Total Pageviews

Monday 16 February 2015

demam

Assalammualaikum
Hari Khamis ada majlis sambutan Maulidur Rasul di sekolah Iman .Begitu teruja Iman pergi pagi saing ayahnya ke tempat kerja...berbaju melayu dan bersamping seperti sambutan Maulidur Rasul biasa.
12 tengahari dah pun balik  ,membawa sebungkus makanan dari sekolah tapi wajahnya kelihatan lesu apatah lagi dalam cuaca yang begitu panas dia berjalan kaki bersama kawan2 ,katanya kereta yang bawa dia selalu tak datang ambil.Diserahkan pada aku makanan yang dibawa ....langsung tak berselera nak makan.Juga diserahkan sijil khatam AlQuran 2014 dan cenderahati yang dia dapat dalam majlis tu.Katanya semasa pertandingan mewarna di sekolah dia muntah....tau dah budak ni tentunya dah nak demam...


Pagi Jumaat ,tolong kakaknya Fateha berkemas sedikit2 buku2 yang bertimbun2 ....tapi sekejap aje dah tak bermaya ....badannya mula panas membahang .,agak lama juga tertidur di kerusi.Tapi bila dengar aku dan si ayah nak keluar ,nak juga ikut walaupun berbaring saja di kereta.Berikan ubat tapi masih lagi demam sehingga ke malam.
Pagi Sabtu ada majlis Maulidur Rasul  dan penyampaian hadiah untuk peperiksaan akhir tahun 2014 di sekolah agama .Peperiksaan akhir tahun Iman hanya dapat no 4.Setiap tahun hadiah akan diberi sehingga no3 saja  tapi tahun ini ada anugerah untuk matapelajaran Ibadat dan Tauhid yang tertinggi .Iman dapat untuk pelajaran Ibadat.Tapi demamnya masih tak kebah ...terpaksa redha untuk tak ke sekolah .

Walaupun kami cuba jelumkan badannya untuk mengurangkan panas namun panasnya tak juga berkurang....bila ayahnya balik kerja terus bawa ke klinik .,bimbang juga jika kena denggi.Kata doktor panasnya 39 darjah celcius....tapi katanya dalam cuaca sekarang memang ramai yang demam panas .Dibekalkan cuma antibiotik dan ubat demam juga 1 hari MC untuk hari Ahad.2 kali makan ubat yang diberi sudah agak sehat ,dah pun boleh jerit2 ala Tarzan......hari ini dah boleh sekolah pun...

6 comments:

  1. Alhamdulillah Iman dah beransur baik.
    memang ramai yang demam pakej dengan batuk dan selsema kali ni ni Saniah..
    perubahan cuaca dari hujan ke panas agaknya kan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah sembuh.kesian Iman terlepas acara tu.cuaca panas macam ni, orang tua macam kita pun tak tahan.lagi pulak budak..

    ReplyDelete
  3. Biasalah SI bila dah tak sihat makan pun tak lalu.
    Bila sihat menjerit-jerit dah. Sebab itu biarlah dia bising daripada diam kita jadi susah hati melihat dia terbaring..

    Dah sekolah pun. Nasib baik tak ada merentas desa Sabtu tu ye. Banyak sekolah di tempat kakak ni Sabtu lepas semua merentas desa tau..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. cepat juga kebah demam iman tu ye kak saniah..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Iman.....
    Yelah SI sekarang ni memang panas sungguh. OKje nak ambik anak balik sekolah pun punyalah bercinta rasanya, sebab panas inikan lagi Iman berjalan tgh panas tu.... mana tak demam....

    Haha...la ni dah boleh jadi Tarzan yeh....dah baiklah tu ....maknya mesti lega kan

    ReplyDelete
  6. SI....mana entri baru.....Dah 2 x datang tau....semalam ngan hari ni....asyik hidang entri lama jer....hihi

    ReplyDelete