Total Pageviews

Monday, 31 August 2015

selamat hari kebangsaan

Assalamualaikum
Selamat hari Merdeka



Suasana anak2 sekolah meraikan hari kebangsaan ...snap gambar dari dalam kereta sambil menunggu Iman keluar sekolah

Friday, 28 August 2015

musim periksa bermula.

Assalammualaikum,
Semalam Azim dah habis trial PT3,..tapi tak lagi dapat menarik nafas lega selagi belum selesai exam yang sebenar.Apa pun aku tak menaruh harapan tinggi dengan result PT3 dia kelak memandangkan format peperiksaan dah tak sama macam PMR.Cuma aku harap result nya kelak dapat memudahkan dia pindah sekolah yang lebih baik bila ting 4 nanti.
UPSR pun tinggal tak sampai 2 minggu lagi kalau tak silap.....tapi sejak ibubapa tahun 6 mengenali kami masa program motivasi tempohari ramai yang nak menghantar anak mereka tuisyen dengan budak2 kat rumah ni.Bukan tak mahu menolong tapi dah last2 minit macam ni bagaimana nak ajar .Tambahan pula cuti Fateha dengan abangnya pun dah nak habis ,masa dah suntuk untuk ajar tuisyen.Tempohari ada juga ambil sorang untuk belajar matematik  bila maknya tak henti2 memujok ,tapi terpaksa Fateha menolak hari2 seterusnya ... agak stress bila budak yang bakal ambil UPSR ni sifir pun tak hafal lagi sedangkan maknya begitu menaruh harapan .


Terbaru semalam ibu kawan Iman minta tolong ajar tuisyen BI  untuk anaknya dan kawan2 yang juga pelajar tahun 6.Bagaimana lah nak tolong dah saat akhir ,sedangkan belajar dari tahun 1 hingga 6 ,tak mungkin  dalam masa seminggu ni boleh selesai masaalah ...terpaksalah menolak dengan cara berhemah agar tak menyinggung hati sesiapa.Apatah lagi Fateha dan abang nya pun akan kembali ke uni seminggu  lagi.
Moga anak2 yang bakal amik periksa ni dipermudahkan menjawap soalan2 yang diberi.

Thursday, 27 August 2015

minyak ...

Assalammualaikum


Aku beli minyak urut(minyak urut ke minyak urat?)  ni dua tiga hari yang lepas pada seorang pakcik yang datang ke rumah.Masa dia bunyikan hon motor aku ingatkan sesorang yang nak menghantar kad jemputan atau mungkin penduduk di sini yang nak berjumpa aku atau suami.Cepat aje aku buka pintu sambil menyahut salamnya ....macam biasa jumpa je... pakcik tu menyapa dengan ramah sambil mengeluarkan minyak yang nak dijualnya.Katanya datang dari JB untuk jual minyak2 urut ni....aku ni cepat je kata mahu untuk membeli memandangkan katanya sesuai untuk kebas2 juga ,tapi aku beli satu je...harga pun tak mahal cuma rm 5 je.....tapi ntahlah mudah sangat aku nak membeli .Biasanya aku tak kan melayan pada jurujual2 yang datang ke rumah ni ...hmmm mungkin dah rezeki pakcik ni lah agaknya .
Satu waktu dulu masa anak kecil2 aku hampir ditipu dengan kehadiran jurujual yang ada kan gores dan menang,Masa tu mak mertua aku pun ada sama di rumah ...katanya rumah aku terpilih untuk hadiah ...dipaksanya untuk gores kad yang dibawa .Konon2nya aku dapat sebuah mesin jahit keluaran terbaru....memanglah rasa excited juga nak dapat hadiah free .Tapi lepas tu katanya kena bayar ntah berapa % dari harga sebenar ....ceh aku mana lah ada duit duduk rumah je aku cakap pada mereka .Takpe katanya boleh keluarkan duit kat bank....Masa ni lah teringat nak  tepon suami...apa lagi suami punyalah pesan jangan percayakan mereka...barulah aku sedar nak kena tipu dah...nasib baikkk.
Berbalik pada minyak urut tadi ,petang tu aku tunjukkan suami sambil minta urutkan tangan yang selalu kebas .Sambil membuka tudong botol sambil juga mulutnya membebel "percaya sangat dengan orang jual2 ,ntah2 dibuat pakai minyak DIESEL "heee... agak2 lah abang oiii tapi hati cuak juga !Dah beli kan nak buat macamana tapi aku percaya pakcik jual minyak ni orang baik2.
Dulu masa mak mertua aku masih ada berbaris lah botol2 minyak urut kat bilek dia .Kalau perlu nak guna mintak je ...sambil aku menyapu minyak pada tangan kebas aku sambil berceloteh denga Fateha dan cakap padanya zaman muda2 dulu bau perfume ,dah tua2 ni bau minyak angin lah pulak....


Wednesday, 26 August 2015

nostalgia bunga ros

Assalamualaikum



Kalau tengok pada rupa bunga ros ni tak de yang istimewanya pun ,taklah secantek bunga2 ros yang kelopaknya begitu memikat pada yang memandang .Ros ini kelopak nya hanya beberapa helai saja juga sehari dua sudah lerai gugur ke bumi...Ianya tetap megah berbunga tanpa musim walaupun takde sapa peduli dan tak berkesempatan membelainya .Tak pernah di bubuh baja untuk terus hidup atau berbunga.Walaupun batangnya dah tak mampu terus bertahan namun dahan2 yang lebih muda masih boleh disemai dengan mudah untuk tumbuh semula .
Tentunya ramai yang tak percaya ros ini hadir lebih dulu di halaman rumah ini dari aku sendiri....seingat aku bunga ini dah wujud sejak kali pertama aku menjejak kan diri di rumah ini 28 tahun dulu,cuma bezanya sekarang sudah beralih tempat asalnya bila suami mengalihkan ke tepi jalan ...walaupun ianya mungkin cucucicit bunga asal tapi generasinya masih tetap bertahan hingga saat ini....nostalgia sungguh ros ini ..,menjadi saksi kehidupan kami lalui sehari2...menjadi saksi pada anak2 yang baru belajar bertatih ,bermain juga berkejar2an bersama anak jiran di halaman rumah satu ketika dulu.Ia juga menjadi saksi melihat satu persatu penghuni datang dan pergi ...juga ada yang tak kembali lagi ...
Aku tak pasti sampai bila ia mampu lagi bertahan ...

Tuesday, 25 August 2015

bila cili masuk mata

Assalamualaikum
Rasanya dah lama tak makan sayur lemak keladi....selera ni kadang2 mengalahkan orang mengidam.Sementara budak 2 ni ada cuti bolehlah masak sayur2 lemak ni ,kalau mereka takde alamatlah aku masak sendiri makan sendiri ...Tak perlu membeli ,cabut saja kat belakang rumah ada sepokok dua yang aku tanam dah cukup elok untuk dibuat sayur.Setelah siap buat kerja2 dalam rumah ,terus aku mencabut 2 batang keladi dan terus membersihkan di luar.Siap2  semua ,dah siap celur kenalah buat bumbu2nya.Gunakan lesung batu saja ...tumbuk tumbuk..tak beringat....pap masuk ke mata...aduhai pedihnya walaupun hanya bawang2 dan ikan bilis aje pun.Teraba2 mencari bilek air menahan pedih....basuh sikit dengan air hilang dah...hisss nak makan sayur keladi punya pasal ...

Petua arwah mak dulu bila masuk cili dalam mata raba je lah bekas garam yang mak letakkan disudut para... amik sikittt garam tu masuk mulut....masa tu mak aku masak gunakan garam kasar.Masa budak2 dulu kat kampung aku manalah ada letrik.Nak makan sambal ,nak masak asam pedas kenalah tumbok guna lesung batu.Aku kerap juga tolong mak menumbok lada tapi bila lada masuk ke mata aku punya meraung boleh dengar jiran yang sepelaung...sehingga jiran bertanya pada mak"kenapa budak tu siah"...mak pun gitau "lada masuk mata dia"......hahaaa tak senonoh betul perangai .
Zaman sekarang ni serba mudah ....kalau malas2 tekan je suis semua boleh masak.



Monday, 24 August 2015

28 tahun sudah...

Assalamualaikum
23hb Ogos amat bermakna...tak sedar pejam celik pejam celik dah 28tahun usia rumahtangga kami.Jika melihat pada anak2 yg masih belajar ada yang tak menduga begitu lama sudah perkahwinan kami...bersyukur dikurniakan zuriat juga walaupun lewat ,tatakala rakan sebaya ada yang sudah pun menimang cucu ketika ini.
Gambar:wajah2 kebahagianku si ayah bersama 4 dari 5 anak.

Dalam meniti kehidupan rumahtangga banyak sudah pahitmanis kehidupan ditempuh bersama...adakalanya bukan calang2 dugaan yang terpaksa dilalui...Alhamdulilah berkat kesabaran dapat jua diatasi...
Dalam menyusuri usia2 yang semakin menganjak ini ...impian kami ingin sangat melihat anak2 mengenggam segulung ijazah dan berjaya dalam kehidupan masing2...aminnn

Friday, 21 August 2015

makanan simple

Assalamualaikum,
Makan tengahhari yang ringkas
Sambal minang terung,ayam goreng kunyit dan ulam pucuk tenggek burung