Total Pageviews

Sunday, 30 March 2014

dari Korea ke kita

ASSALAMMUALAIKUM
Salam Ahad...
   
Anak gadis aku 2 orang ni ,kalau jumpa ada saja ceritanya...kadangkala kongsi cerita ,kadangkala  gurau2 dan kadangkala gaduh2 ...
Fateha sikakak ni rajin sangat belikan sesuatu pada Atiqa kalau sesekali balik cuti.Biasa lah barang2 orang muda  ....
 Kali ini dah tak tunggu cuti lagi ,mask diterbangkan dari Korea untuk Atiqa.Tapi tak dapat gunakan selalu ...cuti sekolah dah habis.,kena balik asrama.Bawa juga 2 keping untuk digunakan diasrama ...tapi katanya malu dan takut kawan kena hesteria pulak terkejut tengok dia rupa gitu...
macam2 lah alasan ...

Friday, 28 March 2014

separuh hari di poliklinik HSA

ASSALAMMUALAIKUM....
      Semalam bawa Azim jumpa pakar mata di hospital besar JB. Keluar dari rumah lebihkurang pukul 6.45 pagi.Tak ada selera nak bersarapan terlalu awal.Singgah sebentar di gerai beli sedikit kuih dan mee hoon goreng untuk bekalan bila perut mula bagi isyarat untuk diisi nanti.Suami bawa kereta boleh mengalahkan F 1 ,rasa kecut juga isi perut ,konon2nya nak mengejar waktu ,sudahnya terpaksa hadapi kesesakan juga .Masa2 begini orang nak pergi kerja memang banyak kereta di jalanraya.Tak boleh nak elak lagi....lainlah kalau ada sayap bolehlah terbang gitu.....
      Tiba di Hospital Sultanah Aminah JB satu masalah lagi,nak cari parking susah amat,pada hal kami boleh kata awal juga tiba.Bila masa pula lah orang2 lain ni tiba ?tidur kat hospital ke?.mungkin nasib kami agak baik dapat juga parking kereta tempat yang agak sempit....Aku dengan Azim bergegas pergi tempat pendaftaran ,tinggalkan dulu si ayah yang masih di tempat letak kereta.Masuk saja ke dalam terdengar alunan doa dibaca untuk MH370.Kami menadah tangan amin kan doa sambil berjalan kerana mengejarkan nombor giliran.Alhamdulilah ,tidak lah seramai selalu....Biasa bagi hospital2 kerajaan ada  ramai pesakit.
     Kami terus ke bahagian .Klinik Pakar Mata untuk membuat pendaftaran,Dapat lah angka giliran 501 di kuanter 1.Tak lama kemudian kuanter 2 panggil dapat angka giliran lain pula.Kemudian dibuat pemeriksaan saringan di bilek 3.Keluar tunggu kuanter 2 panggil lagi.Setelah itu disuroh ke bilek 10 (bilik refraction)untuk dibuat pemeriksaan oleh pegawai optometri.Macam2 ujian yang dilakukan ,lepas itu ke bilek makmal pula (bilek 11).Kemudian ke bilek 12 pula jumpa doktor pakar mata ,setelah lakukan pemeriksaan dan bagi ubat titis ,kena keluar sekejap lebih kurang 15 minit,Sekali lagi masuk untuk jumpa doktor dan membuat pemeriksaan akhir..Lega nya sudah selesai sebab aku yang meneman kan anak bujang ,ni naik pening keluar masuk bilek rawatan....Last sekali kena pergi kuanter 2 lagi untuk buat temujanji akan datang.
      Keluar dari poliklinik sudah agak tengahari ,tapi agak bersyukur juga kerana biasanya kalau ke sini paling cepat pun pukul 1 baru dapat balik.Pergi tempat letak kereta.....alamak bercalar pula .Ini lah akibatnya  meletak ditempat sempit ,nak salahkan siapa ...redoo jelah.

               

   
   
   

Wednesday, 26 March 2014

TEKA TEKI

ASSALAMMUALAIKUM
   Iman kalau sudah dengan sepupunya Najihah ada saja aktiviti dia sepanjang hari.Diselongkar segala yang boleh dibuat main dan bahan bacaan .Jumpa lah pula buku teka teki....riuh lah bersoal jawab .Salah satu teka teki dia seperti ni

BERSORAK SORAK MENJUNJUNG PIALA,
RASA GEMBIRA KERANA BERJAYA,
PANJANG MATA DARI KEPALA
DIHENTAM DITUKUL BARU BERKERJA.
                 
jawabannya ; PAHAT

Sudahnya pahat pun tak tahu apakebenda.....aku pula terpaksa selongkar stor alat2 pertukangan untuk bagi penerangan pada budak berdua tu.Jumpalah si pahat yang dah lama bersembunyi dan sudah berkarat kerana lama sudah tak digunakan.......Bila dah diterangkan ohhhh baru tahu katanya ....tapi faham atau tidak tak tahu lah aku.Sudahnya aku yang kepenatan mengemas semula barang pertukangan yang aku keluarkan ....Mereka berdua sudah pergi main bola pula....alahai anak...


jambu batu

ASSALAMMUALAIKUM
     Selalunya makan yang besar2 kali ni kita makan yang kecil2 je....jambu batu kesukaanku...
.


Tuesday, 25 March 2014

telatah si kecil...

ASSALAMMUALAIKUM
       Adik bongsu aku datang bertandang ke rumah aku dalam 2 atau 3 hari bawa anak2 dia menghabiskan cuti sekolah.Agak lama juga tak jumpa dengan adik walaupun tinggal satu negeri apatah dikala mak dah tiada ni.Dulu kami selalu saling berkunjung menghantar dan mengambil arwah emak yang nak tinggal bersama untuk seketika.Kini jika hujung minggu aku sibuk melawat dan menghantar anak2 di asrama ,ke majlis2 perkahwinan dan macam2 urusan.Penghubung kami sekadar telepon sekerap mungkin.....
      Anak adik 2 orang je, yang sulong sebaya Iman 8tahun.Iman agak akrab dengan sepupu dia ni walaupun perempuan.Tapi sepanjang hari bermain saja kerjanya ,asyik dengar ngomel2an masing2 .Sepi seketika bila baca komik2 .Agak riuh rendah juga rumah aku ni ,apatah lagi dengan keletah anak adik yang bongsu usia 2 tahun ni .Berbadan kecil tapi terlalu agresif  ,pantang pintu terbuka laju je dia keluar.Pen atau alat tulis tak boleh terpandang ,habis dicontengnya buku dan badan dia ....Nampaknya sepanjang dia di rumah aku ni ,dah tolong berkemas lagi .Sudah tak payah alas meja kecil lagi ,agaknya katanya tak sesuai kut.....habis ditarik nya .
     Sudah penat buat aktiviti si kecil tu tidur lah mana dia mahu ....itu pun tak pun sampai 15 minit dah terjaga.Apa pun anak2 aku terutama Iman suka sangat melayan al maklum lah dah lama tiada budak kecil di rumah ni.Telatah anak kecil memang menghiburkan.....

Monday, 24 March 2014

nak tambah ilmu.....

ASSALAMMUALAIKUM
     Masa masuk dalam MUZIUM BUGIS sabtu lepas sempatlah anak2 aku snap2 gambar apatah lagi pakcik yang empunya muzium tidak melarang,malah digalakan lagi.Sebagaimana yang diterangkan barang2 yang ada di situ punya cerita tersendiri.Tapi banyaknya yang aku tak faham apa yang diterangkan ,banyak sangat bahasa bahasi dan perbandingan berkaitan dengan barang yang dipamerkan tu.Aku dah macam belajar sejarah balik bila masuk sini.....Apa pun memang elok untuk menambah ilmu2 yang kita tak tahu.
Diantara barang2 yang ada dalam Muzium Bugis ni

               tempat pertama kena lihat dulu ,tempat tidur pengantin bugis dulu kala
                meja 3 segi melambangkan melayu ,cina ,india.Kerusi pula melambangkan jawa ,bugis ,banjar
             golok yang tegak berdiri bila dipacak kan diatas batu berapi.Bila golok itu jatuh hampir kena kaki Iman yang sedang terpegun melihat.
                    kata nya ini batu lipat kain
                        telur ayam jantan

                  batu terapung
                               mesin getah keping yang tak pernah dilihat anak2,sedangkan aku kecil2 dulu jadi mainan

Sunday, 23 March 2014

cerita semalam

ASSALAMMUALAIKUM
       Terkejut aku dari mimpi bila terdengar bunyi massage dari handphone yang sememangnya aku letak disebelah tempat tidur .Bila buka mata benda pertama  yang aku lihat pukul berapa waktu itu...baru pukul 1.40 pagi rupanya....baru aku buka SMS tadi....alahai anak daraku di universiti .terlalu excited sangat nak ucap selamat hari lahir untuk aku .Baru aku sedar 22hb tarikh lahirku....bertambah sudah usiaku kini.Ramainya kawan2 lama di FB ,adik dan anak2 wish birthday kali ni ,bagai mengingatkan je yang kita ni dah tua....hehee
     Sepanjang hari semalam kami sibuk dengan jemputan2 pengantin disana sini dan salah seorangnya anak sepupu suami di Pontian.Anak2 yang 3 orang ni kami bawa bersama untuk mereka lebih mengenali saudara mara.Entah lah budak2 sekarang ni payah bebeno nak kenal dengan saudaramara walaupun sepupu sepapat sendiri.Apa lagi anak2 aku ni lebih banyak membesar di asrama,bila saudara mara datang ke rumah pun tak kenal.
     Sebenarnya aku dan suami berkahwin lebih awal dari sepupu suami tu tapi rezeki dia lebih awal dapat cahayamata.Kami ni hampir 6tahun menanti baru diberi zuriat.Oleh itu anak sepupu suami ni sedang elok untuk berrumahtangga sekarang ni.
    Bila selesai majlis bersanding kami merancang nak balik saja,tapi anak2 ajak jalan2 dulu.Bawalah mereka pusing2  bandar Pontian yang sedang membangun.Hendak pergi ke Tanjung Piai masa tak mengizinkan.Singgah sebentar ke Pantai Rekreasi Rambah.Walaupun sudah beberapa kali ke sini tapi kami suka apa lagi cuaca pun sedang elok redupnya.Angin laut pun bertiup nyaman......Tempatnya memang tak seluas mana pun tapi kalau nak duk relax2 tu ,okey sangat.Kalau nak mandi2 rasanya tak sesuai sebab airnya agak keruh.
   Di sini juga ada MUZIUM BUGIS .Kami sempat juga masuk sekejap,tak ada apa2 bayaran pun ,sekadar menderma pada tabung yang disediakan je.Di blog akan datang akan aku ceritakan tentang barang2 di dalam muzium tu ....
   Dalam perjalanan balik ,singgah sebentar ke rumah makcik di Pekan Nenas.Dia lah seorang orangtua yang masih kami ada sekarang ni.Selagi ada hayatnya kami tak akan melupainya..
..
                  Pengantin yang diraikan
                    anak2 teruja nak ambil gambar di atas jambatan
               bangunan yang terdapat di pantai Rambah
        di hadapan pintu Muzium Bugis