Assalammualaikum...dalam kesunyian ini teringat pula kepada arwah emak dengan bapa yang telah meninggalkan kami.Dalam blog kali ni teringin menulis kenangan hari2 terakhir bersama arwah bapa.Bapa ku kembali ke Rahmahtuallah pada Okt.2008 masih dalam suasana kemeriahan hari raya aidilfitri yg ke18hari.Tahun itu tidak seperti tahun2 sebelumnya aku akan pulang ke kg pada bulan Ramadan utk mengemas rumah orangtua ku utk sambutan aidilfitri kerana tak berkesempatan.Aku sekeluarga hanya datang pada hari raya yg pertama.Tapi bapa aku tak kisah pun selalunya dia akan bergurau mengatakan emak menangis tapi kali ini tak pula dia kata gitu seperti biasa.Bapa seperti biasa aje,dia suka sngt anak2dan cucu berkunjung bersilih ganti.Bapa tak pernah mengadu sakit dan tak duduk diam....dia suka bercucuk tanam.Anak2 pun manja sangat dengan atuknya dan tak sangka itulah raya bersamanya.Kenangan bersama arwah bapa tak mungkin akan hilang ditelan zaman.Arwah suka sangat aku masakkn utknya bila kami sekeluarga balik kg terutama nasi ayam dan asam pedas,memang bertambah2lah dia makan.Bapa kata aku masak sedap pada selera dia dan biasanya aku tak akan hampakan keinginannya.Memangnya selera arwah bapa sama dengan selera aku yang suka sangat makann kg dan ulam2an.Bapa aku seorang yang pendiam tapi dia suka bergurau senda dengan cucu2nya....yang membuatkan anak2 aku terasa kehilangannya.Waktu itu Iman baru berusia 2th 8bulan tapi sewaktu bapa meninggal dia masih ingat lagi sampai ni.Setelah setahun dua masa berlalu pun dia selalu menyebut2 dan bertanya kenapa atuknya harus meninggal dan dia kata dia rindu sangat pada atuknya....dan nak jumpa atuk.Sebagai orngtua aku memang sebak nk jawp pertanyaan2nya tapi kalau tak jawp lagi lah banyak soalan2 lain.Malam sebelum bapa meninggal aku ada telepon ke kg dan bapa yg angkat telepon kerana mak waktu itu sedang sembayang Isyak.Sempat aku bertanya tentang kesihatannya....dia kata dia sihat aje.Aku tak menyangka suara itu adalah yang terakhir aku dengar ....kalaulah aku tahu............Pagi esoknya olehkerana cuti sabtu ahad anak2 semua ada di rumah, kami bersantai2 kat depan TV bila suamiku telepon mengatakan ada orang bagitau dia mak yang meninggal.Tak jejak bumi ku rasakn mendengar mendapt kabar mengejut kerana malam itu aku berbual dgn mak .Olehkerana handpon aku xde kredit aku pergilah ke rumah jiranku utk pinjam telepon dan menghubungi orang2 yg ada kat kg.Bila aku telepon ke rumah mak di kampung .mak yang angkat telepon dan tentunya aku merasa lega dan aku ingatkan xde apa2 tapi mak kata bapa yang dah tiada.Sebenarnya pagi itu bapa pergi kerja seperti biasa .Mak kata dalam pukul 8 lbh dia balik sebab pening kepala dan minta panadol .Segala2nya begitu mengejut kerana bapa meninggalkan kami pada lebihkurang pukul 10 lebih tanpa seorang anak pun disisi.Mujorlah kami adik beradik dapat bersamanya pada hari raya itu dan kami baru aje kembali ke rumah masing2.Hanya mak aje yang ada bersama seorang pekerja Indon.Apa yang aku kesali aku tak dapat berada disisi mak dan bapaku disaat mereka menghembuskn nafas terakhir,kerana kedua2nya meninggalkan kami secara mengejut.....begitulah qada dan qadar Allah.Oklah sedih sangat nak teruskn penulisan ,cukup setakat sini dulu.AL fateha utk mak dan bapa.
Total Pageviews
Tuesday, 23 April 2013
Friday, 5 April 2013
BONDAKU DALAM KENANGAN 1
Assalamualikum, tika ini aku sendiri lagi di rumah bila Iman ke sekolah.Beginilah kehidupanku hari2 setelah emak kembali ke Rahmahtullah 3 bulan yang lalu.Dulu masa ada dia rajin berbual dan bercerita kisah2 zaman kanak2 dan remajanya.Kadang2 cerita2nya dah diulang entah berapa kali dan aku dah hafal benar apa yang berlaku .Masa kami berdua di rumah je dia rajin bercerita ,kalau ada budak2 dia tak pulak nk bercerita sangat .Biasanya semasa aku menyidai kain dia akan menjadi penglipurlara .Zaman kanak2 dan remaja emak aku penuh dengan penderitaan dan kepahitan apatah lagi hidup dlm lingkungan keluarga yang ramai dalam sebuah rumah.Emak merupakan anak sulong dan segala tanggungjawap terpikul dibahunya,sejak dari umor 7tahun lagi ....berbagai cerita silam mak selalu cerita kan.Moga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Amin.AL FATEHA untuk emak.
Tuesday, 19 March 2013
SURAT CINTA DULU2
Asalamualaikum, aku ingin nak ceritakan kisah cinta orang dulu2, tak lah seperti sekarang yang serba canggih.Dulu biasanya pakai surat le yg paling popular,yang pakai talipon tak ramai kerana waktu itu orang berada aje ada talipon kat rumah mereka....kalau kitaorang ni public phone jelah yg sesuai.Melalui pengalaman aku sendirilah seronok sebenarnya pakai surat ni...ala mcm msg kat handphone juga cuma xdpt nak balas masa itu juga .,Nak tunggu balasan surat makan masa 2 minggu juga ,lainlah kalau antar surat by h and.Masa tu angau jugalah nk tunggu jawapan .Masa nk antar surat tu lipat pun ada seni ,mcm2 bentuk origami .Nak tambah romantik lagi tabur pulak dengan bedak talkum yg wangi2.Kalau terima surat yg mcm ni bila buka je bertaburlah bedak2 tu dulu....dah tentu dari org yg istimewa.Kertas yg buat tulis surat pun mesti yg paling cantik ,bukan kertas buku tulis ke test pad ke.Ada juga yg sedang mabuk cinta tu gunakan kertas tisu utk tulis surat.Pasal huruf pun kadang2 pakai simbol je ,hanya buat yg istimewa je yg faham maksud yg trsirat sbb mereka dah pakat dulu.CONTOHnya A digantikn dgn no 1,B no 2, ada lagi lah mcm2.Masa tu khidmat posmen amat dihargai.....bila tengok posmen lalu terjengok2lah kat muka pintu.Kalau ada surat hati berbunga2lah ,itupun kalau bukan surat putus cinta.COMEL kan orang dulu2 bercinta.
Friday, 15 February 2013
KISAH SEDIH HIDUPKU ..
Kisah yang ingin aku ceritakan ini berlaku pada tahun 2005 yang mana anak saudaraku , Nur Huda binti Adam telah meninggalkan kami semua pada pagi Jumaat ,18 Februari bersama bayi yang dikandungkannya berusia 4 bulan..Bermula kisahnya padi 25/7/2004 dia telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pada usia 21 tahun..Oleh kerana dia ialah anak pertama serta cucu pertama,majlis perkahwinan dia telah dilangsungkan dengan meriah sekali..Selapas perkahwinan mereka,aku sudah tidak ambil kisah lagi,,kerana aku pasti mereka menjalani kehidupan yg bahagia sekali..Pada hari raya aidilfitri,,aku bertemu dengan Huda sewaktu dia balik ke rumah emaknya..tapi dia tidak seceria selalu kerana masalah dengan suami..Masa berlalu, sehingga Hari Raya Haji baru kami bertemu semula..Kali ini,,dia sangat gembira sekali menyampaikan berita yang dia sudah mengandung..Seronok sekali dia berbual dengan aku...Aku juga tumpang gembira kerana bakal mendapat cucu saudara yang paling rapat..
Tapi,sesuatu yang tidak diduga bagai merentap kebahagiaan kami..Suatu hari,,pada 4 Februari 2005,,aku membawa Fatiha ke klinik kerana penyakit lelahnya..Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah,,aku menerima panggilan telefon dari kakak ku..Dia kata Huda sakit..aku fikir dia keguguran tapi rupanya tidak..Kakak ku tidak menceritakan apa2,,sebaliknya dia hanya memberitahu ,Huda terpaksa ditahan ke wad.Aku pun x lah kesah sangat,,tapi bila malam aku dapat panggilan telefon yang mengatakan Huda sudah meninggal dunia..Aku betul2 terkejut dan hampir pengsan apabila menerima khabar berita itu..Lama juga aku baru dapat bertenang dan memberitahu kepada saudara- mara yang lain..
Menjelang tengah malam,,adik ku Maria menelefonku menyatakan sebenarnya Huda belum meninggal..Namun,,tidak sedarkan diri dan telah dihantar ke HSA , Johor Bahru dan ditempatkan di wad ICU..Selama dia di ICU,,aku melawatnya sebanyak 4 kali begitu juga saudara mara,rakan taulan silih beganti mengunjunginya,,namun,keadaanya masih tiada perubahan positif..Sehingga kan,,lehernya terpaksa ditebuk untuk memudahkan doktor memasukkan tiub bagi menyalurkan makanan kepada dia memandangkan dia masih tidak sedarkan diri..Seminggu kemudian baru dia boleh sedar walaupun tidak mampu untuk bersuara...Hari Ahad terakhir aku melawatnya,,dia mengenali aku..Hati aku berbunga harapan dia akan sembuh semula...Setiap hari,,aku menghubungi suaminya bagi mengetahui perkembangan Huda..
Kerana kesibukkan anak2 ke sekolah,aku tidak dapat ke hospital beberapa hari..Sehingga kakak ku menelefon dan menyatakan keadaan Huda kritikal dan mula tidak sedar kembali..Pada 18/2/2005..Zila adik Huda ,,memaklumkan Huda telah menghembuskan nafas terakhir..Kali ini aku sudah boleh bertenang..Hancur luluh hatiku walaupun bukan anakku sendiri..Petang itu juga jenazahnya dikebumikan diiringi kesedihan sanak saudara dan rakan taulan apatah lagi keluarga mertuanya yang terlalu menyayanginya,,Namun ku lihat suaminya begitu tenang tetapi bapa mertuanya agak emosional..Malam itu,,kami sekeluarga tidur di rumah kakak ku walaupun tidak selesa tetapi atas dasar simpati kami tunggu juga dan dapat berbual sapa dengan keluarga mertuanya..Aku rasa terkilan kerana hanya mengenali mereka hanya selepas Huda tiada ..Sejak peristiwa itu,,aku selalu menangis sendiri bila mengenangkan bila bersama arwah dan di saat hari perkahwinannya...Walaupun adakalanya terasa kecil hati dengan sikapnya,,namun ,,aku ampunkan semuanya..
Huda,,Mak Ngah sayang kamu ....
Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepadamu..
AL-FATIHAH..
PASRAH ( buat Huda)
Kebahagiaan yang dikecapi
sekelumit cuma
zuriat yang dinantikan
hanya impian
kau pergi juga meninggalkan
kami yang termanggu-manggu
apakah ini mimpi atau realiti
baru sebentar mendirikan
mahligai
bergelar isteri dan menantu mithali
memberikan anganan kepada kami
menanti permata dari rahimmu
Bagai taufan berita diterima
kau sudah tak upaya lagi
rakan taulan bertemu bukan lagi
raja sehari
tapi saat kamu menunggu waktu akhirmu
air mata tiada harga lagi
tatkala ku tatap wajah sucimu
apakah kamu mampu mengenaliku?
Setenang wajah suami
berbunga harapan isteri
sembuh kembali
bulan madu masih dinikmati
kini hanya ALLAH maha mengetahui
kau pergi menghadap illahi
bukan seorang
tapi bersama bayi..
di saat penikahannya 24/7/2004
tapi bersama bayi..
di saat penikahannya 24/7/2004
Sunday, 10 February 2013
TUJU TUJU
Hari ini tahun baru cina,budak2 ni cuti seminggu,dah duduk ramai2 macam2 cerita yang ditimbulkan...apatah lagi cerita2 kat asrama.Sendiri yang memulakn cerita sendiri yang takut.Atika kata ustaz nya ada juga cerita pasal TUJU2.Sebenarnya semenjak aku kanak2 lagi aku dah dengar pasal tuju2 ni,cuma aku tak pasti benarkah ia sihir yang ditujukan pada seseorang.Tapi menurut orangtua aku begitulah....Wallahualam..Bila Tiqa cerita pasal tuju2 ni teringat aku pada satu ketika dulu ,waktu zaman aku masih bersekolah, waktu itu kat rumah kami belum ada TV,jadi kalau hendak menonton rancangan2 menarik kami sekeluarga pergilah ke rumah jiran .Jiran yang selalu kami pergi tu rumahnya agak dalam 500meter je dari rumah kami.,,,apath lagi kalau ada tayangan gambar melayu memang kami tak pernah miss punya. Pada satu malam yang gelap gelita dengan ditemankan cahaya lampu picit yang kelam kami menuju lah ke rumah jiran seperti biasa.Tiba2 aku terpandang cahaya yang terang seperti bebola api di atas langit mlayang begitu laju sekali menuju ke satu arah yang tidak diketahui.Aku pun menjerit ,dengan pantas juga arwah bapa cakap TUJU2 dengan kuat.Tiba2 bebola api meletup dan hilang terus dari pandangan.Lepas tu barulah mak dengan bapa terangkan kepada kami itulah tuju2.Tapi kalau nak cerita pada anak2 skg ni mesti tk percaya punya...ialah kalau mereka belajar sains tentu mereka kata itu tahi bintang.Entahlah aku pun x pasti mana yang benar tpi pengalaman sewaktu melihatnya memang aku tak boleh lupakan walau dah berpuloh tahun berlalu.
Saturday, 2 February 2013
CENDOL KAK ESAH
gambar sekadar hiasan
ASSALAMUALAIKUM.....Cuaca tengahari ni panas sungguh ,dah agak lama juga hujan tak turun setelah akhirnya musim banjir kat negeri Johor ni.Aku mengambil kesempatan ini untuk mencuci segala langsir ,sarung kusyen,cadar dan mcm2 lagi yang tak dapat dicuci masa musim hujan hari itu.Dengan keadaan yang panas terik ni sekejap aje pakaian yang dijemur cepat kering.Dalam cuaca macam ni sedapnya kalau dapat menikmati ABC ke cendol.Bila ingat cendol pula terkenang kan cendol kak Esah kat kampong....Sejak aku kecil lagi gerai cendol ni memang dah ada.Yang aku tahu gerainya memang turun menurun,dari zaman bapa diorang.Yang berbezanya adalah tempatnya je yang berubah2,tapi rasa cendol sama,mungkin harga tu dah naik mengikut perkembangan semasa.Kalau dulu mungkin dapatlah semangkuk 50sen tapi sekarang aku rasa takkn dapat lagi.Lagipun aku dah lama sngat tak minum cendol kak Esah ni kerana dah lama tak balik kg,apatah lagi mak dgn bapa takade lagi.Dulu kalau balik sekolah atau pergi pasar lambak ari Jumaat nak hilangkan dahaga singgah lah kami ke gerai cendol kak Esah.Rasanya buat masa ni minum teh ais je................
Friday, 1 February 2013
SUKA DUKA AKHIR 2012
![]() |
| hari2 terakhir arwah bapa bersama mak pada aidilfitri 2008 |
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
