Total Pageviews

Saturday 8 February 2014

sambal belacan belimbing buloh

ASSALAMMUALAIKUM
    Baru balik dari mesyuarat PIBG sekolah Azim.Balik hampir pukul 2 petang kerana mesyuarat tamat agak lewat dari yang dijadualkan.Setelah selesai solat Zohor terus capai apa yang boleh dari peti sejuk.Mujor ayam telah dicuci lebih awal ,sayur2 pun sudah dipotong,mudah lah kerja .Terpandang pula belimbing buloh yang  dibeli di pasar minggu petang semalam.Nak masak bagai sudah tak sempat sebab perut minta diisi segera.Ku capai belacan ,terus goreng sekejap,basuh cili merah ,tumbuk keduanya dan belimbing tadi sehingga lumat.Tambah garam secukup rasa dan gula sedikit.Makan dengan ulaman dan nasi panas...terangkat gitu.
           baki belimbing buloh yang tinggal

2 comments:

  1. Assalam saniah..terliur acik tengok gambar sambal belacan tu...makan dengan rebus pucuk ubi pun sedap tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,memang sedap tapi pedassss...terlebih lada .....

      Delete