Total Pageviews

Wednesday, 27 April 2016

mengampu Iman

Assalamualaikum
Setiap hari homework Iman banyak untuk dibuat samada untuk sekolah biasa atau sekolah agama.Kadang dah 11 malam baru selesai....kesian pulak tengok dengan keletihan seharian sekolah lagi....ada kalanya sedang menulis pun tertidur .....tengok2 pensil je tercacak tanpa bergerak atas buku :-).
Semalam waktu dia nak buat homework ,aku offer kan diri tolong buat kan kerja seni.lukisan nya.....DSV kata istilah kat sekolah sekarang ...Dunia Seni Visual.....hmmm bukan Datuk Seri Vida tau.
Seronok pulak buat kerja memwarna ni ....dah lama sangat tak gunakan water colour....Teringat zaman2 sekolah dulu seronok bila lukisan2 yang terpilih ditampal kat depan kelas.

Biasalah kalau dah memwarna ....berserabut sana sini tapi Iman seronok maknya sama2'buatkan kerja seni dia.
Bukan saja2 ....lebih nya nak memujuk dan mengampu Iman yang akan kena tinggal dengan ayahnya seminggu lagi ,pasal aku kena menemani Iqa yang akan hadiri temuduga di Pulau Pinang.Sebelum ni jika aku gitau suruh tinggal je pasti bergenang air mata dia.....gitulah Iman walaupun dah 10tahun tapi tetap nak duduk bawah ketiak mak selagi boleh...

Tuesday, 26 April 2016

obses diet

Assalamualaikum
Bila dah beranak pinak ,tambahan dah berusia  badan mudah je kembang ...Apatah lagi jika tak aktif dan tak jaga makan mencanak2 lah naik jarum penimbang....hihiii cakap pada diri sendiri lah ni....ketika sakit pun orang tak tau sebab tak susut pun badan ....
Sebenarnya nak cerita pasal sorang kawan ni ...usianya lebih muda dari aku,sejak aku tak sehat tempohari lama sangat tak jumpa dengan dia.Bila dia mengetahui dari sesorang yang aku baru jalani pembedahan ,dia datang lah rumah untuk ziarah.Hampir saja aku tak kenali dia....memang jauh sungguh perbezaan nya....aku tanya dia sakit ke ? Ketara sangat bila melihat wajah nya dulu bambam boleh  nampak bujur.
Bila dia terangkan baru tahu yang sekarang dia diet.Sebelum tu dia kata sakit lutut sangat2, bila dia jumpa doktor kata tak perlu bagi ubat cuma kena turun kan berat badan untuk hilang kan sakit.Sebelum ni kata dia berat badan nya 98 kilo tapi bila datang ziarah aku tempohari dah pun turun 78 kilo dan last jumpa tempohari dah 70 kilo.Dia kata nak capai target 64 kilo sesuai dengan ketinggian nya...tapi aku lihat sekarang pun dah dia kurus dan nampak seperti orang sakit...ialah kita dah biasa melihat dia berisi.
Cara dia untuk turun kan berat badan mudah je ,cuma nak kuat semangat.Katanya dah berbulan tak makan nasi.Hari2 hanya makan oat tapi lauk pauk dia makan lah tapi tidak dengan nasi ...gantinya dengan sumber kabohidrat yang lain.Katanya  dia menahan nafsu makan  dengan berpuasa setiap hari  kecuali masa ABC .Dah berbulan2 dia amal kan .Sebenarnya aku kagum dengan semangat dia tapi dalam pada itu bimbang juga terdetik ....risau dengan keadaan dia yang terlalu obses akan menjejaskan kesihatan.
Aku??? rasanya tak mampu seperti dia.Cukuplah rasanya dengan makanan seimbang ....nasi tetap aku cari jua ...
             Foto: ayam bakar rempah madu,sup sayur cendawan ,ikan masin terubuk  sabah dan celur pucuk mulberi bercicah sambal minang  _makanan tengahhari Sabtu lepas.





Monday, 25 April 2016

Iqa ,tuisyen dan baucer buku.

Assalamualaikum
Minggu ni Azim tak balik ,jadinya kami lah yang datang melawat dia di asrama.Bawa kan sedikit bekalan dari rumah..
Foto:sandwich telor
Foto:bekas makanan yg hampir licin...bukan Azim saja yang makan,Iman juga turut  berselera.
Sejak Iqa ada ni dia ikut sama ,dapat lah ajar Azim apa yang dia tak faham sambil2 makan bekal yang dibawa bersama2..Sebenarnya masa sejam tak cukup ....nak betul2 kenalah balik rumah nanti ...Iqa ada je kat rumah sementara belum sambung belajar ni.
Foto: sementara tunggu kami solat di surau ,Iqa sempat ajar Azim dalam kereta.
Foto:Beralih pula duduk di luar bila ada bangku kosong kerana banyak kerja sekolah yang Azim tak faham Kami bertiga duduk dalam kereta je ....jadi pemerhati..!.

 Di rumah juga Iqa buat  tuisyen untuk beberapa orang pelajar sekolah menengah .Buat masa ni adalah 5 /6 orang yang berminat.Bayarannya seikhlas mereka saja.Yang penting dapat kongsi ilmu .Lagipun otak sendiri kena diasah juga ,nak tunggu September boleh berkarat jadinya :-)....!.Bukan kali pertama buat tuisyen ,sebelum ni pernah juga ajar anak2 jiran yang nak ambil upsr.Ajar anak2 orang okje dia tapi kalau dengan adek sendiri macam singa kata Iman...!
Masalah bagi Iqa sekarang ,pelajar2  sekolah menengah sekarang guna kan bahasa melayu bagi sains dan matematik ,sedangkan dia waktu tu gunakan bahasa Inggeris.....sukar juga dia  nak cari istilah2 BI ke melayunya pulak.
Foto:antara buku2 latihan dan rujukan Iman dan Azim.
Masa dah nak abis sem tempohari Iqa dapat baucer buku....kalau dah kata penghujung sem apa lah lagi nak digunakan .Beruntung lah buat adek2 dia yang dorang  ni.....berbagai alat tulis dan buku2 dapat dibeli ....cuma terpulang lah pada budak dua ni nak belajar atau tidak lagi...

Thursday, 21 April 2016

pilih baju ....

Assalamualaikum
Bersama anak2 perempuan lebih mudah menjadi kawan ,dibandingkan dengan anak2 lelaki.Banyak pekara boleh dikongsi...apatah lagi soal orang perempuan yang kadang kala begitu rumit.Anak2 perempuan aku setiap hari ada je modal buat lawak bila dah berwasap .
Pada si Fateha ni lebih kurang sebulan +++ ni akan berakhir sem .Sibuk lah mereka nak ada kan Annual Dinner .Bila dah ada majlis2 ni sibuk pulak nak cari pakaian yang sesuai.Bila dah berwasap dengan Iqa gini lah anak bertuah aku ni bualkan

Bertuah punya anak ingat kan maknya dulu artis ke.... pakai gaun cinderela pulak tu!!!!
Akhirnya baju ni yang dipilihnya....walaupun masih remaja suka sangat dengan warna2 gelap .....suka hati lah nak oiii asalkan menutup aurat.!.


Wednesday, 20 April 2016

makan telor anai2 katanya.

Assalamualaikum
Kisah ni sebenarnya dah dua tiga minggu yang lepas.Mungkin kerana cuaca panas sekarang ni ,ditambah agak aktif di sekolah Iman kena asthma/ semput.Dah bertahun2 tak pernah kena ,sehingga kan aku fikir mungkin dah sembuh sepenuhnya ....oleh tu takde lah simpanan ubat kat rumah.
Hari tu suami agak lewat balik kerja ,bertahan lah Iman dengan minyak angin yang di sapu ke dadanya.Bila ayahnya balik lepas maghrib baru kami keluar ,aku cadangkan terus ke Hospital Kulai je untuk ubat dan menggunakan neubulizer.
Seperti biasa jika kes2 semput ni terus dibenarkan masuk untuk sedut gas.Sementara suami mencari tempat parking  aku menemani Iman  kat dalam.Tak lah bosan sangat walaupun lama menunggu Iman sebab ada lah oranglain yang ajak berbual.Ada sorang ayah bawa anak lelaki nya sebaya Iman ,sakit dalam telinga akibat masuk semut di sekolah petang tu katanya.Ramah sungguh berbual ...tapi yang tak bestnya bila dia kata"akak baik bagi makan TELOR ANAI ANAI untuk ubat semput anak akak ni "..... aku dengar pun geli  tapi mengiakan je apa yang di kata....weii macam takde ubat lain hati ku berkata...padahal anak2'semput bukan nya kali pertama.Alhamdulillah bila mereka remaja akan sembuh sendiri.Iman ni pun setelah sedut gas ...semput dah ok .


Monday, 18 April 2016

bertiga saja....

Assalamualaikum
13hb Rabu, lepas ikut suami hantar  Iman ke sekolah agama ,aku,Iqa dan anak sulong segera bertolak untuk ke Senawang .Sengaja bermalam di rumah sepupu kerana perlu hadir kan diri pada Khamis 14hb pukul 8 _9 pagi di Dewan Banquet UPM untuk taklimat JPA bagi pelajar lepasan Busary.Jika bertolak dari Johor tentunya kena keluar seawal 4 atau 5 pagi.
Suami tak dapat pergi sama kerana Iman sekolah dan Azim nak balik dari asrama khamis tu.Mujurlah anak sulong cuti midsem dapat lah bawa aku dengan Iqa.
14hb tu dari rumah sepupu di Senawang kami bertolak awal pagi melalui lebuhraya LEKAS....walaupun tak juga lekas :-) tapi sempat juga tiba pada waktu yang ditetapkan.Pelajar2 lain dah pun ramai berbaris ditempat pendaftaran.Anak sulong sekadar menghantar aku dengan Iqa.....dianya stay kat kolej dia sementara tunggu majlis selesai.Tak ramai yang dihantar keluarga sebab ketika ini mereka2 masih belajar dan ada U yang sedang final exam...U tempat Iqa belajar Asasi habis awal.Yang dari IPTS kebanyakan nya dihantar dengan bas.Majoriti pelajar2 cemerlang ni hampir 80 peratus bangsa cina.
Olehkerana aku duduk berasingan dengan Iqa ,aku bersendirian je,mujurlah ada seorang ibu dari Kelantan jadi teman baru walaupun sekejap cuma.
Selesai majlis pukul 12.30 tapi tunggu anak sulung menjemput hingga pukul ,1 baru tiba...walaupun kolej kediaman dia tak jauh pun.

Foto:bosan tunggu anak sulong datang kami memerhatikan pelajar2 menaiki bas masing2 untuk kembali ke IPT masing2.
Oleh kerana dah pun tengahhari perut dah pun lapar sebelum bertolak balik ke Johor aku cadangkan makan dulu.Anak sulong kata jom kita makan kat ioi CityMall  yang tak jauh dari kolej kediaman dia....aku ok je janji perut perlu diisi.


Foto: makan di Boat Noodles .Anak2 order bermangkuk2 noodle tapi aku hanya makan 2 je...maklum lah selera kampung rasa tak kena je pada tekak aku.Anak ada order juga sepinggan nasi tapi aku hanya makan sikit bersama telor ,lebih nya budak 2 ,tukang perabis.Tekak aku hanya berselera dengan dessert yang dicicah dengan manisan seperti kaya tu.
Selesai makan terus ke Putrajaya ,Alhamdulillah dapat  solat kali pertama kat Masjid Sultan  Mizan Zainal Abidin.Cuma agak sakit lutut aku mendaki tangga escalator yang tak bergerak.
Masa nak keluar dari Putrajaya ,aku tepon anak sedara kat Batu Berendam Melaka gitau nak singgah .Sebab belum pernah datang lagi rumah dia selepas  berpindah dari Kelantan. Anak sedara janji nak jemput kat depan zoo Melaka.Bila dah hampir kat tol Air Keruh aku tepon dia semula...."Mak Ngah ni terbang ke ?.....sekejap je dah sampai".Huhh...dia tak tau anak sulong aku ni kalau drive punyalah laju.Aku yang duk sebelah menahan rasa dengan berzikir :-).
Oleh kerana anak sedara baru 2 hari kembali dari rumah mertuanya di Sabah  selain diberi nya sikit makanan2 ringan ada juga berbagai ikan masin dan ikan bilis .Ikan masin kurau tu dah pun Fateha buat masak kailan ....sedapppp.
Yang panjang seperti coklat tu sebenarnya belacan.Masa balik rumah tu Iman tertipu bila aku kata 'choki choki'...hahaaa...
Masa nak keluar dari rumah sepupu sebelum itu juga dapat buah tangan,...oleh kerana si isteri orang Kelantan tak jauh dari budu.Rempah ayam madu yang diberi juga dah digunakan untuk  ayam bakar buat bekalan Fateha dan abang nya balik ke U semalam.

Apapun aku harap kan kehadiran kami ke taklimat ni tak sia2  .Aku berdoa agar result Asasi Iqa cemerlang bagi membolehkan dia terus dapat biasiswa JPA bila dia sambung belajar  september kelak.Dengan keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ni keadaan ekonomi keluarga juga tercabar dengan 5 anak yang masih belajar.Semoga dapat meringankan bebanan si ayah kelak.


Tuesday, 12 April 2016

kura2 untuk Iqa

Assalamualaikum
Alhamdulillah....Asasi Iqa selama setahun di UiTM dah pun selesai ,tinggal tunggu sambung ijazah bulan September kelak.....InsyaAllah.Buat masa ini 'tanam anggur' lah kat rumah.Tinggal ceruk kampung ni nak bekerja sementara pun agak sukar.
Minggu ni juga Fateha dan abang nya cuti midsem....riuh lah sekejap rumah.Fateha balik bawa kura2 buat hadiah untuk Iqa katanya.Tak tau lah dia boleh jaga atau tidak sebabnya aku tak dapat lah nk tolong ....geli geleman pulak bila tengok ia bergerak.
Foto: comel je kura2 ni tapi siapa kata kura2 semuanya lembab,kalau dilepaskan punyalah laju ia melarikan diri......jadinya kena kurung je lh  sebelum dikerjakan 3 ekor kucing kat rumah ni.Suka bersembunyi di tempat2 yang gelap .