Total Pageviews

Thursday, 7 April 2016

scan di Hospital Permai 2

Assalamualaikum
Oklah kita sambung cerita kat Hospital Permai ya .Ada budak tu dah tak sabo2 nak baca apa yang mak nya mengomel kat entry ni...ok bacalah panjang lebar mak nak cerita ni tau...
Sebenarnya dari tempat letak kereta ke bangunan tempat scan tu jauh lagi ....rasanya hampir 500 meter jugalah agak nya ,tu yang berpeluh ketiak dibuatnya :-).Tapi melalui tempat pejalanan kaki tanpa risau kan panas hujan kerana kawasannya berbumbung.Kelihatan staf2 yang beruniform kelabu coklat mengunakan sejenis kenderaan kecil (aku tak tau apa ke namanya) untuk ke sesuatu tempat melalui kawasan situ.Teragak2 juga mencari bangunan yang dikatakan guard sebelum tu.Nasib baik ada jumpa seseorang untuk bertanya.Nak bertanya pada pesakit mental yang kami selisih jalan tu ,ntah ke mana pulak nanti ditunjuknya...:-)
Akhirnya tiba tempat dituju ....kena bagi nama kat pengawal keselamatan yang duduk kat luar pintu masuk.Kata nya dibenarkan 2 orang je masuk dalam termasuk peneman.Aku biasalah bodyguard setia aku encik Burhan jelah jadi peneman.Tiba dalam terus pergi kat kuanter daftar nama dan beri borang2 dari HSA.Agak ramai juga orang yang menunggu tapi mungkin ke bahagian2 lain sebab terdapat beberapa pintu di situ yang tertulis xray dan dan bilek USG(kalau betul lah ingatan ku ni).Bilek CTscan di penghujung je.
Tak sempat panas punggung duduk nama dah dipanggil ke satu sudut bilek berdekatan  .Selepas ditanya serba sedikit disuruh nya salin baju putih dengan kain hijau hospital.Aku pinta encik suami teman kan kalau tidak bagaimana nak ikat tali baju tu di belakang....harus seksi bila keluar nanti.... sebab kena tunggu giliran ditempat yang sama orang ramai menunggu tu.Mujor juga baju tu kainnya agak tebal .Sebelum tu kena masuk bilek kecil tu semula untuk dimasukkan jarum....memang sakit apatah lagi seperti biasalah susah nak jumpa urat2 ,yang sesuai ...nasib baik cuma 2kali.

Selepas itu diberi nya satu bekas air warna ungu untuk diminum.Segelas kena habiskan dan selebihnya diminum masa dalam bilek scan nanti....huhuuu walaupun takde rasa apa tapi ada bau yg tak best.Redha je ke minum dalam keterpaksaan sambil menunggu dipanggil dalam debaran.

Sekejap je nama dah dipanggil sambil bawa sekali baki  air ungu tadi.Masuk je bilek scan aduhai sejuk amat seperti kat bilek pembedahan rasanya.Air ungu tadi kena habiskan dulu ,baru baring kat tempat nak scan tu.Sejuk kaki  tangan aku rasa dengan keadaan suhu bilek tu walaupun berselimut tebal... ke memang aku takut sebenarnya :-).Rupanya ada lagi proses yang kena lalui untuk memastikan scan dapat dilihat dengan jelas.Ntah air ubat apa agaknya di masuk kan dari belakang untuk membolehkan buang air besar katanya.Bimbang juga kot2 bila dah masuk air tu rasa nak mem buang seperti yg diberi tahu....tapi kata nya  kena tahan hingga selesai.Mujur juga aku tak rasa apa hingga sudah.
Berdebar2 juga masa scan nak dimulakan ,tak putus2 aku berzikir moga dipermudahkan.Staf tu terangkan sedikit apa yang aku rasa kan kelak sambil suruh pejam mata.Dalam masa aku pejam tu dia ada masukkan sesuatu cecair melalui jarum kat tangan aku.
Foto: sumber google
Lebih kurang begini lah rupa mesin MRI tu ,cuma bezanya lubang 'giant donut' yang aku masuk tu lebih besar.

Masa dalam pejam tu juga terasa katil bergerak keluar masuk dari terowong seperti giant donut rupanya tu :-).sambil2 mendengar arahan untuk tarik nafas turun nafas.Tak sedar sekejap je ....."akak pejam bukan main rapat lagi,dah selesai pun"kata staf yang bertugas.Hehee malu pulak rasanya...
Alhamdulillah selesai sudah....rasanya membaca /mendengar pengalaman orang lain lebih buat rasa  takut tapi bila dah alami sendiri biasa saja ,ok.saja.Yang tak oknya ni nak tunggu result...Mudah2an aku boleh kembali sehat seperti biasa....Aminnn.



13 comments:

  1. inshaAllah kak moga resultnya nanti semuanya ok seperti biasa

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah. Terus panjatkan doa semoga keputusan diperolehi baik-baik hendaknya.

    ReplyDelete
  3. pengalaman yg xramai alami tu...kak pernah msuk mesin scan lps eksiden lama duLu kat hospital universiti PJ

    ReplyDelete
  4. selalu tengok mesin camtu dat dalam filem2 je kak...walau pon tak sakit tapi debo dalam hati tu tetap laju je kan...saya paham perasaan akak tu...semoga keputusan nya nanti baik2 saja kak...kite doa sama2 ye :')

    ReplyDelete
  5. Oh kak saniah minum air warna ungu..
    Saya minum air warna oren..
    Jenuh nak habiskan air tu kan kak..
    Yang masuk kat punggung tu pun sama..
    Ber gelodak perut..
    Saya lepas habis scan tu terus mencari tandas..

    Moga keputusan akak yg baik-baik ajer..

    Ya Allah kau berikan kesembuhan pada kakak ku ini..
    Kurniakan lah kesihatan yg baik berterusan..
    Tabah dan redhakan lah hatinya dalam menghadapi ujian Mu ya Allah..
    Amin ya rabbal alamin..

    ReplyDelete
  6. Kak Zai doakan dari jauh semoga keputusan yg diperolehi baik2 aje. Tumpang doa Yang dipanjatkan yati semoga dikabulkan amin.

    ReplyDelete
  7. Seram sejuk badan klau pi hospital..ini pula nk masuk dlm giant donut tu hihihi..
    Moga d permudahkn segalanya..

    ReplyDelete
  8. Kikiki....tanya kat pesakit mental kaluuu, Sungai Segget dia hantar kang SI hihi....
    Alahaiiii kalau dah namanya ubat ungu, oren manalah ada yg sedap SI, tak sedap rasa, baunya pulak huhu...Org cakap berdengung benda tu SI....Berdengung ke? Hihi....
    Tulah...experience sendiri jugak yg paling berhargakan....

    Banyak berdoa yer SI moga resultnya nanti cantik!

    ReplyDelete
  9. Kikiki....tanya kat pesakit mental kaluuu, Sungai Segget dia hantar kang SI hihi....
    Alahaiiii kalau dah namanya ubat ungu, oren manalah ada yg sedap SI, tak sedap rasa, baunya pulak huhu...Org cakap berdengung benda tu SI....Berdengung ke? Hihi....
    Tulah...experience sendiri jugak yg paling berhargakan....

    Banyak berdoa yer SI moga resultnya nanti cantik!

    ReplyDelete
  10. berehat dan jgn stress memikirkan keputusan yg bakal keluar nanti..

    ReplyDelete
  11. Moga dipermudahkanNYA.. insyaAllah.. amin..

    ReplyDelete
  12. pesakit mental mmg dibiarkan berjalan2 hirup udara ya ... alhamdulillah dah selesai . apa pun keputusannya , terima dgn redha ...

    ReplyDelete
  13. moga keputusan yang diterima khabar yang baik..amin

    ReplyDelete