Total Pageviews

Tuesday, 21 May 2013

BONDA DALAM KENANGAN 2

Tengahari ni sunyi sangat...Iman dah ke sekolah awal sebab ada kelas tasmiq.Fateha apa lagi layan internet lah...Dia kata nak bekerja sementara nak sambung degree ni,tapi tak pergi2 lagi pun cari kerja ...ntahlah dia nak tunggu kerja datang kat dia kot....
Aku nak sambung lah cerita pasal mak..sebenarnya banyak sangat mak cerita kan kisah2 hidup dia tapi aku nak cerita apa yang aku ingat aje. Masa zaman remaja mak terpaksa menoreh getah utk membantu menyara keluarga apatah lagi setelah ayahnya meninggal dunia.Zaman dahulu kalau pergi menoreh pukul 3atau 4 pagi adalah pekara biasa kerana susu getah banyak keluar.Kebun getah yang mak toreh tu jauh juga adalah dalam 2atau 3km ,lalu dalam kebun  orang lagi.Kadang2 mak berteman dan selalu juga pergi seorang diri....selalu juga dia diuji dengan bermacam2 hal,pernah juga dikejar harimau...kalau terserempak harimau bintang tu selalu sngat lah, zaman tu bintang2 tu masih banyak menghuni hutan.Emak kata satu hari tu masa dia nk pergi menoreh dalam pukul 5pagi dia pernah terjumpa dengan satu lembaga putih ,bila dia hampir je benda itu hilang....mak teruskan je pjalnn nya ke kebun.....terror betul mak aku ni,kalau lah aku di tempatnya dah lama aku cabut balik rumah.
Emak ,waktu kami kecil2 memanglah hidup susah tapi dia tak kan membiarkan kami adik beradik tak menjamah nasi walau sehari ...sedapatnya dia beriktiar.Lauk disediakan seadanya yang termampu atau mencari pucuk2 yang boleh dijadikn sayur.Kami masa tu tak memilih janji ada makanan dan perut boleh kenyang....maklumlah budak2.Anak2 sekarang ni banyak lah pulak songehnya kalau pat makan.....
Masa aku dan adik beradik lain sekolah rendah jalan di kampung masih lgi tanah merah,jadi bila musim hujan becak lah jalan.Bayangkan lah mcam mana kami nk pergi sekolah ....mak walaupun badannya kecil molek tapi sanggup mendukung kami seorang2 utk melepasi kawasan2 becak tu kerana tak mahu ank2kotor ke sekolah dan menghantar menghantar kami dengan berjalan kaki utk membawakn beg2 kami yang berat.Aku dan adik beradik lain tak pernah mendukung emak hingga keakhir hayatnya....bgitulah pengorbanan seorang ibu ....
Sebenarnya banyak kisah suka duka  emak tapi biarlah aku hentikn cerita ini setakat ini saja....biarlah menjadi cerita kami.Moga roh emak dan bapa sentiasa dicucuri rahmat....damai lah di sana...AL FATIHAH




No comments:

Post a Comment