Total Pageviews

Saturday, 25 May 2013

PEKASAM IKAN GELAMA

Assalamualaikum....cuti sekolah pertengahan tahun sudah bermula selama 2 minggu,maka bermula lah aktiviti  aku di dapur .Selalunya bukannya tak masak cuma tidaklah pelbagai .Kalau ada anak2 ni macam2 yang disuroh masak al maklum lah tinggal di asrama terpaksa makan menu yang sama setiap minggu.Masa anak2 cuti ini lah aku selalunya mempraktik kan kebolehan aku memasak resepi2 baru.Tapi kali ini aku bukannya hendak berceritakan pasal masakan tapi nak cerita pasal pekasamTekak aku ni rasa teringin nak makan pekasam (mengalah kan orang mengidam).Dekat negeri Johor ni mana lah ada orang jual ikan pekasam tidak seperti orang kat utara sana agaknya....
Sebenarnya sudah selalu juga aku buat ikan pekasam tapi sikit2 je lah .Aku ni keturunan orang banjar jadi aku tahu juga serba sedikit  cara buat pekasam ni sebab arwah bapa selalu bagitahu cara2 membuatnya.Kalau orang banjar ikan pekasam ni disebut Wadik....Untuk lebih sempurna aku google lah cara membuatnya.Oleh kerana takada ikan air tawar aku guna ikan gelama je yang mudah dibeli dan murah lagi....
PEKASAM IKAN GELAMA
1 kg ikan gelama 
3/4 pot beras sangai 
garam kasar
asam keping secukupnya.
CARAnya
Ikan gelama dibersihkan terutama dibahagian perutnya,Kemudian masukkan dalam bekas dan diperapkan dengan garam kasar agak2 3 atau 4sudu.Biarkan semalaman dan garam yang diperap dengan ikan  tu dah serap kat ikan .Beras yang disangai dikisar hingga halus dan bancuh dengan sedikit air.Sementara itu ikan yang dah diperap semalaman tu dicuci kemudian disusun dalam bekas dengan diselangseli kan asam keping dan beras kisar yang dah dibancuh tadi.Akhir sekali masukkan air garam yang buat perap ikan tu ikutlah tahap kemasinan yang di sukai.Simpan dalam bekas yang tertutup rapat dan bolehlah digoreng 3hari kemudian.
Walaupun ikan pekasam ni ramai yang tak pandai makan terutama orang johor macam kami ni tapi anak2 aku semua gemarkan nya apatah lagi makan dengan nasi panas...Cuma si ayah je yang tidak akan menyentuh    !
beras yang di sangai

ikan gelama yang telah diperap semalaman dengan garam kasar
                                         
beras sangai yang telah dikisar

asam keping

ikan disusun dalam bekas

ditutup dalam bekas kedap udara

6 comments: