13hb Rabu, lepas ikut suami hantar Iman ke sekolah agama ,aku,Iqa dan anak sulong segera bertolak untuk ke Senawang .Sengaja bermalam di rumah sepupu kerana perlu hadir kan diri pada Khamis 14hb pukul 8 _9 pagi di Dewan Banquet UPM untuk taklimat JPA bagi pelajar lepasan Busary.Jika bertolak dari Johor tentunya kena keluar seawal 4 atau 5 pagi.
Suami tak dapat pergi sama kerana Iman sekolah dan Azim nak balik dari asrama khamis tu.Mujurlah anak sulong cuti midsem dapat lah bawa aku dengan Iqa.
14hb tu dari rumah sepupu di Senawang kami bertolak awal pagi melalui lebuhraya LEKAS....walaupun tak juga lekas :-) tapi sempat juga tiba pada waktu yang ditetapkan.Pelajar2 lain dah pun ramai berbaris ditempat pendaftaran.Anak sulong sekadar menghantar aku dengan Iqa.....dianya stay kat kolej dia sementara tunggu majlis selesai.Tak ramai yang dihantar keluarga sebab ketika ini mereka2 masih belajar dan ada U yang sedang final exam...U tempat Iqa belajar Asasi habis awal.Yang dari IPTS kebanyakan nya dihantar dengan bas.Majoriti pelajar2 cemerlang ni hampir 80 peratus bangsa cina.
Olehkerana aku duduk berasingan dengan Iqa ,aku bersendirian je,mujurlah ada seorang ibu dari Kelantan jadi teman baru walaupun sekejap cuma.
Selesai majlis pukul 12.30 tapi tunggu anak sulung menjemput hingga pukul ,1 baru tiba...walaupun kolej kediaman dia tak jauh pun.
Foto:bosan tunggu anak sulong datang kami memerhatikan pelajar2 menaiki bas masing2 untuk kembali ke IPT masing2.
Oleh kerana dah pun tengahhari perut dah pun lapar sebelum bertolak balik ke Johor aku cadangkan makan dulu.Anak sulong kata jom kita makan kat ioi CityMall yang tak jauh dari kolej kediaman dia....aku ok je janji perut perlu diisi.
Foto: makan di Boat Noodles .Anak2 order bermangkuk2 noodle tapi aku hanya makan 2 je...maklum lah selera kampung rasa tak kena je pada tekak aku.Anak ada order juga sepinggan nasi tapi aku hanya makan sikit bersama telor ,lebih nya budak 2 ,tukang perabis.Tekak aku hanya berselera dengan dessert yang dicicah dengan manisan seperti kaya tu.
Selesai makan terus ke Putrajaya ,Alhamdulillah dapat solat kali pertama kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.Cuma agak sakit lutut aku mendaki tangga escalator yang tak bergerak.Masa nak keluar dari Putrajaya ,aku tepon anak sedara kat Batu Berendam Melaka gitau nak singgah .Sebab belum pernah datang lagi rumah dia selepas berpindah dari Kelantan. Anak sedara janji nak jemput kat depan zoo Melaka.Bila dah hampir kat tol Air Keruh aku tepon dia semula...."Mak Ngah ni terbang ke ?.....sekejap je dah sampai".Huhh...dia tak tau anak sulong aku ni kalau drive punyalah laju.Aku yang duk sebelah menahan rasa dengan berzikir :-).
Oleh kerana anak sedara baru 2 hari kembali dari rumah mertuanya di Sabah selain diberi nya sikit makanan2 ringan ada juga berbagai ikan masin dan ikan bilis .Ikan masin kurau tu dah pun Fateha buat masak kailan ....sedapppp.
Yang panjang seperti coklat tu sebenarnya belacan.Masa balik rumah tu Iman tertipu bila aku kata 'choki choki'...hahaaa...
Masa nak keluar dari rumah sepupu sebelum itu juga dapat buah tangan,...oleh kerana si isteri orang Kelantan tak jauh dari budu.Rempah ayam madu yang diberi juga dah digunakan untuk ayam bakar buat bekalan Fateha dan abang nya balik ke U semalam.
Apapun aku harap kan kehadiran kami ke taklimat ni tak sia2 .Aku berdoa agar result Asasi Iqa cemerlang bagi membolehkan dia terus dapat biasiswa JPA bila dia sambung belajar september kelak.Dengan keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ni keadaan ekonomi keluarga juga tercabar dengan 5 anak yang masih belajar.Semoga dapat meringankan bebanan si ayah kelak.
Alhamdulillah rezeki k SI, kesian iman belacan di katakan coklat haha, pandainya anak KSi dapat JPA tu zaman sekarang tak senang, inshaAllah dapat, cantik Iqa ni, nampak kut tepi heeee :)
ReplyDeleteSemoga iqa dapatlah biasiswa JPA tu kak..
ReplyDeleteZaman skrg kos hidup semakin tinggi..
Amboi bertingkek-tingkek mangkuk tu kak..
Selera budak muda mmg gitu kak..
Suka mkn mcm tu..
Hihi itu nama nya choki choki belacan 😊
Begitulah perjalanan kehidupan bila anak-anak masih sibuk dgn alam persekolahan. Duit mengalir bagaikan air bukan saja utk pembelajaran semata-mata, kehendak makan-pakai mereka pun kena diambil kira...
ReplyDeleteYa Allah kak time tu saya pon ada kat KL gak tau...kiteorang pon rancang2 nak pi makan boat noodle tapi last2 plan tak jadi sebab semua cam kemalasan je...dekat tapi jauh la kirenye...in shaa Allah keputusan Iqa mesti cemerlang seperti selalu...moga anak2 akak terus maju jaya dunia akhirat :)
ReplyDeleteTak payah nak risau sangat SI. Track record Iqa pun bagus sebelum ni kan...so insyaallah dapat tu. Betulll ....zaman ni mmg serba mencabar baik dari segi duit dan saingan. Mmg beruntung sangatlah kalau dpt biasiswa JPA tu
ReplyDeleteTak pernah lagi makan kat boat noddles tu. Sedap ke tidak SI sebenarnya? Kalau sedap nak try jugak hihi...
Cantiknya bahan bahan masin tu SI.Geram nengoknya. Hihi....nasib Iman tak tertipu dgn straw belacan tu...unik jugak pakejing belacan tu...
Tak payah nak risau sangat SI. Track record Iqa pun bagus sebelum ni kan...so insyaallah dapat tu. Betulll ....zaman ni mmg serba mencabar baik dari segi duit dan saingan. Mmg beruntung sangatlah kalau dpt biasiswa JPA tu
ReplyDeleteTak pernah lagi makan kat boat noddles tu. Sedap ke tidak SI sebenarnya? Kalau sedap nak try jugak hihi...
Cantiknya bahan bahan masin tu SI.Geram nengoknya. Hihi....nasib Iman tak tertipu dgn straw belacan tu...unik jugak pakejing belacan tu...
doa seorang ibu sangat mustajab buat anak2nya. insyaAllah kak SI jgn risau2 sangat ya
ReplyDeleteIn syaa Allah Iqa pasti beroleh kejayaan cemerlang.Kesian Iman belacan dikata chokichoki. Kos Sara hidup buat masa sekarang memang mencabar tambah lagi klau ramai anak2 yg masih belajar.
ReplyDeleteKalau dari Senawang untuk ke UPM serdang lebih cepat ikut highway Seremban KL tu je... kalau ikut Lekas kena masuk Kajang pulak dulu.
ReplyDeletesaya masih ada 3 org lagi yg perlu ditanggung...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Saniah,
ReplyDeleteIn shaa Allah ada rezeki Iqa.. Saya suka ikan masin Sabah jenis nipis camtu kak, bila digoreng rangup mcm keropok.. :-)
selalunya saya akan datang awal samada untuk mesyuarat pibg atau daftar anak ke sekolah kerana tak mahu miss ucapan perassmi atau taklimat.
ReplyDeletedi situlah banyak point-point tentang sekolah atau pelajar di utarakan...
assalam saniah..in shaa allah ada rezeki iqa nanti tu.
ReplyDeletesuka acik tengok ikan bilis tu nampak putih bersih je
alhamdulillah banyak rezeki akak dapat tu.boat noodle tu saya pun tak pernah try lagi
ReplyDelete