau teringin nak makan merajinkan diri untuk membuat.....untuk anak tekak sendiri .Suami memang tak lah...isteri nya je kalau boleh kayu dengan batu pun nak dilahap....hihii.

Friday, 4 August 2017
Rezeki durian...
Assalamualaikum
Agak2 kalau beli ni berapa RM ya ...Dengar2 di luar sana harga sekilo pun dah cicah RM 18 sekilo.Dan lagi masa ada pesta buah2 tempatan di Angsana JB ramai yang tak puashati kerana harga lebih mahal dari yang di jual di tepi jalan .Apatah lagi buah yang dibeli banyak yang tak elok isinya.
Tapi kami yang tak teruja bab durian ni,murah pulak rezeki.Semalam kakak kirimkan 4 biji durian ni untuk kami .Dari hasil pokok sendiri....
Aku buka kulitnya satu persatu....Alhamdulillah semua molek isinya.Sambil2 tu makan lah seulas ...ermm rasanya manis dan lemak.Memang sedap sangat tapi tak berani nak makan lebih2....kena hati2 dengan kesehatan diri.
Iqa dan Iman pun tak teruja ,hanya makan sorang seulas....Iman lagi lah seulas tu pun tak habis.Ayah nya langsung tak menjamah.Akhirnya aku simpan dalam bekas dan simpan dalam aisbox.Kalau satu dua hari ni tak luak juga kenalah frozen kan.Boleh lah simpan lama ,bila teringin boleh makan atau buat serawa dan bubur.Tapi kalau Azim balik rasanya sekejap je licin....

Thursday, 3 August 2017
Mimpi ke???
Assalamualaikum
Anak sulong yang baru saja bekerja dapat kemudahan tempat tinggal dari majikan nya.Pada mulanya majikan sewakan rumah di daerah Jasin.Tiga hari kemudian disuroh pindah pula di daerah Alor Gajah kerana dekat dengan tempat kerja.Rumah kali ni majikan punya.Kedua2 taman perumahan ni baru lagi....tapi yang di Alor Gajah ni lagiii lah baru .Dalam barisan2 rumah tu hanya ada beberapa penghuni je.Kemudahan angkut sampah dan pengawal keselamatan pun xde lagi.
Petang Sabtu tu dia balik rumah dan bawa kami untuk mengambil kereta viva yang di bawanya kerana majikan dah sedia kan kereta untuk dia.Malam dah kami tiba di rumahnya tapi perlu mop lantai yang berhabuk ...maklumlah sebelum tu takde penghuni dan rumah masih baru.Jiran2 memang tak delah ...sebaris tu hanya dua buah rumah aje yang terang termasuk rumah anak sulong.
Malam tu kami tidur dengan tempat tidur alakadar je ,anak baru nak belajar hidup sendiri mana lah ada barang .Bawa tv kecil dari rumah pun susah nak dapat siaran ,jadi kami tidur cepat....sebab kepenatan pun ya.Tapi biasa lah mata aku ni kalau dah pindah tempat tidur sukarnya nak lelap walaupun sengaja pejam kan mata.Melihat si ayah dan Iman berdengkur....jelousnya.Dah sorang2 berjaga tengah malam naik seram juga.Aku baca segala ayat2 dan buka alunan ayat krusi.Tak dapat tidur juga aku lari ke bilek yang Fateha tidur ...terasa sejuk di situ ...mudah pulak nak lelap.
Petang tu dalam perjalanan balik masa dalam kereta si ayah bercerita tentang rumah tu. Kata dia dalam rumah tu ada 2 orang budak perempuan .Dia ada datang pada encik suami dan bersalam tapi hanya sorang .Katanya adeknya ada dalam bilek....nampak seperti orang baik senyum je.....terjerit2 Iqa ketakutan dengar cerita ayahnya.Yang si ayah ni macam betul je cerita ke dia mimpi je....ntah lah .Fateha yang dengar sama relax je walaupun dia dengan aku yang tidur dalam bilek tu.
Fateha ni dah biasa alami situasi seperti tu sebab tu dia tak kisah.Masa akhir sem tempohari pun dia cerita ada sesorang yang berpakaian hitam mencangkung kat hujung katil nya sambil tersenyum.Tak tahu samada dia mimpi atau realiti tapi bila dia kelipkan mata benda tu hilang.Ini pun dia cerita dah sebulan duduk rumah baru ingat.
Apapun semoga anak2 ku sentiasa di lindungi walau di mana berada.

Subscribe to:
Posts (Atom)